(Post kali
ni edisi rempit sikit, harap maklum)
Meru.
Aku dah mula
menjejak kaki ke BTN Meru seawal usia aku tak reti mengelap hingus lagi, pakai
tudung pun tanggal buka tanggal buka. Kira-kira antara tahun 2005/2006. Tapi
tika itu bukan aku yang diBTNkan. Aku cuma mengikut ibu memBTN anak-anak murid
dia.
Menjejajak
kenanganlah kiranya datang balik ke kem ni. Kalau dulu, aku masih ingat
merayau-rayau celah kakak-kakak waktu ceramah. Ingat lagi kena cubit-cubit pipi
dengan akak-akak yang dua kali tinggi dari aku. Ingat lagi aku kena tidur atas
lantai dengan cikgu-cikgu yang lain dekat bilik kecik sebelah dewan tu. Siapa
sangka 10 tahun kemudian aku yang duduk sampai sakit pinggang berjam-jam
lamanya mendengar sesi ceramah dan diskusi yang ada.
Kawan-kawan
banyak pesan, ‘korang jangan melawan, ikut je dia kata apa’. Jadi persepsi aku
sebelum ke BTN agak kotor dan sempit. Bukan aku ni jenis yang senang-senang nak
kena brainwash pon, tapi aku pon
bukanlah jenis yang sesuka hati nak merebel
tak tentu pasal tanpa menjustifikasi dan merasional terlebih dulu (boleh
dibahaskan).
Jadi
sepanjang 5 hari 4 malam tu, aku cuma menjadi aku. Aku memang jenis yang banyak
mempersoalkan benda, lagi-lagi kalau benda tu diluar bidang kemahiran aku. Jadi
istilah ‘senyap’ dan ‘terima’ memang bukan prinsip akulah. Ada benda yang kita
boleh sami’na wa ato’na, and ada benda yang kita tak boleh nak main
ikut je.
Basically,
ada 4 slot wacana minda daripada speaker-speaker yang memang mantaplah. And 9
slot (18 jam) ldk dengan fasi kumpulan masing-masing. Jangan risau, tak pecah
pon modul dalam ldk tu. Apa yang aku nak kongsi sebenarnya ialah persepsi aku.
Bukan terhadap modul BTN ni. Tapi terhadap orang yang macam-macam jenis kau
akan jumpa dalam BTN ni.
Pelik. Modul
sama. Objektif kem ni sama. Tapi macam mana reaksi dan interpretasi lain-lain
orang boleh berbeza. Dia buat aku sampai rasa, weh fasi korang cakap apa haa kenapa aku tak fikir pon sampai macam tu. Dia
maksudkan macam ni ni ni ni lah, bukannya macam tu tu tu tu.
Kalau nak
ikutkan, benda-benda yang kecil macam ni lah yang boleh bawak sampai bergaduh.
So, terima and faham. Yang setiap orang kepala otak dia lain-lain, jangan nak
ikut kepala sendiri. Lain pendapat tak semestinya salah. Macam analogi yang dua
orang diletakkan berhadapan. Ditengah-tengah diorang ada objek bulat. Bila
ditanya apa bentuk bayang-bayang yang diorang nampak. Sorang kata bentuk bulat,
and sorang lagi kata bentuk silinder. Lain jawapan, tapi dua-dua jawapan tu
betul. Apa faktor penyebab jawapan tu lain ialah sebab diorang berada di angle
yang berbeza. And kalau nak ikut situasi sekarang, angle tu ialah perspektif.
Begitulah.
Jadi dipendekkan cerita, memang aku mengaku aku buat perangai gila sikit dekat
BTN ni. Saja nak naikkan mood kawan-kawan yang mungkin penat or dah ada
negative impression, aku meredah 5 6 jam
nak ke Klang ni semata pergi kursus BTN lepastu balik macam tulah jugak. So,
kalaupun diorang tak enjoy dekat BTN ni at least diorang ingatlah betapa
annoying aku 5 hari 4 malam tu huhu.
Berbumbung
dengan dormmates 5 hari 4 malam tu, jujur banyak benda aku senyapkan aje.
Banyak benda yang aku nak argue, tapi aku rileks rileks dulu. Satu perkaralah
pasal circle of friends aku selama 2 tahun dekat INTEC ni yang aku perasan
ialah kitorang banyak betul mulut dekat belakang. Fuh, kalau mintak hujah time ni
lah macam air keluar. Fu fu fu. Tapi kalau mintak keluar statement, semua macam
krik krik krik krik.
