Terbaca post
sahabat mengenai Daie. Aku terfikir apa itu daie? Apa tugas daie? Siapa dia
daie? Ada apa dengan daie semua orang dok nak jadi daie ni!!
Daie tu aku.
Daie tu engkau.
Daie tu kita.
Daie tu
setiap jiwa yg mengucapkan dua lafaz penyaksian.
Aku boleh
saja cedok semua yg akak naqibah cakap dan explain panjang lebar mengenai tugas
daie dan siapa daie. Tapi aku taknak. Sebab untuk biar kau merasa, aku perlu
luah daripada rasa. Rasa kasih. Bukan hanya bercakap dengan ilmu. Tapi bercakap
juga perlu menggunakan rasa.
Daie bukan
eksklusif untuk kakak bertudung labuh mahupun abang berserban kopiah.
Daie itu
bukan pilihan tapi taklifan.
Kau tidak
boleh memilih mahupun menolak kerana tanpa kau rela sebenarnya kita semua telah
terpilih secara paksa untuk menjadi daie. Kau lupa kita hamba. Apa hamba itu
hidupnya boleh berjalan lenggang kangkung atas dunia tanpa ada suruhan dan
perintah. Apa hamba itu senang hidupnya?
Hanya orang
yg menafikan dirinya daie saja masih lagi boleh bermalas-malasan atas katil
mengulam mimpi di pagi hari. Kerana setelah kau sedar kau daie, kepala kau
tidak pernah berhenti pusing fikirkan cara untuk memenuhi tuntutan yg ada pada
diri.
Aku bukan
mengajak engkau menjadi daie.
Aku mahu sedarkan engkau yg kita daie.
Aku rasa
lega dapat bercakap perihal daie dan dakwah di sini. Kerana jika ini alam
nyata, pastinya semua lintang-pukang lari. Susah untuk menyampaikan bila aku
tidak tahu siapa yg ingin mendengar. Jadi mulut ini aku kunci sebentar.
Aku tahu
INTEC penuh dengan pelajar-pelajar pintar. Aku nampak sentiasa ada jiwa yg
tersentuh. Tapi saat itu, daie yg kononnya lantang ingin menyampaikan ini pula
diam tersipu malu. Bila ada ikan yg muncul di bibir sungai, ada pula burung yg
gagal menyambar. Seperti disua bantal kata tidak mahu.
Ahh daie.
Aku lupa kau juga manusia. Lagikan iman turun naik, ini kan pula semangat kau.
Jangan kau
takut dipanggil daie. Jangan lagi kau takut menggelar diri kau daie. Kerana
nama kita semua daie. Antara sedar dan tidak sedar sahaja. Beruntungnya kita
jika kita termasuk golongan yg sedar.
Ok, aku
daie.
Apa tugas aku?
Sampaikan
dan bimbing. Mudahkan. Kalau kau rasa kau takda kekuatan untuk menyampaikan tak
apa. Apatah lagi nak membimbing diri sendiri pon terumbang-ambing, pon tak apa.
Kenapa nak memberatkan kepala. Cool cool dulu. Kan aku dah kata, bila kau sedar
kau daie kepala kau automatik fikir nak buat apa.
Cukup daie
itu mula kembali kepada ilahi.
Minta diberi
azam yg tinggi untuk melangsaikan hutang yg tiada ganti.
Kerana kita daie.
Moga Allah redha.