Thursday 1 October 2015

BOB Update #1

Tak tergerak pung nak tulis blog ni since berkurun dah laptop rosak tapi nekad juga tulis satu guna phone ni haa. Gigih tak pasal pasal.

Sebabnya mudah. Mungkin coverage orang dekat UK sana laju sangat sampai Malaysia kena sambar petir ke apa tak tahulah. Ha ha hambar much. Hahahaha. Mungkin sibuk meneroka dunia baru, makanan baru, bangunan baru, orang baru dsb jadi tak sempat nak update blog atau dimana-manalah. Atau mungkin gap masa yang gila melampau 7 jam beza.

Jadi tak apa kita bagi mereka masa untuk adapt dulu dengan situasi yang segalanya masih baru. 

Yang di Malaysia semua sihat je alhamdulillah. Mungkin bukan berita baru tapi sahabat UK memana yang tak tahu ada beberapa sahabat kita yang menghidap penyakit hati yang kronik. Minta jasa baik semua sedekahkan doa untuk kesihatan beliau-beliau. Kerana pendapat doktor kata penyakit sakit hati dan iri hati ni tak ada penawarnya.

Yang selebihnya meneruskan hidup sambung pelajaran di mana-mana yang mahu.

Kebanyakkan ipta dah mula semester awal september hari tu. Ada yang dah selamat masuk ipta dan ada yang berhajat untuk tunggu tahun depan untuk memohon kemasukan ke ipta. Yang ke ipts pulak, uniten mula semester pertengahan oktober. MMU start semester awal november and UTP sila cari sendiri hehe tak tahu.

Itulah update sikit-sikit student oversea sangkut kat Malaysia ni. Tak banyak pon. Nak kongsi pon tak rasa teruja haha. Cukuplah tanya dekat Malaysia macam mana dekat Malaysia macam mana. Sama je.

Yang terujanya nak tahu dekat UK macam mana dekat UK macam mana. Jadi student oversea sangkut kat UK tu kalau ada masa lapang updatelah life dekat sana.

Tak apa kitorang annoying sikit je tapi terujanya banyak huhu. Series. Cerita lah sejuk ke panas ke. Makan apa? Solat cemana, kelas apa semua. Cerita kelakar, cerita macam tak kelakar.

Janganlah korang rasa janggal nak share benda tu semua. Dahla korang (mungkin) rasa bersalah bila nak tinggal member masa fly dulu. Jangan sekarang korang nak hidup dekat sana pun penuh dengan rasa bersalah. Alemak kelakar ngat. 

Bak kata mat luthfi BOB ( buat orang bersalah ) ini semua.

Life saya punya update alhamdulillah setakat ni doktor kata hati saya sado cukup untuk bertahan 3 tahun akan datang lagi. Dia tak tahu berapa gulung salotape heavy duty habis nak balut biar kasi sado haa. So sekarang tengah tunggu register masuk MMU, Cyberjaya untuk course Business Administration (Marketing w Multimedia). Masuk insyallah 16/11. Untuk bulan Oktober ni tengah busy buat lesen kereta dan buat tahi mata serta segala tahi yang ada. Haaaa hahahahah. 

Apa lagi nak cerita? Itu jelah beside still lagi solo dan masih menunggu pinangan. Cepat ye ayah dah berkenan anak ustaz jiran sebelah.

Hahaha hmm.

Sahabat UK sana jaga diri. Insyallah jihad fi sabilillah. Rasa susah, rasa senang, sunyi, sedih ke macam mana ingat Allah ada. Dah ada dekat negara orang bukan lagi senang, tapi mesti lagi susah. Be brave. #Allegiant

Haha sudahlah mengarut. Sakit hati pulak menaip pakai phone ni. Okay dah panjang lebar tulis ni minta tolong hargai kegigihan saya. Lepas ni dah jangan tanya Malysia macam mana? BOB sangat anda ni. Laser sampai tembus baru tahu. Huhu bubye.

Oh ye. Disebabkan BOB bermaharajalela di fb. Saya jarang dah post masalah dunia, negara, kisah hidup di fb.