Wednesday 8 April 2015

Inche Tarbiah Sentap




Suatu masa dahulu, aku pun macam kamu-kamu semua. Hati keras, kepala batu, besar kepala, kaki rebel. Pantang betul orang tegur nak marah-marah, cakap jelah elok-elok kitorang bukan budak kecil tak faham bahasa. Gitu.

Semua benda Badar suruh buat yang itulah yang taknak dibuatnya. Aku agak mungkin kerana zaman aku, pendekatan Badar keras dan syadid. Kau main api aku lawan api. Bukan aku tak faham. Aku yang pilih untuk taknak faham. Orang nasihat masuk kanan keluar balik ikut kiri. Sebabnya? 

Hati.

Tegurannya yang berbentuk ancaman dan bersifat autokratik jarang berbekas dekat hati aku. Malah, instinct untuk kita manusia respond dengan memberontak. Sebab itu bukan sifat semula jadi kita (atau hanya aku). Sedar atau tak, sekeras mana pun hati manusia, memang fitrahnya kita akan suka perkara yang lembut, tenang, cantik.

Dan fitrah untuk aku merasa keras bila ditegur secara keras. 

Sentap itu bukan keras. Nak menyentap orang tak perlu guna bahasa kasar meninggi suara macam ahli politik bangkang membangkang dalam parlimen. 

Sentap itu bukan bertujuan untuk menyinggung. Tapi fikir bagaimana untuk menggunakan kata semaksima mungkin biar apa kita cakap berbekas melekat tak tanggal-tanggal dekat hati orang yang nak kita sentap.

Bagi aku, sentap itu macam dalam ayat al-quran. Allah pun guna ayat sentap tuju dekat kita. Tapi yang sebenarnya mendefinisi istilah 'sentap' itu adalah diri kita sendiri. Bagi aku mungkin sentap, tapi bagi orang lain biasa je.

"Maka nikmat tuhanku yang manakah yang engkau ingin dustakan?"

Setiap kali baca surah Ar-rahman, selalu rasa macam kena perli. Aku tahu betul. Memang aku kufur nikmat ya allah. Jarang pulak tu bersyukur asik nak merungut je. Bagi aku ayat ini sentap. Dan aku malu bila tuhan ulang ayat ni entah berkali-kali nak cakapnya yang wahai kenapa kau kufur sangat ni manusia??

Ayat ini keras ke? Tak jauh sekali.

Bahkan aku lebih terkesan dengan ayat tu daripada ayat-ayat yang berbentuk ancaman, balasan syurga neraka (astaghfirullah).

Mugkin ada. Ada. Ayat yang berbentuk keras itu mampu menundukkan ego kita buat kita tersungkur sujud bertaubat kepada tuhan. Kerana takut, kerana risau. Tapi sekalian banyaknya ayat tuhan yang menunjukkan rahmat dan belas mampu memberi kita harap, buat kita terpempan dan rasa insaf. Dan yang sujud itu kemudiannya hadir kerana mendamba kasih. Mengejar rindu.

Itu bezanya.

Dan dari masa ke semasa keperluan hati itu berbeza. Turun naik iman itu tidak sama. Jadi yang perlu pandai mencari kesesuaian itu kita sendiri.

Tarbiah itu datang dari Allah. Macam mana pun cara dia, walau apa pun kita label dia, yang mengilhamkan itu semua Dia. Teguran yang tegas itu tak semestinya perlu disentap. Teguran secara sentap itu tak mesti perlu disampai secara tegas.

Kisahnya, berpada menyentap. Dah selesai menyentap jangan lupa bawak pergi belanja ke minum-minum sesi luahan perasaan ke. Sebab sila sentap dengan kasih. Bukan sentap nak tunjuk salah orang lain.

Dan kepada yang selalu kena sentap, ingat.

Sentap itu peduli!






Sentap = #deep (trend sekarang -..-)