Alhamdulillah.
Program
kedua bersama pepias shah alam. Tambah semangat lagi bila program kali ni
bersama dengan sahabat-sahabat kisas yang lain. Selama ni dekat INTEC pon
diorang lah yang banyak jadi backbone yang sentiasa ingat-ingatkan aku.
Ajaklah
pergi program mana-mana pon, aku tak kisah nak pergi sendiri.
Tapi kalau
program pepias je yang macam, kau tak pergi aku pon taknak lah. Hehh macam tu
pulak kan. Tanggungjawab dia berat. Amanah dia, allah. Benda yang takkan mampu
aku nak pikul sorang diri. Mungkin sebab aku sedar, terlalu banyak pengharapan
ummah pada organisasi kecil pepias ni.
Setiap kali
pergi program, aku nampak semua orang serius. Semua orang professional.
Siapa
diorang ni?
Umur baru
20-an tapi kenapa diorang buat semua ni.
Kenapa tak
duduk rumah je?
Kenapa perlu
susahkan diri?
Ya Allah.
‘Yansurullaha
yansurkum’ ‘Bantulah agama Allah dan Allah akan membantumu’
Bagi
diorang, takpe kita susah biar adik-adik senang.
Fasi
terkejar sana sini, tidur dua tiga pagi. Melayan adik-adik sampai minum makan
sendiri tak diambil peduli. Bila malam waktu tidur, dia sibuk menyiapkan diri
memikirkan aktiviti di esok hari. Pagi hari bermula dengan briefing. Lagi
perihal adik-adik didahulukan dari perut sendiri.
Pertama kali
berprogram aku rasa sakit kepala.
Air mineral
berbotol-botol aku teguk sehari.
Setiap masa
fokus diperlukan dan otak sentiasa perlu diperah.
Setiap kali
perlu berfikir apa yang ingin dikata.
Setiap kali
jugak perlu cepat tukar plan bila adik-adik mula tak minat dan bosan dgn ldk.
Bukan mudah.
Dan mereka telah bertahun melakukan benda yang sama. Allah, semoga diberi
kekuatan untuk terus istiqamah.
Tapi bukan
kerana aku memilih jalan ni, semuanya aku nampak baik-baik je. Aku buka dua
mata. Kanan aku nampak putih. Kiri aku nampak hitam. Siang aku nampak terang.
Malam aku nampak gelap. Ada sesetengah perkara yang aku kurang suka dan ada
yang sentiasa buat aku ingin perbaiki diri.
Selalu kita
dengar orang sekeliling berpesan,
‘Berjemaahlah.
Sentiasalah berada dalam gerakan jemaah. Kita tak akan tersesat selagi kita
dalam jemaah’…
Definisi
gerakan jemaah bagi aku?
Jemaah itu
bermaksud kelompok yang ramai.
Berjemaah
bukan hanya untuk gerakan jemaah badan-badan NGO berdaftar. Menjadi sebahagian
dalam jemaah tak perlukan borang pendaftaran, yuran pendaftaran dsb. Berjemaah
lah dekat mana-mana dengan sesiapa. Yang mampu membawa kita kearah redhanya
Allah.
Kenapa perlu
berjemaah? Kan lagi mudah kalau aku dengan aku je.
Kerana
berada dalam jemaah tu dituntut. Berada di dalam kelompok yang ramai itu lebih
baik daripada seorang diri. Kekuatan kita akan berlipat kali ganda. Kelemahan
kita dapat disupport oleh sahabat yang lain. Dan kerana Islam itu mengajak
kepada persaudaraan.
Berjemaahlah,
walau sesame qariah masjid. Walau sesame teman sekelas. Walau sesame teman
serumah.
Apa tuntutan
jemaah?
Sama seperti
tugas yang telah disyariatkan kepada setiap manusia. Untuk menjadi
khalifatullah, daie ilallah dan abdillah. Yang berbeza ialah kapasiti. Bila
bersendirian, maka kemampuannya setakat yang terdaya oleh dirinya. Dan bila
berjemaah, kemampuannya mestilah seiring dengan bilangannya.
Jika kita
lihat pada zaman nabi dahulu.
Bagaimana
Islam tersebar?
Apabila diturunkan
pensyariatan kepada nabi untuk berdakwah. Selama bertahun-tahun, tentangan yang
diterima bertalu-talu daripada kaum musyrikin. Jumlah yang beriman masih lagi
sedikit bahkan mereka lagi diseksa.
Namun
setelah Islam bertambah ramai dan berkembang. Mereka kini mampu untuk
mempertahankan diri sendiri dan tidak lagi berasa takut dengan ancaman kaum
musyrikin.
Ini apa yang
ada dalam berjemaah. Satu kekuatan.
Semakin
besar sesebuah jemaah, semakin besar kekuatan, semakin besar tuntutan.
Beradalah
kamu di dalam kelompok yang ramai.
Aku kini tenang bersama jemaahku.
Terima kasih sahabat alkis semua. :')
Cuma kurang-kurangkanlah mengeluh tu.. aisehh hehe
Jalan ni tak senang.
Sebab balasan dia akhir tu mahal.
Semoga tiang, batu, pokok semua dekat sekolah ni akan jadi saksi kita nanti
Dan,
Semoga Allah redha.