Friday 7 August 2015

Telan Kaca di BTN

(Post kali ni edisi rempit sikit, harap maklum)

Meru.

Aku dah mula menjejak kaki ke BTN Meru seawal usia aku tak reti mengelap hingus lagi, pakai tudung pun tanggal buka tanggal buka. Kira-kira antara tahun 2005/2006. Tapi tika itu bukan aku yang diBTNkan. Aku cuma mengikut ibu memBTN anak-anak murid dia.

Menjejajak kenanganlah kiranya datang balik ke kem ni. Kalau dulu, aku masih ingat merayau-rayau celah kakak-kakak waktu ceramah. Ingat lagi kena cubit-cubit pipi dengan akak-akak yang dua kali tinggi dari aku. Ingat lagi aku kena tidur atas lantai dengan cikgu-cikgu yang lain dekat bilik kecik sebelah dewan tu. Siapa sangka 10 tahun kemudian aku yang duduk sampai sakit pinggang berjam-jam lamanya mendengar sesi ceramah dan diskusi yang ada.

Kawan-kawan banyak pesan, ‘korang jangan melawan, ikut je dia kata apa’. Jadi persepsi aku sebelum ke BTN agak kotor dan sempit. Bukan aku ni jenis yang senang-senang nak kena brainwash pon, tapi aku pon bukanlah jenis yang sesuka hati nak merebel tak tentu pasal tanpa menjustifikasi dan merasional terlebih dulu (boleh dibahaskan).

Jadi sepanjang 5 hari 4 malam tu, aku cuma menjadi aku. Aku memang jenis yang banyak mempersoalkan benda, lagi-lagi kalau benda tu diluar bidang kemahiran aku. Jadi istilah ‘senyap’ dan ‘terima’ memang bukan prinsip akulah. Ada benda yang kita boleh sami’na wa ato’na, and ada benda yang kita tak boleh nak main ikut je.

Basically, ada 4 slot wacana minda daripada speaker-speaker yang memang mantaplah. And 9 slot (18 jam) ldk dengan fasi kumpulan masing-masing. Jangan risau, tak pecah pon modul dalam ldk tu. Apa yang aku nak kongsi sebenarnya ialah persepsi aku. Bukan terhadap modul BTN ni. Tapi terhadap orang yang macam-macam jenis kau akan jumpa dalam BTN ni.

Pelik. Modul sama. Objektif kem ni sama. Tapi macam mana reaksi dan interpretasi lain-lain orang boleh berbeza. Dia buat aku sampai rasa, weh fasi korang cakap apa haa kenapa aku tak fikir pon sampai macam tu. Dia maksudkan macam ni ni ni ni lah, bukannya macam tu tu tu tu.

Kalau nak ikutkan, benda-benda yang kecil macam ni lah yang boleh bawak sampai bergaduh. So, terima and faham. Yang setiap orang kepala otak dia lain-lain, jangan nak ikut kepala sendiri. Lain pendapat tak semestinya salah. Macam analogi yang dua orang diletakkan berhadapan. Ditengah-tengah diorang ada objek bulat. Bila ditanya apa bentuk bayang-bayang yang diorang nampak. Sorang kata bentuk bulat, and sorang lagi kata bentuk silinder. Lain jawapan, tapi dua-dua jawapan tu betul. Apa faktor penyebab jawapan tu lain ialah sebab diorang berada di angle yang berbeza. And kalau nak ikut situasi sekarang, angle tu ialah perspektif.

Begitulah. Jadi dipendekkan cerita, memang aku mengaku aku buat perangai gila sikit dekat BTN ni. Saja nak naikkan mood kawan-kawan yang mungkin penat or dah ada negative impression, aku meredah 5 6 jam nak ke Klang ni semata pergi kursus BTN lepastu balik macam tulah jugak. So, kalaupun diorang tak enjoy dekat BTN ni at least diorang ingatlah betapa annoying aku 5 hari 4 malam tu huhu.

Berbumbung dengan dormmates 5 hari 4 malam tu, jujur banyak benda aku senyapkan aje. Banyak benda yang aku nak argue, tapi aku rileks rileks dulu. Satu perkaralah pasal circle of friends aku selama 2 tahun dekat INTEC ni yang aku perasan ialah kitorang banyak betul mulut dekat belakang. Fuh, kalau mintak hujah time ni lah macam air keluar. Fu fu fu. Tapi kalau mintak keluar statement, semua macam krik krik krik krik.

