Saturday 31 January 2015

Introspeksi Iman 3: Siasah Syariyah


Alhamdulillah. Sekelian kalinya aku menjejak kaki ke dewan kuliah blok U ni. Macam-macam rasa ada. Malas antaranya huaa haha. Nasib baik dah ditembak mati setan itu, jadi insyallah membawalah aku diri ini dengan segala rasa ikhlas untuk tuntut ilmu yang akan dibawa sampai ke mati.

Aku sedar. Apa yang selalu aku buat bermula dengan keterpaksaan itu, mesti akhirnya akan dijentik ikhlas. Sebab aku bukan dicipta menjadi malaikat yang baik-baik semuanya, masih ada beribu lagi setan yang perlu ditembak mati. Jadinya, jom berjihad angkat M16 hala ke diri sendiri.

Siasah Syariyah.

Ini jujur satu istilah yang asing bagi aku. Asing sebab aku tak pernah cuba mengkaji atau dalami dengan lebih mendalam mengenai bidang ni. Politik Islam. Selama ni aku cuma duk konpius mengenai perbezaan aliran fiqah yang macam-macam jenis ada. Dan yang itu pun jika ditanya masih lagi kelaut isinya.

Jadi aku mula garu kepala malu dengan diri sendiri. Dah macam mana kau ni. Kata dalam gerakan Islam, siasah syariyah tak tahu. Apa ni derr.

Semuanya balik kepada sejarah. Sejarah Islam yang ada turun naik kegemilangannya. Ada yang hitam pekat buat kau rasa nak sental sampai hilang. Ada yang buat kau kembang kempis dada berdiri bulu tengkuk seriau dengan hebatnya perjuangan dan pengorbanan umat yang terdahulu.

Mengenai siasah syariyah bukanlah suatu bidang yang mampu aku syarahkan dengan terperinci. Tapi apa yang aku cuba bangkitkan adalah mengenai perlaksanaannya yang bagai diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Kenapa perlu?

Apa salahnya dengan sistem yang kita guna pakai kini?

Amende Siasah Syariyah ni?

Kita throwback Mesir tahun 2011 yang lalu. Ahh ini buat aku menangis air mata darah nak mengenangnya. Kerana sistem politik yang korup, seisi rakyat negara tersebut mengadakan demonstrasi di tengah bandar menentang Hosni Mubarak. Masih ingat? Rakyat bagaikan anjing dibantai tentera pemerintah yang zalim. Dan bila disangka Morsi datang membawa khabar gembira, sekali lagi politiknya dicengkam kuku besi negara dunia pertama mengheret bersama ratusan ahli Ikhwanul Muslimin ke tali gantung dunia penuh korupsi.




Perlu throwback lagi? Syria, Iraq, Iran, Palestin, Turki. Setiap satu demi satu negara Islam ini menjadi saksi ribuan malah jutaan tempat tumpahnya darah umat Islam.

 Kita berani nak war-warkan bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam? Sedang hukum hudud yang sejemput itu pun boleh bikin kacau satu negara. Ni bila kerajaan nak laksanakan GST mula-mula je kita macam cacing kepanasan, tapi akhirnya semua senyap rela diperlakukan zalim. 

Kalau kita adalah sebuah negara Islam, setiap tanah milik kita adalah tanah milik setiap jiwa yang mengaku Islam. Bagaimana sama ada haknya kita pada tanah Palestin dan Gaza yang dirampas Yahudi, ada haknya mereka pada tanah Malaysia.

Ada ditimbulkan persoalan, adakah perlu kita mengubah sistem politik negara kita seluruhnya atau kita tetap menggunakan sistem yang sama, cuma memperbaikkannya sahaja agar bertepatan dengan syariat Islam?

Anda pilih yang mana?

Kalau seisi dewan setuju pilihan kedua, jujur aku adalah golongan yang radikal yang akan pilih cara yang pertama.

Aku kata kita bukak satu negara Islam yang baru, dan pindahkan sekalian umat Islam ke situ. Aku pasti ada juga yang bukan Islam akan sanggup datang memohon perlindungan daripada kerajaan Islam itu sendiri kerana sedar betapa korup dan kuku besinya pemimpin-pemimpin yang memerintah setiap negara yang wujud di peta dunia kini.

Dan kemudian tercetuslah perang dunia ketiga mungkin. Oleh kerana itu, sangatlah bahaya gamaknya jika aku terjebak ke dunia politik nanti hahah.

Allah.

Realiti sekarang, rakyat yang perlu bersusah payah mengerah keringat berjuang ke arah tertegaknya pensyariatan Islam. Pemimpin yang ada bagai terlalu asyik dengan kuasa yang dilimpah kepadanya. Parti melawan parti, mana dicampak kepentingan rakyat? 

Tak hairan presiden-presiden Amerika Syarikat ratanya dibunuh muncung sniper. Betapa berkuasanya engkau, jangan lagak seperti tuhan.

Ada juga ditimbulkan persoalan mengenai politik di Malaysia. Tak berapa nak ingat soalannya. Tapi persoalan ini membawa aku mengenal nama sebuah NGO yang baru wujud di Malaysia, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Boleh lah try baca sendiri.

Aku memasang angan mahu melihat pemuda kita seperti al-Fateh dan pemudi kita seperti Khaulah al-Azwar. Ahh mungkin aku yang perlu dulu berusaha kearah itu. Aku dahulu yang perlu menjadi Zainab al-Ghazali. Sampaikan aku tuhan..