Aku kopak.
Duduk dekat
Shah Alam aku rasa senak.
Harga naik
bukan main tinggi.
Nak makan nasi
berlauk pon hanya mengharap belas ehsan makcik kafe kolej.
Yang itulah
breakfast.
Yang itulah
lunch.
Yang itulah
dinner.
Aku belajar
ekonomi.
Aku tahu
kesan GST untuk negara.
Tapi itu
semua setakat teori atas paper.
Untuk
betul-betul mengeluar hujah.
Aku bukan
siapa.
Aku tahu
kerajaan dan rakyat dua-dua tersepit.
Kau buta
kalau kau masih belum duga.
Yang negara sedang
menghadapi krisis ekonomi.
Nilai
ringgit yang jatuh sehingga RM3.63-RM3.70.
Bakal mencecah
RM3.80 tidak lama lagi kata pakar ekonomi.
Mengakibat
nilai hutang negara naik setinggi 63.8% (RM847.9 Billion).
Rizab
antarabangsa Malaysia juga hilang RM73.08 Billion.
Jadi apa
cara kerajaan ada.
Jika tidak
dengan penguatkuasaan GST.
Kau pergi belajar
ekonomi.
Dan kau
fikir.
Ada baik kau
duduk memekak mengeluh mengenai GST.
Merungut
menjatuh kerajaan negeri dan pusat.
Atau senyap
dan fikir.
Apa cara
untuk membaik pulih taraf hidup.
Tanpa hanya
mengharap elaun datang turun dari MARA & JPA.
Ini masa.
Aku duduk
telaah sampai muntah buku ekonomi.
Akan sampai
masa aku jumpa cara dan punya cukup kuasa.
Segala kerat tulang dan tenagaku berbakti pada
negara.