Aku dah di mindset dari kecil. Pakai hanya apa yang
ibu suka.
Buat
perangai hanya apa yang ibu suka.
Ibu garang.
Ibu tegas.
Ibu yang
didik aku jadi macam ni.
Garang.
Tegas.
Bila aku
keluar rumah. Aku tengok cermin.
Ini bukan
untuk mana-mana lelaki.
Ini untuk
Ibu.
Untuk Allah.
Kerana aku
membawa maruahnya.
Menjadi imej
maruah agama.
Bersederhana
berbedak. Biar hitam. Sedang Bilal juga dicinta baginda.
Biar bibir
pucat retak pecah seribu. Tidak perlu mengharap ada yang memandang.
Tak perlu
bulu mata panjang melentik bercelak tebal. Tidak punya manfaat pada agama.
Ini cerita
aku.
Kerana
engkau wanita bermaruah cari cerita engkau sendiri.
Dengan warna
apa ingin engkau palit?
Kerana engau
wahai wanita.
Yang tinggi
rasa malu.
Yang indah
budi pekerti.
Yang benci
ditenung mata-mata galak lelaki.
Adalah aset
negara dan sayap kiri agama.
Ini aku
mencari tenang dalam kesedihan realiti.
Aku tahu
menginginkan yang cantik itu fitrah.
Tapi jangan
buang syariat.
Jangan
berani memperlekeh agama.
Dulu menjadi
trend.
Berbaju
kecil dan berseluar ketat.
Sehingga
menampakan seluar dalam. (maaflah)
Ibu, “Dik,
awak ni tak malu ke pakai baju kecik seluar kecik ni sampai nampak seluar
dalam. Awak pakai tudung ni tak tahu agama ke? Dalam Islam mana boleh pakai
macam ni.”
Dulu menjadi
trend.
Memakai
sanggul tiruan dan diikat tinggi.
Ibu, “Cikgu
nak awak turunkan sanggul awak tu sekarang jugak. Kalau tak keluar dari dewan
exam ni sekarang tak payah jawab periksa.”
Dulu menjadi
trend.
Memakai
tudung dan diselempang kebelakang.
Menampakkan
bentuk dada.
Ibu, “Awak
kenapa pergi sekolah pakai tudung macam ni. Pergi balik rumah tukar tudung.”
Di setiap
teguran Ibu.
Kepada
pelajarnya atau orang yang jalan bersepah.
Aku disitu.
Turut rasa
malu.
Jadi
sepanjang hidupku aku mencuba.
Menjadi anak
bukan yang menyebab Ibuku disebut.
“Pandai
tegur orang, anak sendiri pon sama.”
Aduh.
Aku sendiri
pon tak pernah lepas ditegur Ibu.
‘Tudung ni
jarang nampak leher.’
‘Baju ni
pendek sangat nampak kaki tu kecik.’
‘Stokin
mana?’
‘Kenapa tak
pakai inner angkat-angkat tangan kan nampak tangan.’
Tak perlu
berjubah bertudung labuh sentiasa.
Tak perlu
berpurdah berniqab untuk kau rasa terjaga.
Syariat
sudah ada.
Tinggal masa
kau duduk sekejap fikir.
Apa yang
buat kau belum sedia.
Nati nampak
bajet alim.
Segan nati
orang pandang pelik.
Panas pakai
tebal-tebal longgar-longgar.
Macam orang
kampung selekeh kolot.
Pasanglah
niat kalau kau belum rasa mampu.
Kerana tuhan
akan permudah jalan.
Kerana tuhan
ada caranya.
Dan kerana
engkau wanita syurga.
Berpakailah
lagaknya seorang wanita syurga.