Lama
menyepi. Mungkin belum cukup lama lagi, mungkin.
Alhamdulillah
cukup sebulan dah dari mula belajar dekat MMU ni. Sekejap sangat rasa. Tapi dah
ada banyak sangat benda dah yang nak cerita hahah. Tapi sebab dah azam nak jadi
baik sikit masuk tempat baru ni, mungkin cerita belakang tembok ni simpan untuk
pedoman sendiri lah kot.
Kot.
Seronoknya
bila kita amik Alevel and tak lepas nak sambung oversea ialah first semester
punya degree silibus kau boleh goreng sambil makan maggi je hahah. Gurau tolong
faham saya stress. Nak mengaku pernah amik Alevel pon segan tahap tak ingat.
Rasa macam goblok square :’(
Jadi kalau
kumpul balik semua member-member dulu, semua cerita study je. Semua dah mindset
nak dean list, nak four flat. Kata orang (aku) jatuh sekali, sila bangun
sendiri. Jatuh berkali-kali, lagi tak ada yang peduli. Sedih kan dunia ni. Tapi
tak payah nak sedih sangat, ada usaha ada jalan.
So bila aku
dengar budak-budak dekat sini asik cakap,
‘You jangan
risau, dekat sini kalau first sem tak lepas ke kena repeat ke normal lah tu.’
Kalau dekat
INTEC, selalu cakap dekat member; ‘Janganlah expect aku high sangat.’ Tapi
dekat sini rasa macam nak cakap je; ‘Janganlah expect aku low sangat.’
And kalau tanya
senior yang bersepah-sepah pon, jawapan dia lebih kurang macam tu lah tu. Ada
yang kena extend semester sebab kena repeat. Ada yang siap cakap, ‘alah first
year senang je.’ Nak suruh aku tak payah belajar lah tu -.-‘
Tercampak
dekat sini pon dah robek apa lagi kalau kena repeat. Meninggal.
Kau kena
faham aku dah dua tahun hidup dalam environment yang surrounding aku semua
budak-budak kaki belajar. Ada yang tak belajar tu pon spesis yang kalau masuk
exam dapat perfect score. Boleh bayang tak ada housemates yang bangun tidur je
terus bukak buku. Makan depan buku. Tidur pon bawak buku.
Jadinya
dekat sini kalau aku buat nota awal, siapkan tutorial, buat assignment, rasa macam
nerd sangat. Padahal dah cukup pemalas dah tu. So, rasalah jugak culture shock
tu.
Tapi, yang bestnya
society dia memang active. Every week tu mesti ada event or booth dari orang
luar atau student sendiri. Rasa meriah sangat kalau nak pergi kelas pon jumpa
budak-budak faculty lain apa semua. Something yang jarang nak dapat lah kalau
dekat INTEC. Kalau dekat INTEC tu cengkerik pon mungkin lagi bising, student
semua lepak library.
Kenapa entah
asik cerita pasal INTEC. INTEC ada mydin, dekat dengan KTM, banyak mall, ada
pasar malam, ada bazaar. Huaa tak boleh move on :’(
Macam tu lah
kisah hidup setakat ni. Selalu orang ingat aku budak 18 tahun baru nak buat
foundation. Nak 21 dah tak boleh nak muda lagi ke?
Apa yang
paling dugaan sekarang ialah macam mana untuk tak menjadi skeptikal pada orang-orang
yang skeptik. Ni part yang paling susah rasanya setakat ni sejak masuk MMU.
Kita tak boleh nak halang orang untuk menjadi skeptikal. Tapi macam mana kita
nak didik diri sendiri untuk tak jadi skeptik? Susah dia nak nangis rasa.
Kau pandang
dia selalu buat lawak, outgoing, tetiba cerita family dia kalah segala macam
novel ke drama melayu yang kau pernah baca. Kau stress dah kenapa ajar dia ni
tak faham-faham, bila dengar background dia macam mana terus sambung ajar balik
dengan penuh kesabarannya. Macam-macam orang ada. Sampai satu tahap aku sendiri
yang malas nak judge.
