Saturday 28 June 2014

Celik Quran di SMK Seksyen 19

Alhamdulillah.

Program kedua bersama pepias shah alam. Tambah semangat lagi bila program kali ni bersama dengan sahabat-sahabat kisas yang lain. Selama ni dekat INTEC pon diorang lah yang banyak jadi backbone yang sentiasa ingat-ingatkan aku.

Ajaklah pergi program mana-mana pon, aku tak kisah nak pergi sendiri.

Tapi kalau program pepias je yang macam, kau tak pergi aku pon taknak lah. Hehh macam tu pulak kan. Tanggungjawab dia berat. Amanah dia, allah. Benda yang takkan mampu aku nak pikul sorang diri. Mungkin sebab aku sedar, terlalu banyak pengharapan ummah pada organisasi kecil pepias ni.

Setiap kali pergi program, aku nampak semua orang serius. Semua orang professional.

Siapa diorang ni?

Umur baru 20-an tapi kenapa diorang buat semua ni.

Kenapa tak duduk rumah je?

Kenapa perlu susahkan diri?

Ya Allah.

‘Yansurullaha yansurkum’ ‘Bantulah agama Allah dan Allah akan membantumu’

Bagi diorang, takpe kita susah biar adik-adik senang.

Fasi terkejar sana sini, tidur dua tiga pagi. Melayan adik-adik sampai minum makan sendiri tak diambil peduli. Bila malam waktu tidur, dia sibuk menyiapkan diri memikirkan aktiviti di esok hari. Pagi hari bermula dengan briefing. Lagi perihal adik-adik didahulukan dari perut sendiri.

Pertama kali berprogram aku rasa sakit kepala.

Air mineral berbotol-botol aku teguk sehari.

Setiap masa fokus diperlukan dan otak sentiasa perlu diperah.

Setiap kali perlu berfikir apa yang ingin dikata.

Setiap kali jugak perlu cepat tukar plan bila adik-adik mula tak minat dan bosan dgn ldk.

Bukan mudah. Dan mereka telah bertahun melakukan benda yang sama. Allah, semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah.

Tapi bukan kerana aku memilih jalan ni, semuanya aku nampak baik-baik je. Aku buka dua mata. Kanan aku nampak putih. Kiri aku nampak hitam. Siang aku nampak terang. Malam aku nampak gelap. Ada sesetengah perkara yang aku kurang suka dan ada yang sentiasa buat aku ingin perbaiki diri.

Selalu kita dengar orang sekeliling berpesan,

‘Berjemaahlah. Sentiasalah berada dalam gerakan jemaah. Kita tak akan tersesat selagi kita dalam jemaah’…


Definisi gerakan jemaah bagi aku?

Jemaah itu bermaksud kelompok yang ramai.

Berjemaah bukan hanya untuk gerakan jemaah badan-badan NGO berdaftar. Menjadi sebahagian dalam jemaah tak perlukan borang pendaftaran, yuran pendaftaran dsb. Berjemaah lah dekat mana-mana dengan sesiapa. Yang mampu membawa kita kearah redhanya Allah.

Kenapa perlu berjemaah? Kan lagi mudah kalau aku dengan aku je.

Kerana berada dalam jemaah tu dituntut. Berada di dalam kelompok yang ramai itu lebih baik daripada seorang diri. Kekuatan kita akan berlipat kali ganda. Kelemahan kita dapat disupport oleh sahabat yang lain. Dan kerana Islam itu mengajak kepada persaudaraan.

Berjemaahlah, walau sesame qariah masjid. Walau sesame teman sekelas. Walau sesame teman serumah.

Apa tuntutan jemaah?

Sama seperti tugas yang telah disyariatkan kepada setiap manusia. Untuk menjadi khalifatullah, daie ilallah dan abdillah. Yang berbeza ialah kapasiti. Bila bersendirian, maka kemampuannya setakat yang terdaya oleh dirinya. Dan bila berjemaah, kemampuannya mestilah seiring dengan bilangannya.

Jika kita lihat pada zaman nabi dahulu.

Bagaimana Islam tersebar?

Apabila diturunkan pensyariatan kepada nabi untuk berdakwah. Selama bertahun-tahun, tentangan yang diterima bertalu-talu daripada kaum musyrikin. Jumlah yang beriman masih lagi sedikit bahkan mereka lagi diseksa.

Namun setelah Islam bertambah ramai dan berkembang. Mereka kini mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan tidak lagi berasa takut dengan ancaman kaum musyrikin.

Ini apa yang ada dalam berjemaah. Satu kekuatan.

Semakin besar sesebuah jemaah, semakin besar kekuatan, semakin besar tuntutan.

Beradalah kamu di dalam kelompok yang ramai.



Aku kini tenang bersama jemaahku.







Terima kasih sahabat alkis semua. :')

Cuma kurang-kurangkanlah mengeluh tu.. aisehh hehe

Jalan ni tak senang.

Sebab balasan dia akhir tu mahal.

Semoga tiang, batu, pokok semua dekat sekolah ni akan jadi saksi kita nanti

Dan,

Semoga Allah redha.