Friday 17 July 2015

Membuta Ke Fitrah

Alhamdulillah.

Lepas genap 2 minggu mematikan diri dari media sosial, masih bernyawa lagi. So geng, tak mati eh kalau sehari tak berkepit dengan phone tuh. Jadi, hari raya ni nak mohon maaf zahir batin dari hujung kaki ke hujung kepala. Ada terkasar bahasa, terngumpat, terkata, terguris hati, tertinggi suara, terpandang slack, terstone muka sama ada sengaja atau pun tak sengaja.

Bulan Ramadhan lepas tak banyak benda nak ditulis (banyak sebenarnya). Sebab nak cuba tipu diri sendiri yang selama ni tulis tu bukan setan iblis punya angkara. Dah kurang dah jadi keyboard warrior dekat fb. Nasib baik takde twitter.

Tahan. Tu aim dia kan bulan Ramadhan ni. Supaya kita tahan diri kita dari buat benda yang dah biasa kita buat. Biasa sangat sampai tak sedar yang kadang-kadang apa yang kita buat tu salah. Sama ada melanggar syariat atau cuma ikutkan nafsu.

Bila sampai Ramadhan, baru kita sedar. Besar mana nafsu kita sebab dah tak ada dah setan iblis yang tinggal nak jadi pak hasut. Buat kita sedar mana lagi hina, syaitan ke manusia?

Menjadi manusia, kita dimuliakan kerana akal dan dihinakan kerana nafsu. Sebab itu datang Ramadhan yang mulia. Fungsi dia bukan setakat untuk suruh kita tahan, tapi dalam masa yang sama supaya kita belajar untuk tunduk. Tundukkan nafsu.

Selalu kita dengar, Ramadhan adalah satu madrasah tarbiyah. Yang dalam bulan tersebut sekecil-kecil amalan diganjarkan berlipat-lipat ganda pahala. Tujuan dia mudah. Supaya kita encourage and termotivated untuk buat lebih banyak amalan. Untuk menimbulkan pengharapan dan penyandaran.

Tapi realiTUI nya, tak pernah senang.

Siapa kata senang dari 11 sebulan dah biasa makan lunch kafe A Level tiba-tiba datang bulan puasa macam ayam kena patuk ular tak tahu nak pergi mana. Dari dulu dah biasa gossip cik bedah tiba-tiba bulan puasa payah even nak nampak gigi tak bercakap sebab tekak kering badan rasa macam jelly. Dulu biasa dah tidur lepas subuh, tapi sekarang rasa macam kena laknat tidur lepas subuh sebab terngiang-ngiang hadith nabi, “Celaka barangsiapa yang Ramadhan datang kepadanya tapi tidak diampunkan dosanya.”

Kalau habis terawih, beria azam dekat diri esok aku nak buat taubat, tahajud, tasbih. Bila dah datang esok yang tinggal patah balik dekat terawih. Apa pon tak jalan. Kadang-kadang nak buat sedap hati, kita cakap dekat diri sendiri, ‘Yang penting niat tu dah ada. Takat niat je pon dah boleh dapat pahala kan.’ Lagi kerja nak menipu tuhan.

Benda yang paling susah nak ubah dekat dunia ni adalah diri sendiri. Susah nak letak mindset yang ada malaikat kanan kiri. Tak jauh pon. Tapi, dekat pon tak terasa. Menangislah sebab rasa takut. Menangis sebab rasa marah. Menangis sebab rasa sedih. Dah habis nangis, benda sama jugak buat.

Sedar-sedar dah takbir raya dah pun.

Memang kalau tengok balik Ramadhan yang lepas rasa macam banyak benda lagi yang tak habis nak buat. Tapi pada masa yang sama Syawal pon kita kena raikan sebagai satu tanda kemenangan. Part mana yang dah menang tu pon tak tahulah. Tapi time Syawal ni lah kita kena pasang azam untuk berubah, untuk start anew. Nama pon Aidil Fitri. Hari raya fitrah.

So, point dia. Sempena Syawal ni kan boleh tak kalau nak aku nak membutakan mata sekejap dari masalah-masalah sosial/ekonomi/politik hari ni. Sebab aku sedar yang hati aku selalu risau. Tak tenang. Kalau dulu, petir ke puting beliung datang macam mana pun aku still boleh cool. Takpe, Allah ada. Jangan takut, rileks rileks.Dia macam kau boleh rasa satu kuasa super saiya yang akan protect kau tak kira apa benda nak jadi.

Sekarang, cakaplah apa je yang tak buat aku ketaq. Lagi baru-baru ni dapat tahu yang MARA tak nak hantar student fly UK sebab currency tinggi sangat. Nak main tuding-tuding jari salahkan orang lain pon dah tak guna dah.

Apalah salahnya kalau dari dulu buat hudud. Dah takde dah isu pecah-pecah amanah ni. Duit hilang lah, rasuah lah, riba lah. Brunei tu pon jadi lagi miskin ke dah laksanakan hudud. Tak kan. Cakap pasal hudud, tak cerita lagi isu PAS-DAP dekat Kelantan. Sekarang ada GHB (Gerakan Harapan Baru) pulak. Kita nak berlawan parti ke nak tegakan Islam ni. Macam mana Malaysia tak haru-biru macam ni. Semua nak dulukan kepentingan politik. Duduk dalam hutan buat parti sendirilah.

Ni lah ni sebabnya aku nak stop kejap dari tengok berita. Asik nak rasa marah je. Sedih tengok bangsa sendiri macam ni. Orang-orang yang diberi tanggungjawab memfitnah dan membodohkan satu sama lain. Apa peel lah ni. Baru haritu tengok berita ada orang minta Ketua Polis Negara tahan Tun M. Lepastu, ada lagi yang suruh pihak berkuasa siasat kekayaan anak Tun M, Mokhzani sebab dia ni kaya sangat sampai ada 18 biji kereta mewah. Isu dekat Plaza Low Yat lagi, Wall Street Journal lagi.

Garu kepala jelah tengok berita sekarang ni. Tak ambil tahu nantikan kata ignorant. Bila ambil tahu, kita comment sikit dia kata alah budak-budak apa tahu.

Menunggu masa je bila semua isu ni nak senyap sendiri. Tak penat ke Malaysia? Malaysia ni kalau nak kaya sekelip mata je boleh. Nak maju pon lagilah boleh. Tapi dengan syarat, masyarakat dengan pemimpin semua kena bersatu. Apa yang held back kita ialah semua nak ikut kepala sendiri. Semua nak peel macam Hang Jebat. Tak melayu hilang di dunia kan katanya? Akhirnya apa jadi, mati. Malulah kita mengaku berjiran dengan Singapore dan Brunei.


Bila sayang tinggal-tinggalkan. Tolonglah JPA hantar kami ke UK nak tinggalkan Malaysia ni sebab sayang sangat tahap maksima dah.



*currently reading*