Sekarang aku
faham kenapa Afiq Sazlan drop.
Kita
mahasiswa dirantai dengan system. Kita tak merdeka. Mereka kata mahasiswa perlu
kritis inovatif tidak hanya disuap. Tapi bila kita mulakan gerak, kita dikata
memberontak. Kita dikata muda dan tidak matang.
Aku faham
kenapa Afiq Sazlan drop.
Kerana
system ini membejat produktiviti. Menghapus imaginasi. Melembap kreativiti.
Kita hanya mengikut telunjuk. Gentar kepada authority. Tidak berani melawan
bila kita di pihak yg betul. Aku bukan di gerakan kiri. Aku mahasiswa yg ingin
berdiri dan punya pendirian diri.
Aku penat dan
serik.
Selalu asik
disekat dengan system yg kononnya untuk mempermudah. Aku sedar tiada perubahan
yg akn berlaku jika aku asik menjerit di alam maya. Memperjuangkan hak
disebalik tembok konkrit maya ini. Hakikatnya di alam realiti aku seperti tikus
busuk yg mengerikut dalam lubang-lubang menunggu ada badang yg melaungkan
teriak perubahan.
Aku tak
ingin menjadikan Benz Ali contoh gerakan.
Aku juga tak
ingin menyalahkan system.
Aku
mengharapkan mahasiswa tegak dan gerak.
Ini masa
kita serius dan menyumbang. Tak perlu goyang kaki berangan menunggu ada yg akan
lakukan di pihak kau nati. Kau ingat tugas kau belajar sahaja sudah cukup? Kau
ingat lepas cut off point pointer 4 rata kau dah boleh tarik nafas hembus nafas
lega.
Kau tak
sedar. Buta dengan dunia kau sendiri.
Dunia
sebenar bukan hanya berlegar antara novel-novel picisan yg kau baca. Bukan
berlegar dalam tweet-tweet post-post yg kau scroll. Bukan berlegar dalam
mengejar insta siapa yg paling hipster berlari mengejar menjadi insta famous.
Realitinya
dengan mahasiswa kini. Pemikirannya tidak tajam tapi dangkal. Bila diutara isu
semasa semua tunduk tersipu-sipu. Bila diminta menyuarakan pendapat, hujahnya
keanak-anakan dan tidak matang.
Kau boleh
baca dan masih tertawa?
Aku jumpa
banyak mahasiswa yg sibuk memperjuangkan hak di alam maya mengkritik system.
Konon lagak menjadi pejuang harapan bangsa. Bukan system yg salah. Bukan
penggubal system itu yg salah. Tapi mahasiswa itu sendiri. Kerana tidak bijak
memanipulasi system yg sedia ada mengikut keperluanya.
Kau tak
faham?
Bukan kau
tak faham. Tapi kau malas berfikir.
Ada betulnya
kata Benz Ali. Gerakan mahasiswa itu banyak lompongnya. Gerakan mahasiswa itu
sudah semakin hilang belangnya. Tapi aku tak mengkritik gerakan, aku megkritik
mahasiswa itu sendiri.
Aku banyak
terlibat dalam gerakan jemaah secara tidak sengaja.
Aku perhati
dan aku dapati. Bukan jemaah yg perlu kita perbaiki. Kerana setiap jemaah
membawa misi yg sama, menggunakan kaedah yg sama. Apa yg menyebabkan berlaku
perselisihan bila kita berada dalam satu hadaf yg sama? Ahli dalam jemaah itu
yg perlu diperbaiki.
Aku boleh
bercakap lantang, memang aku seperti cencorot bila bersua muka.
Jadi aku
mohon kau sedar umur kau layak sudah menggenggam dunia. Kau boleh kata, itu
al-fateh memanglah dia anak sultan dah besar dapat hak warisan. Kau ingat dia
kesah bila dia nak serang Constantinopel umur dia berapa.
Sebab dia
sedar tugas dan tanggungjawab.
Aku tak
menghala ke arah politik dan pimpinan semata. Aku cuma risau pemikiran kita
fokusnya kearah mana? Kenapa perlu berfokus pada diri sendiri bila tangan kau mampu
mengubah nasib ummat.