Aku lebih
suka kalau dekat belakang diorang berani cakap macam tu, pastikan dekat depan
pon berani cakap benda yang sama. Kita dah cukup ramai manusia yang belakang je
cakap lebat tapi bila ditolak ke depan tersipu-sipu macam kena sembelit. Apa
yang selama ni aku belajar bila banyak kena tegur dengan orang (orang hebat
tahap sheikh pak lebai pulak tu) ialah macam mana nak tahu pandangan kita tu
hanya ikut emosi atau tak, tengok macam mana cara dia suarakan pandangan tu.
Orang yang
cakap hanya ikut emosi, dia cakaplah pung pang pung pang biaq pi orang nak kata
apa. Tapi orang yang cakap ikut akal, orang macam ni dia mungkin tak akan
bercakap langsung. Bukan sebab dia pengecut. Weh, aku cakap macam ni kang tak pasal-pasal kena tahan ISA.Tapi
dia fikir dulu. Pengalaman akulah, aku pernah berada di situasi terlalu berani sampai
semua benda aku nak ulas. Dekat fb lagi tu. Sampai satu tahap dua kali ditegur
mengenai kebodohan yang terang tang tang pulak tu oleh hamba-hamba Allah yang
budiman.
Bak kata
seorang saudara, kalau engkau berjalan dan terjatuh ke dalam lubang buat
pertama kali itu tidak apa. Jika kau jatuh lagi kali kedua itu mungkin sebab
kau terlupa. Tapi jika kau jatuh dilubang yang sama buat kali ketiga, kau
bodoh.
Jadi, ditegur buat aku menjadi lebih
berhati-hati mengeluar statement. Tapi janganlah sebab malu kena tegur terus
sampai takde stand or opinion. Aku jenis yang direct. Tapi aku belajar untuk
tapis kedirectan aku tu untuk adapt dengan kawan sekeliling. Kalau aku dapat
terima opinion atau fikrah seseorang tu aku akan try move along dengan dia.
Tapi kalau aku rasa tak sebulu, senyap dan cuba berlapang dada tu lebih baik
kan.
Secondly,
cerita dalam bilik ldk.
Langkah kaki
kanan awal-awal tu dah letak niat, tutup mulut tu ika jangan rebel.
Tapi jauh panggang dari api. Boleh pulak sampai bertekak berdua dengan ex-classmate.
Sepanjang dua tahun hidup dengan budak-budak INTEC tak pernah lagilah aku
tunjuk perangai aku yang ini. Selama ni aku just ok ok fine kau betul kau betul
dah tak payah bising. Tapi time ldk haritu aku asik provoke orang je huhu.
Aku: Saya nak tanya dekat anda berdua
yang pilih agama sebagai 20 sen. Kita selalu pandang dalam konteks sebagai seorang
Muslim. Tapi cuba lihat dari perspektif agama-agama lain jugak? Mampukah dalam realiti
sekarang ni untuk kita capai kata sepakat lagi-lagi dalam perkara yang
melibatkan agama yang memang susah untuk orang nak berkompromi. Sedangkan sesama
Islam sendiri kita masih bertelagah.
Thalhah potong: Saya gagal untuk
bersetuju dengan apa yang saudari Syafiqah cuba sampaikan. Kenapa kita tidak
meraikan kepelbagaian. Tak semestinya perlu hanya satu agama sahaja di dalam
sesebuah negara. Saya juga memilih agama sebagai 20 sen. Bagi saya, perkara
yang paling hebat yang kita dapat perolehi daripada agama ialah hope. Semua agama mengajak kepada
kebaikan. Tiada satu agama pun yang menyuruh kepada kejahatan….(apatah lagi dah
lupa)
Cuba kita
lihat contoh penghijrahan nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, waktu itu
pelbagai agama dapat hidup dengan aman dan damai… (pon tak ingat)
Aku: Menarik contoh yang anda bagi.
Tapi macam yang kita sedia maklum juga tiga perkara terawal yang baginda buat
sewaktu hijrah baginda daripada mekah ke madinah ialah memberi salam, membina
masjid dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Apa rasional baginda membina
masjid dahulu baru mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar? Kita tahu pada zaman dahulu
masjid ni berfungsi sebagai sebuah pusat untuk pentadbiran, pendidikan dsb.