Aku lebih suka kalau dekat belakang diorang berani cakap macam tu, pastikan dekat depan pon berani cakap benda yang sama. Kita dah cukup ramai manusia yang belakang je cakap lebat tapi bila ditolak ke depan tersipu-sipu macam kena sembelit. Apa yang selama ni aku belajar bila banyak kena tegur dengan orang (orang hebat tahap sheikh pak lebai pulak tu) ialah macam mana nak tahu pandangan kita tu hanya ikut emosi atau tak, tengok macam mana cara dia suarakan pandangan tu.

Orang yang cakap hanya ikut emosi, dia cakaplah pung pang pung pang biaq pi orang nak kata apa. Tapi orang yang cakap ikut akal, orang macam ni dia mungkin tak akan bercakap langsung. Bukan sebab dia pengecut. Weh, aku cakap macam ni kang tak pasal-pasal kena tahan ISA.Tapi dia fikir dulu. Pengalaman akulah, aku pernah berada di situasi terlalu berani sampai semua benda aku nak ulas. Dekat fb lagi tu. Sampai satu tahap dua kali ditegur mengenai kebodohan yang terang tang tang pulak tu oleh hamba-hamba Allah yang budiman.

Bak kata seorang saudara, kalau engkau berjalan dan terjatuh ke dalam lubang buat pertama kali itu tidak apa. Jika kau jatuh lagi kali kedua itu mungkin sebab kau terlupa. Tapi jika kau jatuh dilubang yang sama buat kali ketiga, kau bodoh.

Jadi, ditegur buat aku menjadi lebih berhati-hati mengeluar statement. Tapi janganlah sebab malu kena tegur terus sampai takde stand or opinion. Aku jenis yang direct. Tapi aku belajar untuk tapis kedirectan aku tu untuk adapt dengan kawan sekeliling. Kalau aku dapat terima opinion atau fikrah seseorang tu aku akan try move along dengan dia. Tapi kalau aku rasa tak sebulu, senyap dan cuba berlapang dada tu lebih baik kan.




Secondly, cerita dalam bilik ldk.

Langkah kaki kanan awal-awal tu dah letak niat, tutup mulut tu ika jangan rebel. Tapi jauh panggang dari api. Boleh pulak sampai bertekak berdua dengan ex-classmate. Sepanjang dua tahun hidup dengan budak-budak INTEC tak pernah lagilah aku tunjuk perangai aku yang ini. Selama ni aku just ok ok fine kau betul kau betul dah tak payah bising. Tapi time ldk haritu aku asik provoke orang je huhu.

Aku: Saya nak tanya dekat anda berdua yang pilih agama sebagai 20 sen. Kita selalu pandang dalam konteks sebagai seorang Muslim. Tapi cuba lihat dari perspektif agama-agama lain jugak? Mampukah dalam realiti sekarang ni untuk kita capai kata sepakat lagi-lagi dalam perkara yang melibatkan agama yang memang susah untuk orang nak berkompromi. Sedangkan sesama Islam sendiri kita masih bertelagah.

Thalhah potong: Saya gagal untuk bersetuju dengan apa yang saudari Syafiqah cuba sampaikan. Kenapa kita tidak meraikan kepelbagaian. Tak semestinya perlu hanya satu agama sahaja di dalam sesebuah negara. Saya juga memilih agama sebagai 20 sen. Bagi saya, perkara yang paling hebat yang kita dapat perolehi daripada agama ialah hope. Semua agama mengajak kepada kebaikan. Tiada satu agama pun yang menyuruh kepada kejahatan….(apatah lagi dah lupa)

Cuba kita lihat contoh penghijrahan nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, waktu itu pelbagai agama dapat hidup dengan aman dan damai… (pon tak ingat)

Aku: Menarik contoh yang anda bagi. Tapi macam yang kita sedia maklum juga tiga perkara terawal yang baginda buat sewaktu hijrah baginda daripada mekah ke madinah ialah memberi salam, membina masjid dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Apa rasional baginda membina masjid dahulu baru mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar? Kita tahu pada zaman dahulu masjid ni berfungsi sebagai sebuah pusat untuk pentadbiran, pendidikan dsb.

