Hujung
minggu lepas ada program dekat SMK Bandar Tasik Kesuma, Semenyyih. Walaupun
kali kedua menjejak kaki berprogram dekat sini tapi setiap kali pengalamannya
berbeza sangat. Aku banyak kekurangan. Tak kisah dari segi pengalaman, ilmu
atau kemahiran.
Aku tahu
program kali ni ramai senior-senior yang hebat. Insecure. Kecik aku rasa. Tapi
aku bulatkan hati, demi adik-adik.
Banyak yang
aku nak luah. Banyak sangat. Walaupun dengan sahabat, aku simpan mati. Aku
ingat masa boleh mengubati, tapi aku yang tinggal kecewa sendiri.
“Adik-adik hardcore! Adik-adik mencarut, tak
beradab! Adik-adik buat gangguan seksual dekat akak fasi!”
Itu apa yang
aku dengar waktu post mortem di akhir program.
Tang mana
yang hardcore? Aku cakap dekat kau orang, itu semua topeng. Bukan salah
adik-adik kalau fasi yang tak mampu tanggal topeng yang diorang pakai. Salahkan
adik-adik hardcore. Pfffftttt.
Aku ada
abang ‘hardcore’ tak payah bertekak apa maksud hardcore!
Waktu
pembahagian kumpulan, aku dapat 11 orang adik-adik lelaki yang aku tahu diorang
semua ni satu geng. Aku pandang sorang-sorang and aku tahu diorang ni mesti
geng kaki gaduh. Aku tahu. Tapi aku cuba untuk neutral. Bila waktu makan aku
pesan,
“Adik-adik ni kumpulan akak tau. Kita
kumpulan 19. Ingat tu.”
Ada sahabat
tegur, “Ika, abang Azhar kata nati rombak
group balik lah. Jangan cakap yang diorang kumpulan kamu. Nantikan diorang xnak
tukar kumpulan macam mana?”
Hah. Tapi
betul aku pun taknak tukar macam mana?
Bagi aku
adik-adik yang nakal ni lagi senang nak ditegur and dibentuk daripada adik-adik
yang kelas pandai. Sebab walaupun diorang punya ego, tapi kalau pandai
menyentuh batu pun boleh pecah disimbah air apa lagi ni hati manusia.
Jadi
kumpulan dirombak, and adik-adik yang sebelas tadi tu pun dipecah-pecahkan. Betul,
diorang mengamuk. “Akak tipu. Akak kata
kitorang kumpulan akak.”
Sebab aku
datang sebagai fasi, aku keraskan hati. Program diteruskan, aku bersama
adik-adik yang baru. Mungkin aku yang terlalu memandang suci adik-adik ni dan
meletakkan segala kesalahan ke atas fasi dan diri. Macam mana mungkin aku
berpersepsi, aku sudah tegal memekakkan telinga.
Sahabat kata, “Aku tak fahamlah diorang ni dari zuhur
tadi sampai petang habis solat asar ni asal masuk bilik tu mesti asik cerita
pasal adik-adik pernah ada yang minum araklah, buat masalahlah. Apa masalah.
Belum start program apa-apa lagi dah condemn adik-adik.”
“Jangan dengar buat tak tahu je. Patutnya
kita ni layan adik-adik macam kita tak tahu apa-apa pasal diorang. Baru takde
diskriminasi.”
Aku tahu
lumrah manusia mengata. Tapi ada sebab kenapa bilangan telinga lebih satu dari
mulut. Ada sebab kenapa bilangan mata sama banyak dengan telinga. Dan ada sebab
kenapa kau dikurnia akal. Lu pikirlah sendiri ((nabil))
Usai habis
LDK, adik-adik akan main explorace.
Checkpoint
yang aku jaga ialah checkpoint 6 bersama dua orang sahabat.
Aku dan
fatin konklusikan, pendekatan kami dan fasi di sini tidak sebulu dan tidak
seira. Bagi aku dan fatin, kita tarik dulu hati mereka suka dekat kita lepastu
nak brainwash ke apa buatlah. Insyallah jalan. Tapi apa yang aku dan fatin
lihat, fasi keras. Bagai dibaling batu dibalas batu.
Mungkin
kerana mereka telah berpersepsi.
Seorang fasi
tegur, “Fatin, awak ni lembut sangat
dengan diorang. Awak tak boleh lembut dengan diorang ni.”
Kejadah
engkau.
Kalau bukan
air yang dapat padamkan api, kalau bukan air yang mampu leraikan keras batu, terangkan
aku supaya faham. 20 tahun aku hidup dikurniakan tuhan sifat yang lemah lembut.
Ada masa aku bengkeng, kenapa aku tak kasar sikit. Orang buat gelak aku,
sakitkan aku, tapi aku terpatri dengan perwatakan aku.
20 tahun
baru aku sedar, menjadi lembut bukan beerti lemah. Bukankah air juga mampu
menjadi alat yang paling menyakitkan? Nak katanya, bukan tak boleh nak tunjuk
tegas dalam masa kita berlembut. Adik-adik yang umurnya 15 ni, mereka tahu
menilai. Mana yang paksa mana yang pura-pura.
Tak perlu
engkau depan kata lain belakang kata lain. Memang depan aku kata aku tak suka
fasi, belakang pun aku kata tak suka. Tamat.
