Thursday 3 July 2014

Ramadhan 1435H

Ahlan awak.
Saya perhati je awak dari jauh.
Segan nak tegur.
Kita macam langit dengan bumi.
Awak terlalu hebat untuk saya...

Eceh, itulah dia ayat-ayat cliche selalu nampak orang akan post nak masuk Ramadhan ni kan. Baca sekali ok. Nampak berulang kali rasa nak baling laptop. Post beriya berbunga-bunga kembang setaman jiwangnya.

Eh eh jangan salah faham. Bukan tak boleh. Macam saya cakap tadilah sekali dua tu ok. Sepuluh dua puluh kali tu ko. Sebab manusia ni, saya jugak, bila kita buat sekali niat kita baik. Niat kita ikhlas. Kita post apa yang kita rasa supaya orang lain pon dapat rasakan manisnya bulan Ramadhan ni.

Tapi pelik dengan trend sekarang.

Ok jom kita tulis puitis-puitis. Pastu jangan lupa hashtag ok. Hashtag bebanyak ####.

Sekali lagi.. sekali dua kali ok.

Sepuluh dua puluh kali ko.

Jangan kerana hashtag, lari semua tujuan penulisan kita. Menulis bukan untuk dijadikan trending. Menulis bukan supaya mudah orang lain cari dan jumpa tulisan kita.

Menulis dari hati. Niat untuk memberi dan tidak untuk diperhati.

Sahabat jangan salah faham. Satu usaha yang baik kita memeriahkan bulan Ramadhan ni dengan post-post yang bermanfaat dan memuji kebesaran tuhan. Alhamdulillah. Ada pihak yang memikirkan cara.

Mungkin.

Mungkin.

Sebab saya yang tak kuat untuk meletakkan hashtag dalam post-post saya. Saya yang akan kembang semangkuk bila penulisan dibaca ramai. Huhh. Sebab saya yang susah untuk melahirkan niat ikhlas menulis hanya untuk memberi bukan untuk diperhati.

Sebab jujur itu yang saya rasa.

Maaf.

Kalau saya silap menilai sahabat semua :'(


'Sembunyikanlah amal baikmu sepertimana engkau menyembunyikan keaibanmu daripada orang ramai'.

'Orang yang tidak menyampaikan sesuatu perkara kerana takutkan riak adalah riak' -Imam Ghazali.


Antara dua.

Tak pernah dapat memilih dengan jelas yang mana harus menjadi keutamaan.

Jadi segalanya berbalik kepada niat.

Semoga Allah redha.


#projekramadhanKISAS
#projekramadhanKISAS
#projekramadhanKISAS



*Ramadhan 1435H*

Sekali lagi mengharung bulan lapar dahaga.
Sekali lagi terus leka sehingga Syawal tiba.
Sekali lagi Ramadhan terus tersia.
Dan sekali lagi penyesalan menyapa.

Berkali-kali terjadinya berulang-ulang.

Aku bertaubat di malam hari.
Siangnya aku tetap memilih yang kiri.

Siang hari aku tekad lemas dalam ibadah.
Malamnya aku leka menonton hiburan tidak berfaedah.

Susah untuk percaya.
Kali ini tidak ada syaitan tempat menuding jari.
Hanya hawa nafsu dalam diri.
Yang sudah lama sebati dengan duniawi.

Bila aku ingat mati.
Taqwa membukit tinggi.
Air mata jatuh tak henti-henti.
Dan aku mula sekali lagi.

Bila syurga neraka tak terasa di hati.
Mulalah membuta hingga ke pagi.
Tiada juga zikrullah membasahi.

Berkali-kali terjadinya berulang-ulang.

Namun,
Kerana Ramadhan punya seribu satu rahmat.
Seribu satu kemaafan.
Jatuh dan bangkitlah walau berkali-kali.
Bertaubatlah walau dosa mungkin diulang kembali.