Samalah macam fungsi sebuah negara. Kita perlu ada sebuah negara yang pemerintahannya baik baru semua agama yang ada didalamnya mampu diamalkan dengan aman. Saya amik contoh lain ketika Islam telah menakluk 2/3 dunia. Apa tujuan Islam menakluk negara-negara lain seperti Parsi dan Rom. Tujuan dia bukan supaya semua orang yang lain pun kena masuk Islam sama. Tapi supaya Islam dapat disebarkan, supaya penganut agama Islam dapat dilindungi dan supaya orang-orang yang bukan Islam pun dapat hidup dengan aman takde perang-perang.

Amik contoh sekarang ketika penganut Buddha dan Islam bertelagah di Rohingya. Apa yang jadi? Kerana kita tiada sebuah khilafah atau kerajaan Islam yang mampu melindungi penganut Islam itu sendiri, mereka dibunuh, diseksa dan diusir.

Thalhah potong lagi: Saudari Syafiqah tidak mengikuti perkembangan isu Rohingya secara terperinci. Malaysia menerima orang-orang Rohingya kerana mereka merupakan saudara se-Islam kita.

Aku potong pulak: Malaysia mampu menerima mereka kerana kita ada sebuah negara dan kerajaan yang kukuh. Negara Islam.

(Sedut hingussss sambil sengih sinis)




Dah habis slot tu ada sorang groupmate tanya, kau dengan Thalhah memang selalu bergaduh ke?

Ampun Thalhah. Tak layak nak bertekak pon dengan Thalhah ni sebenarnya. Orangnya hebat sangat. Debater SDAR kot mana taknya. Dia kalau nak cantas aku bebila dia nak pon boleh je. Tapi tulah. Aku semacam ada instinct yang dia takut dengan aku. Bukan takut aku. Tapi takut nak kata aku salah. Tuhan. Kadang-kadang fed up bila orang takut nak tegur kita. Aku pakai tudung labuh nampak alim-alim sikit, bukannya aku betul semua. Kadang-kadang tu gila jugak.

So dalam kes dekat atas tadi. Bagi aku agama tu no 1. Tapi dalam reality yang semua orang nak kata agama dia yang betul agama orang lain salah, at least kena ada satu kepala. Macam sotong.Tak kisahlah berapa kaki dia ada tapi kepala tetap satu. Bayangkan banyak kepala tapi kaki satu.

Banyaklah berbeza pendapat dengan groupmates masa ldk.Aku pon banyak je kena provoke dengan fasi sampai tercenggang garu kepala terpusing-pusing kanan kiri mintak member back up. Lepastu bisik angin dekat fasi cakap, saya tak tahu hehe. Begitulah.

Sampai malam terakhir.

Bagi aku malam ni memang spoil sangat mood aku dekat BTN. Telinga kiri dengar member suruh rebel maki-maki apa semua. Telinga kanan ada member suruh duduk je terima je dia nak buat apa. Depan mata fasi provoke, fikirlah fikir otak tu ada nak buat apa? Tuhan. Waktu tu rasa macam nak meletup kot. Aku dah fikir, kalau ni realiti biarlah aku mati dengan tenang je. Dah habis slot tu pon, aku still tak boleh move on lagi. Revise untuk exam esoknya tu pon tak sebab nak hilangkan marah nak tidur cepat.

Esoknya memang lega sangat sebab apa yang masuk exam tu tak payah baca pon tak apa. Kira macam dendam berbalaslah haha.

Telan kacalah jugak dekat BTN ni (bukan kaca betul ok) sebab banyak benda pahit yang kau kena telan. Satu nasihat, jadilah macam gelas yang kosong dekat sana nati. Amik sebanyak-banyaknya ilmu yang ada. And jangan setakat amik, tapi tapis dulu. Biar bila balik nanti yang ada dalam gelas tu air yang jernih je. Supaya air tu nanti mampu memberi manfaat pulak dekat orang lain dekat luar sana.



p.s: Makan sedap 6 kali sehari, fasi sempoi habis, bilik bersih.
p.s.s: Kalau kau kisas, make sure stay low profile haha.