Jadi neutral
je dengan semua orang.
Cuma aku
susah nak tolerate dengan orang yang main-main dengan stand-of-point aku. Saja
nak tolak sana, tolak sini. And sesetengah yang tak cukup common sense. Aku
baru sebulan dekat sini, tak payah nak basuh sangat, kau yang sakit jari nanti.
Tak susah
nak faham aku. Kalau aku suka aku cakap suka, kalau tak aku buat muka. Kalau
kelakar aku gelak, kalau marah aku diam. Kau jangan nak radical sangat, jangan
nak liberal sangat. Kalau aku tahu aku kongsi, kalau aku tak tahu tak payah nak
buat muka terkejut. Kalau aku ada buat salah tegur, jangan nak mengata
belakang.
Common
sense.
Dua minggu
lepas, ada classmates bergaduh pasal isu feminism.
A: You tengok ni (article), do you
think women are being treated equally at the outside world? How many women are
able to be leader at the corporate world? Corporations always put men as
priority whenever they want to hire employee. Is that fair?
B: Who said corporations prioritise men
over women? It’s depending on their qualifications and the job scope. In fact, they
are more women employed than men based on statistics. Some job maybe only
suitable for men. They are something that men can do that women cannot do. So,
you can’t expect for it to be distributed equally. Is it fair if women were
task on job that they cannot do?
A: So you said it was all about their qualification.
How do us able to get equal qualifications if at some place educations are not
being given to the women populations. Just because some people believed that
yang orang perempuan ni kalau belajar tinggi-tinggi pon nanti duduk dekat dapur
jugak. So there’s no use in educating the women.
Tengok ni
(Status twitter: Rasulullah diturunkan untuk mengangkat darjat kaum wanita.)
B: Hahaha, pika tengok ni diorang nak
kata Rasulullah feminist. Rasulullah feminist ke tak pika?
Aku: Mana ada Rasulullah feminist.
B: Yeay menang pika sokong.
Aku: Ko dah kenapa aku tak habis cakap
lagi. Zaman dulu mana ada term-term feminism ke liberalism apa semua ni.
Sekarang ni dia depends macam mana kau define feminism tu. Memang Rasulullah
diturunkan untuk angkat darjat wanita. Tapi dia tak menjadi dalil untuk kau nak
tuntut persamaan darjat dengan lelaki dalam perkara-perkara yang melibatkan hukum
syarak macam perwarisan harta, hak jatuhkan talak, nak jugak jadi imam dalam
solat Jemaah bermakmumkan lelaki atau pasal aurat.
Tapi, kalau
kau nak cakap pasal persamaan taraf dalam perkara yang melibatkan ekonomi atau hak
asasi antara lelaki dan perempuan yang tu tak ada masalah. Macam pasal education,
levels of wages, employments. Benda tu dua isu yang lain, tapi dia jadi masalah
bila orang nak jadikan quran atau hadith untuk sokong hujah dia. So sekarang ni
kau nak cakap pasal feminism in what context? Nak kasi statement tu biar
specific sikit so orang tak pening kepala.
**
Sampai sekarang
tak berbunyi dah pasal isu feminism tu.
Ada orang
akan pandang aku jenis yang suka bangkang. Semua benda tak kena. Sampaikan ada
sorang kawan ni takut nak bagi pandangan kalau aku tengah dengar sebab risau
aku cantas. Kebanyakkan masa aku lebih banyak diam je. Seronok dapat dengar
pendapat orang. Dari situ kita boleh agak fikrah dia macam mana.
And actually
kalau kurang bercakap ni kurang sikit terserlah kebodohannya. Bila bercakap tu
pulak pasal benda yang kita betul-betul arif and tahu, orang mesti nak expect
lebih. Haa itu rahsianya, silakan mencuba.
Oh point dia
dekat atas tu, jangan ajak aku debat, Diskusi tak apa :)
*post tiada kaitan dengan gambar*