Kadang aku
ni banyak benda nak ditulis. Tapi lepas dah di ‘filter’ takde satu pon yg boleh
nak dipost. Lately memang aku sentimental sikit. Cepat terusik cepat terasa.
Kenapa eh? Tapi aku poyo tough. Berlagak konon aku boleh handle semua. Aku tak
peduli apa yg org nak kata. Aku tak kesah forever alone.
Seriously
lakonan tu semua. Aku pon manusia biasa. Aku terasa sebab aku pon ada rasa. Aku
selalu tertanya apa yg orang fikir pasal aku. Aku malu. Tapi akal aku lebih
dulu.
‘Peduli apa
org kata, apa org fikir.. Takpe malu sekarang. Jangan menyesal nati. Takpe
penat sekarang, ada hasilnya nati. Diorang tak pandang pon kau, jalan je
straight. Diorang tak kenal pon kau, buat je muka tak malu.’
Aku selalu
harap satu hari nanti ada orang yang akan support aku mcm tu. Tenangkan aku
bila aku rasa kacau. Bila aku segan malu yg amat, dia tolong aku tuk rasa yakin.
Bila aku sorang, dia ada temankan aku. Aku tak tahu sampai bila aku boleh rely
dengan diri aku sendiri. Macam mana kalau satu hari aku patah semangat. Aku
bukan yg dulu lagi. Kau tengok je ke?
Aku yg
sopan. Aku yg lemah lembut. Aku yg selalu senyum. Aku yg tenang. Aku yg kental.
Tu semua
topeng.
Topeng yg
susah aku nak tanggal. Topeng yg kau nampak aku secara luaran. Topeng yg
menjadi prejudis orang terhadap aku. Disebalik topeng itulah aku. Aku bukan
hipokrit bermuka dua. Aku cuma hipokrit jiwa.
Aku bercita-cita
tinggi. Tinggi melangit. Bukan aku tak realistik tapi aku punya visi. Memang
aku kecik tapi aku nak setiap yg aku lakukan ternampak besar. Setiap tindakan
yg aku lakukan, kesannya besar. Aku ingin melangkah dengan langkahan yg besar.
Aku tak takut. Malah aku sedia.
Aku selalu
dimarah. Selalu diperkecil. Selalu dipertikai. Selalu diragu. Tapi pernah kau nampak
aku kendur.
Bagaimana
anak muda yg berjiwa besar itu mampu kau perkecilkan? Bagaimana jiwa liar itu
mampu kau jinakkan? Bagaimana mampu kau mengarah jiwa yg sentiasa memberontak
itu?
‘Awaklah
kumpulan pertama dalam sejarah hidup saya yang degil tak mahu dengar cakap
saya. Awak ingat kalau benda ni tak berjaya awak kena repeat semula tahun
depan.’
‘Prinsip
saya kita buat yg kecil-kecil kan mudah. Saya senang, awak pon senang. Buat apa
nak buat besar-besar, makan masa.’
Kadang aku
sedih, bila terima nasihat berbaur ugutan seperti ini. Ya Allah. Tuhan je tahu
apa yg aku rasa. Kecewa. Hampa. Putus Asa. Marah. Tapi apa yg hajah cakap tu
betul. Memang aku degil. Aku ego. Aku tak kesah untuk mengaku aku salah bila
aku salah. Aku boleh campak laut ego tu dan mintak maaf bila aku salah.
Tapi satu yg
aku tak boleh terima. Bila orang kata aku tak boleh nak lakukan sesuatu. Bila
riak muka diorang memperkecilkan aku. Bila ada senyum sinis mentertawakan aku.
Ingat aku buta untuk tak nampak apa yg terlalu obvious tu. Cuma aku yg buat
pilihan utk membutakan mata memekakkan telinga. Dalam hati, kau boleh ketawakan
aku sekarang jgn ternganga esok nati.
Sepanjang
hidup aku, aku tak boleh hilangkan apa persepsi orang terhadap aku. Sampaikan
dlm interview jpa dulu interviewer tya,
‘Awak rasa
awak boleh ke? Pekerjaan tu kan berat dan awak ni pulak…’
Apa nak
cakap LEMBUT? Lembut tu bukannya lemah lembik. Aku benci betul. Lepastu satu
lagi time hari kerjaya dekat KISAS. Aku pergi booth engineering,
‘Tapi kalau
utk mcm awak ni kan. Amik kerja yg ringan2 mcm design atau dlm office…’
Kalau tak
fikir dekat KISAS, mmg rasa ringan je tangan ni nak membaling kerusi tu. Tak
hingin pon nak jadi engineer tu. Rasa terhina. Rasa direndahkan. Apa yg boleh
aku buat. Selama ni aku senyum. Sebab tu je the only thing yg boleh buat aku
endure benda ni.
Aku ada
cita. Tak kesah apa kau nak kata. Aku tetap akan ikut kepala. Sekurangnya,
kalau satu dunia pon tak percaya dekat aku, yg penting aku sendiri still
percaya. Sebab kalau diri korang sendiri tak yakin, nak harapkan sapa?
Ada
kaunselor praktikal pernah tya, ‘Syafiqah apa rahsia kamu?’
Rahsia aku.
Aku ada seorang kawan sahabat yg selalu push aku. Bila aku penat dah tak larat
dgn dunia, dia bagi aku semangat. Bila aku sedih kecewa dgn teman sekelas, dia
selalu kata ‘La tahzan. Allahu ma’a assabirin’. Bila aku tak yakin ragu2 dgn
diri sendiri, dia kata ‘La takhaf. Allahu ma’i’. Bila aku jatuh dia paksa aku
bangun. Dia genggam erat tgn aku.
Dia ialah
aku.
Rahsia aku
ialah aku.
Kau tak kan
berubah kalau kau sendiri tak nak berubah. Mintaklah nasihat dari beribu org
sekali pon. Kau yg tentukan diri kau. Dan sebab tu org yg paling berkuasa ke
atas diri kau ialah kau selain tuhan yg mencipta.
Aku yg kau
perlu tahu.
Adalah
seorang kerdil yg berjiwa besar.