Thursday 31 December 2015

Lama Yang Baru


Aku masih sama seperti dulu.
Masih si bangsat berlumur dosa.

Dikurnia hidup tapi aku bodoh.
Terlalu senang lagak aku sudah ditempat syurga.

Macam mana aku mampu hidup.
Dunia yang kau campak rampas segala kudrat tenaga.

Terlalu penat untuk peduli semua.
Tapi tidak pernah upaya berkorban jiwa.

'Jangan bersedih wahai Muhammad dengan apa yang telah mereka lakukan.'
Tuhan yang meredakan kesedihan Muhammad.
Redakan jua sedihku.
Tuhanku.

Aku kan sentiasa malu.
Untuk memohon diampunkan dosa yang telah lalu.

Jadi kurniai aku.
Tenang.

Untuk yang baru aku cuma mahu.
Tenang.