‘Selagi engkau menulis,
tiada siapa yang dapat menghukummu atas pendapat yang engkau berikan. Tiada
siapa yang dapat menyekat engkau daripada menyampaikan pendirianmu.
Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang menyampaikan, hingga seruan Ibrahim di
lembah gersang yang kosong dan kontang, masih memanggil manusia datang, kerana
yang menyampaikannya adalah Dia. Satu-satunya penyebab kebenaran tidak
bertebaran ialah apabila yang menemuinya, tidak menemukan orang lain dengan
kebenaran itu. Diam membisu, tunduk kepada tekanan yang cuba mendiamkanmu,
justeru jangan kaubiar mereka menyekat perjanjian engkau dalam intima' dan
wala' dengan Tuhanmu.’
-Ust. Hasrizal Abd Jamil-
Aku ingin
menulis. Kerana aku bukan seperti hamba yg lain yg petah dalam bicaranya jadi
aku menulis. Aku menulis kerana aku sedar ada mesej yg perlu aku sampaikan. Ada
pandangan yg perlu aku kongsikan. Tapi bila menulis aku banyak merefleksi diri.
Adakah
penulisan ini hanya dari emosi? Atau dari kesedaran untuk memberi.
Tapi bila
aku dihadapkan dengan situasi umat yang manja dan mengada, jari aku pantas
berlari. Aku mula menjadi keyboard warrior di alam FB. Pada mulanya, penulisan
aku lembut. Menegur disebalik bata. Aku tidak mahu ada yang sakit atau terasa.
Makin lama
teguranku pedas. Penulisanku keras. Sepertinya ingin menghentak memecahkan batu
kerikil yang lama tersadai. Aku berharap ada satu dua jiwa yang terpana dan
lerai hatinya.
Sampai satu
masa Allah utuskan satu jiwa untuk menegur diri ini.
‘opss juga sedikit nasihat dari saya .. lebih baik
tutup fb .. banyak mafaat .. usah sangka ia boleh menjadi tempat dakwah ..
hehehe gambar gambar awak yg di post tu .. sebenarnya akan buat awak muflis di
akhirat bye...’
Aku tak malu untuk menerima nasihat daripada jiwa itu.
Walau aneh sekali perancangan Allah. Lama aku terduduk membaca mesej ni.
Mungkin dia ingin menduga apa aku akan merasa mulia dan melatah bila yang
menegur itu adalah orang asing yg pada mulanya meminta ingin berkenalan.
Kemudian bermula refleksi diri.
Gambar aku
menjadi fitnah ke? Seksi ke? Ada nampak aurat ke? Mengghairahkan ke?
Aku tidak
ingin menjadi fitnah Islam dan Muslim. Aku delete.
Adakah aku
mudah diintimidasi? Aku cuma risau yang benar itu dia, yang salah itu aku. Jadi
setelah terinspirasi oleh kata-kata Ustaz Hasrizal,
‘Satu-satunya penyebab
kebenaran tidak bertebaran ialah apabila yang menemuinya, tidak menemukan orang
lain dengan kebenaran itu. Diam membisu, tunduk kepada tekanan yang cuba
mendiamkanmu, justeru jangan kau biar mereka menyekat perjanjian engkau dalam
intima' dan wala' dengan Tuhanmu.’
Aku akan
meneruskan kerjaya aku sebagai Keyboard Warrior di alam maya.
Kerana ada
satu janji yang telah lama terpatri seusai kalimah syahadah terpahat di arasy
paling tinggi.
Janji dua
kalimah penyaksian yang kan menjadi panji dan ijtihad diri.
Moga sentiasa
dalam rahmat dan redhanya ilahi.