Macam yang
aku cakap tadilah, mungkin aku yang terlalu memandang suci adik-adik. Ni dilema
yang selalu aku perlu rasionalisasi. Apa rasional berkeras dengan adik-adik?
Apa rasional berlembut dengan adik-adik?
Sebab
penulisan aku selalu bertumpu hanya pada rasa aku, kau tadah jela terima boleh.
Aku suka
quote kata Abang Omar, “Adik-adik ni nakal je. Diorang ni bukan apa. Diorang nakkan
perhatian.”
Betul. Aku
rasa adik-adik ni nakal mengada. Diorang bukannya jahat mana pun. Takat
mengusik tu semua acah-acah bran je. Sebab diorang suka attention. Mungkin
sebab aku masa ‘muda’ dulu pun lebih kurang macam tu jugak perangainya, jadi
aku faham.
Jalan dekat
susur gajah satu geng budak asrama reramai lepastu acah-acah gelak nak kena
kuat bagi satu sekolah pandang. Duduk dekat koridor lepastu bahan sesapa yang
lalu lalang. Aiseh, nakal lah jugak ceritanya.
Tapi aku tak
salahkan orang lain kalau masa ‘muda’ diorang bukanlah nakal seperti kanak-kanak
ribena ni. Cuma kena ada caralah nak blend-in.
Masalah
adik-adik banyak. Terlalu berpuak. Tak bergaul pelajar kelas depan dengan kelas
belakang. Walau macam mana usaha fasi cuba pecahkan puak ni tetap tak menjadi.
Tapi adik-adik boleh dibentuk. Aku risau dengan fasi. Kerana mereka yang membentuk.
Slot LDK esoknya aku zahirkan kekecewaan aku kepada adik-adik. Akan sampai masa kau rasa frust dengan diri kau sebab tak mampu membantu mereka yang terang perlu. Masalah depan mata tapi kau kaku buntu. Tang mana kau nak selit pun kau tak tahu. Kau kecewa akhirnya. Dengan diri kau sendiri.
Bagaimana mahu membantu orang yang tidak meminta untuk dibantu?
Aku sedih. Dua orang adik daripada kumpulan lain lari masuk kumpulan aku dengan alasan kononnya kena buli dan kena palau. Aku nak marahkan siapa? Fasi atau adik-adik?? Aku tak mampu mulakan LDK sampailah akhirnya aku decide terus-terang dengan diorang.
Kenapa perlu ada puak? Kelas depan ke kelas belakang ke apa yang beza sangat adik-adik satu sekolah kot. Akak terus terang dengan adik-adik semua. Adik-adik dah 15 tahun, bagi akak masa akak umur 15 tahun akak benci orang layan akak macam budak-budak. Adik-adik semua dah besar. Boleh buat pilihan sendiri, boleh buat keputusan sendiri, cuba fikir.
Akak dulu pun macam adik-adik semua. Akak budak kelas pandai. Memang normal kita akan pandang rendah dengan budak kelas belakang. Zaman akak dulu lagi teruk. Budak kelas belakang tu semua sek-sek yang 'budak banjir' memang mencarut buat masalah x-rated pun ada.
Tapi akak ada abang yang memang taiko satu batch budak banjir kenal akak 'adik din'. Akak tak suka menyampah lagi. Kalau akak lalu dengan kawan-kawan pengawas akak, serius akak malu. Diorang akan kerumun akak tanya macam-macam pasal abang akak, lepastu kawan pengawas akak yang lain jalan laju-laju macam jijik sangat je diorang ni.
Diorang bahan akak, "weh asal tudung kau labuh gila? asal kau macam ni abang kau macam tu eh?". Like seriously, akak layan je. "Lek ah belum telekung lagi. Abang aku baik ah tengok adik lah."
"Weh kau ni sempoi ah. Kau tak kenal ke kitorang ni sapa?"
Sampaikan satu tahap, bila akak kena kacau masa bertugas diorang ni yang melalak, "woi, kau jangan kacau dia lah ****". Lintang pungkang budak-budak laki tu lari. Tu turning point yang mematikan semua persepsi akak pasal budak kelas belakang.
Memang tak boleh sekejap. Benda ni semua proses yang panjang. Tapi kalau adik-adik tak cuba selamanya lah dengan mentaliti adik-adik tu. Ni baru zaman sekolah, dekat dunia luar tu, dekat kolej nanti lagi macam-macam jenis manusia ada. Keputusan kita sekaranglah yang akan membentuk kita yang akan datang.
((Dulu aku benci kawan-kawan aku yang tinggalkan aku bila aku kena serbu dengan budak-budak banjir. Tapi lama-lama aku tak peduli. Aku boleh hidup sendiri. Sampaikan satu tahap aku benci bila kawan-kawan aku mengata pasal budak banjir. Kau tak kenal diorang. Tak pernah walau sekali cuba dekat. Sekurangnya diorang nak dekat dengan aku walaupun aku lain sikit dengan diorang. Kau?))
Semua kisah silam aku luah.
Kisah yang even dengan fatin pun aku tak cerita.
Sebab aku taknak menyesal kemudian. Dan inilah sebab kenapa pengalaman suatu yang berharga. Agar dapat dijadikan pengajaran dan iktibar mereka yang tidak merasa.
Generasi Penerus Harapan Ummah :)