Sunday 29 March 2015

Menjulang Parsi


Tamadun Parsi adalah sebuah tamadun yang mundur pada eranya jika ingin dibandingkan dengan tamadun-tamadun yang lain seperti Rom, Yunani (Greek), Mesir, China etc. Tapi ada satu perkara yang buat hakikat hati aku terikat dengan Parsi.

Pada awal tahun dalam course Islamic Studies, aku dan sahabat diberi tugasan untuk menggupas isu kegelapan laut dan ombak daripada aspek Al-quran dan sains. Pertama kali aku didedahkan mengenai isu ini. Dan sungguh, jika kau punya masa seminit dua taiplah di papan kekunci (keyboard) mengenai “kegelapan laut dan ombak dalam Islam” sebab serius cakap aku tak berkeinginan untuk menghurai isu tersebut.

Tapi mungkin kau boleh download ringkasan kajian kami ini dan baca bila kau diilhamkan hidayah tuhan untuk membacanya. Kau sibukkan? Aku tahu.

Kaitan kajian tersebut dengan cinta aku pada Parsi?

Kegelapan laut juga lebih dikenali dengan istilah lautan dalam merujuk kepada geografi sebuah lautan yang terletak di lantai atau dasar lautan. Secara logik sainsnya, lautan yang paling dalam masih lagi belum dapat diterokai kerana teknologi manusia yang terbatas dan tidak mampu untuk menampung tekanan yang tinggi di lautan dalam.

 Walaupun masih belum dapat diteroka, sebuah kitab tua telahpun melangkau kecanggihan teknologi dengan menceritakan fakta yang hanya boleh dibuktikan dengan teknologi abad kini.


الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)
 فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah."
(Surah Ar-Rum: 1-4).


Penyelidikan aku terhadap isu Kegelapan Laut dan Ombak ini, membuat aku mula bercambah minat pada Parsi dan tamadunnya. Bagaimana sebuah tamadun yang diceritakan sebagai sebuah tamadun yang sering kalah dalam setiap siri peperangan, begitu significant untuk diceritakan perihalnya di dalam Al-quran.

Aku takjub. Ayat ini bukan sahaja menceritakan bahawa Parsi suatu hari nanti mampu mengalahkan bangsa terkuat tika itu, Rom, bahkan ia juga terjadi pada titik paling rendah dunia iaitu di Laut Mati.

Beberapa kelipan masa selepas itu, kelas aku ditugaskan pula untuk membuat projek pameran mengenai Tamadun Parsi. Sekali lagi, tamadun Parsi memenuhi sejarah laman carian Google Searchku. Parsi bagi aku merupakan tamadun yang paling sedikit sumbangannya kepada teknologi dan peradaban manusia. Mungkin juga aku yang belum habis research.

Aku terkilan apabila dalam misi pencarian, yang aku jumpa hanyalah sisa-sisa bangunan yang telah hangus musnah. Sebuah peradaban yang berkurun dibina akhirnya hilang dibakar Alexander. Kini aku menyimpan dendam pada Alexander.

Namun, dendam itu hanya benar jika Alexander bukan Zulkarnain. Kerana insan bernama Iskandar Zulkarnain itu merupakan hero aku sedari aku hingusan lagi. Jadi sekian kalinya lagi aku berdilema sendiri.


TEKNOLOGI TAMADUN PARSI

Kerana maklumat ini amatlah payah untuk kau temui bersepah-sepah di laman sesawang jadi ini aku menjadi pemudah cara, harapnya. Parsi atau kini lebih dikenali sebagai Negara Iran merupakan sebuah kawasan yang tandus, kering dan hanyalah terdapat padang pasir di sekitarnya.

Oleh kerana faktor geografinya, kebanyakkan teknologi yang diguna pakai oleh tamadun Parsi lama adalah bersumberkan daripada sumber-sumber alam semula jadi seperti air dan angin.

1. Qanat (Water Tunnel)



2. Yakhchal (Ice House)



3. Badgir/ Borujerdi (Wind Tower)





4. Wind Wheel (Water turbine & Grinder)


5. Araghatta (Water Lifter)


6. Parthian Battery


7. Water Clock



8. Dovecotes (Pigeons Tower)





Tamadun Parsi juga terkenal kerana merupakan tamadun pertama yang telah menggunakan gas kimia dalam peperangan. Gas kimia (asap toksik) kini merupakan suatu kaedah yang sangat kotor dan tidak berperi kemanusiaan kerana ia mampu membawa kematian serta-merta dan kepada musuh.




Walau cinta aku pada architecture tak pernah berbalas, tapi aku tak pernah serik. Antara sebab lain aku suka sangat dengan Parsi atau Iran kini kerana terdapat satu seni bina di Parsi yang betul-betul buat aku terpegun. Aku kira ia kini sama pangkat dengan Masjid Biru yang aku teringin sangat nak pergi. Masjid Imam.

Rasa macam hati dah dekat sana :)






 Jadi, aku mengharap sahabat bukan sahaja memenuhi kriteria pemarkahan projek tapi jangan lepas untuk menghayati sebuah tamadun yang telah ditelan zaman. Rasa hidup dengan sebuah tamadun yang telah ditelan bumi. 

Cuba menjejak perjalanan kisah sejarahnya untuk dijadikan teladan, dan bukan sekadar menghirup bagai di angin lalu. Kerana itu teramatlah rugi.

Betul, bukan keutamaan course Islamic Sudies ni. Asal dapat pointer tinggi lepas test, final, siap projek sudahlah. Apa kaitan belajar pasal tamadun dengan course Economics, Accountings, Law benda ni?

Asal mana semua course tu tadi kalau bukan dari tamadun purba yang mula mengkajinya. Tak rugi meneliti sejarah. Dia buat kita kenal mana susur galur kita bermula. Buat kita lebih manusia. Jika engkau mencari ertinya menjadi manusia.