Samalah
macam fungsi sebuah negara. Kita perlu ada sebuah negara yang pemerintahannya
baik baru semua agama yang ada didalamnya mampu diamalkan dengan aman. Saya
amik contoh lain ketika Islam telah menakluk 2/3 dunia. Apa tujuan Islam
menakluk negara-negara lain seperti Parsi dan Rom. Tujuan dia bukan supaya
semua orang yang lain pun kena masuk Islam sama. Tapi supaya Islam dapat
disebarkan, supaya penganut agama Islam dapat dilindungi dan supaya orang-orang
yang bukan Islam pun dapat hidup dengan aman takde perang-perang.
Amik contoh
sekarang ketika penganut Buddha dan Islam bertelagah di Rohingya. Apa yang
jadi? Kerana kita tiada sebuah khilafah atau kerajaan Islam yang mampu
melindungi penganut Islam itu sendiri, mereka dibunuh, diseksa dan diusir.
Thalhah potong lagi: Saudari Syafiqah tidak
mengikuti perkembangan isu Rohingya secara terperinci. Malaysia menerima
orang-orang Rohingya kerana mereka merupakan saudara se-Islam kita.
Aku potong pulak: Malaysia mampu menerima
mereka kerana kita ada sebuah negara dan kerajaan yang kukuh. Negara Islam.
(Sedut
hingussss sambil sengih sinis)
Dah habis
slot tu ada sorang groupmate tanya, kau dengan Thalhah memang selalu bergaduh
ke?
Ampun
Thalhah. Tak layak nak bertekak pon dengan Thalhah ni sebenarnya. Orangnya
hebat sangat. Debater SDAR kot mana taknya. Dia kalau nak cantas aku bebila dia
nak pon boleh je. Tapi tulah. Aku semacam ada instinct yang dia takut dengan
aku. Bukan takut aku. Tapi takut nak kata aku salah. Tuhan. Kadang-kadang fed
up bila orang takut nak tegur kita. Aku pakai tudung labuh nampak alim-alim
sikit, bukannya aku betul semua. Kadang-kadang tu gila jugak.
So dalam kes
dekat atas tadi. Bagi aku agama tu no 1. Tapi dalam reality yang semua orang
nak kata agama dia yang betul agama orang lain salah, at least kena ada satu
kepala. Macam sotong.Tak kisahlah berapa kaki dia ada tapi kepala tetap satu.
Bayangkan banyak kepala tapi kaki satu.
Banyaklah
berbeza pendapat dengan groupmates masa ldk.Aku pon banyak je kena provoke
dengan fasi sampai tercenggang garu kepala terpusing-pusing kanan kiri mintak
member back up. Lepastu bisik angin dekat fasi cakap, saya tak tahu hehe.
Begitulah.
Sampai malam
terakhir.
Bagi aku
malam ni memang spoil sangat mood aku dekat BTN. Telinga kiri dengar member
suruh rebel maki-maki apa semua. Telinga kanan ada member suruh duduk je terima
je dia nak buat apa. Depan mata fasi provoke, fikirlah fikir otak tu ada nak buat
apa? Tuhan. Waktu tu rasa macam nak meletup kot. Aku dah fikir, kalau ni realiti
biarlah aku mati dengan tenang je. Dah habis slot tu pon, aku still tak boleh
move on lagi. Revise untuk exam esoknya tu pon tak sebab nak hilangkan marah
nak tidur cepat.
Esoknya
memang lega sangat sebab apa yang masuk exam tu tak payah baca pon tak apa.
Kira macam dendam berbalaslah haha.
Telan
kacalah jugak dekat BTN ni (bukan kaca betul ok) sebab banyak benda pahit yang kau kena telan. Satu
nasihat, jadilah macam gelas yang kosong dekat sana nati. Amik
sebanyak-banyaknya ilmu yang ada. And jangan setakat amik, tapi tapis dulu.
Biar bila balik nanti yang ada dalam gelas tu air yang jernih je. Supaya air tu
nanti mampu memberi manfaat pulak dekat orang lain dekat luar sana.
p.s: Makan sedap 6 kali sehari, fasi sempoi habis, bilik bersih.
p.s.s: Kalau kau kisas, make sure stay low profile haha.