“Syaar,
mesti nati rumah korang jadi macam bengkel dah kan. Semua budak AD (art &
design) housemate.”
“Taknak ah.
Rumah tempat nak rehat. Kat bengkel serabut, kat meeting serabut, taknak ah
balik rumah pon serabut.”
“Ahh sebab
tu kitorang asik kena marah tak kemas rumah. Serabut eh kat bengkel haha.”
Kalau dulu
ada satu housemate tu yang rajin bebel suruh kemas rumah. Selalu bila balik
rumah tiba-tiba tarik penyapu mop bersihkan bilik. Bukan bilik kotor bersepah
pon. Tapi pantang nampak habuk-habuk penuh bilik.
Setiap pagi
rutinnya sebelum pergi kelas, mesti tegangkan cadar. Baju-baju semua sangkut
dalam almari tak berlonggok atas katil. Kadang-kadang hidup ni tak perlu jadi
egois sangat. Tak payah orang nak kena suruh and perlu ke nak segan buat benda
yang elok (yang tak elok bangga pulak tayang).
So sebab aku
masih lagi bergunung tebal campuran malu dan tak malu, apa yang hari-hari rutin
dia itulah rutin aku. Malulah katil dia kemas katil aku macam tempat kerbau
berkubang. Jadinya aku tak malukan diri sendiri dan buat apa yang dia buat
jugak.
Bila hidup
kongsi bumbung kongsi bilik dengan orang lain, bukan masanya nak buat ikut kepala
sendiri. Bukan aku buat tu sebab aku nak tunjuk yang ok aku ni memang pembersih
macam ni korang tak tahu ke. Tapi sebabnya aku tahu kalau aku buat sepah ramai
yang tak suka. Rumah ni bukan ruang aku sorang. Ada 3 lagi kepala yang guna
ruang yang sama. Aku cuma respect hak diorang.
Bila ada
classmate datang study ke apa ke, aku tak malu nak ajak diorang masuk rumah.
Aku tak payah nak gelabah tarik baju bersidai atas lantai ke sofa ke. Haa
masuklah.
p/s: statement selepas ni mungkin sentap to
the power of tak kisah lah nak berapa.
Ni cerita
behind the wall budak-budak perempuan Cemara Akasia haa teruja tak nak tau
(wicked smile).
Mungkin tak
semua pernah merasa sekolah asrama macam mana. Faham. Tapi 20 dah kot. Nak cari
alasan tang mana? Kita perempuan bukannya lelaki. Kadang nak tegur tapi nati
kan aku pulak yang cakap tak serupa bikin. Tapi.. (tengok rumah) sebab rumah
aku tak macam tu lah berani nak tegur ni.
Takde niat
pon nak bangga. Malulah. Muka cantik, baju cantik, instagram selfie semua
cantik, rumah tempat duduk hari-hari tak cantik dah macam mana. Dah kenapa aku
yang sakit kepala fikir pasal korang tapi korang entah peduli entah tak kan.
Jangan
berani nak cakap,
‘Aku stress
lah. Rasa macam serabut je. Buat semua benda asik nak emo je. Kenapa eh?’
Pusing sikit
kepala kanan kiri tengok rumah tu macam manaaa!!! Malaikat pon entah suka entah
tak nak masuk.
Aku marah?
Jujurnya memang aku marah. Mula-mula masuk ada rumah sorang kawan ni, terkejut
(beruk) dia jangan cakap lah. Tapi takdelah aku biadap sangat nak tunjuk dengan
obvious yang aku tak suka. Mungkin rumah ni je kot. Mungkin.
Tapi semua
rumah yang aku pernah pergi macam tu lah sama je patternnya. Sampaikan pernah
dua tiga kali aku tidur dekat rumah sorang kawan tu, bila aku bangun malam aku yang
kemaskan rumah dia. Cukuplah untuk buat aku rasa selesa nak menghadap dengan
tuhan time tu.
Kadang-kadang
aku cuba bersangka baik and letakkan diri aku dekat tempat dia. Tapi aku tak
boleh. Macam mana dia boleh pung pang pung pang nak cakap pasal agama, rumah
sendiri pon tunggang langgang. Sampaikan aku pernah rasa menyesal pergi dekat
rumah sesiapa pun, dia buat aku fikir, “Aku suka dia, tapi aku tak suka dia
side yang ini.”
Orang selalu
cakap jangan judge jangan judge, tapi kalau yang disebalik pintu ni bukan korang
yang sebenar, yang sebenar tu entah macam mana lah kan agaknya.
Ni ada
soalan tak perlu sakit kepala nak jawab, baca je.
Bila kau
keluar rumah, untuk siapa kau persiapkan diri kau? Kenapa berbeza apa yang kau
persembahkan dan apa yang kau sembunyikan? Untuk mata siapa ingin kau puaskan?
Manusia atau tuhan.
Memang
selalu apa yang kita nak tunjuk dekat orang semua side kita yang baik-baik yang
wangi-wangi. Yang buruk hitam berkeladak tu semua kita sorok tepi. Tapi kalau
untuk tuhan, pernah kita kesah. Segala yang buruk dengan yang baik semuanya
kita bentang depan dia. Tak malu. Tak takut. Lepastu menggelabah cari tuhan
bila susah.
Tolonglah
kita ada agama, kita ada tuhan. Jangan campak tu semua letak tepi. Jangan cuma
setakat hidup, tapi hidup dengan cara hidup Islam. Hidup dengan apa yang Islam
dah ajar. Setakat tahu tak guna. Setakat cakap tak guna. Buat!
Kemas lah
rumah awak. Saya tak effect apa pun rumah awak bersepah. Nak bersepah sampai
habis sem sampai fly pon tak apa. Itu hak awak. Tapi bila saya tegur, maksudnya
benda ni sedikit sebanyak effect saya. Saya tak tenang fikir saudara perempuan saya begini
sungguh perangainya. Awak tu yang bakal jadi suri rumah. Bakal lahirkan
generasi umat Islam, tu semua datang dari awak. And awak still lagi tak sedar
diri rasa hidup dah bahagia sangat ada yang datang kenyit mata cakap hai.
“Eh I tak
boleh kot nak cuci tandas. Nanti I akan terbayang yang orang buang hingus apa
semua dekat situ hijau hijau eeee gelilah. Nak muntah rasa.”
Buat penat perut mak yang mengandung ajelah ade anak cakap macam ni.
Awak muka
cantik, mulut dengan perangai tu tolong cantik banyak sikit boleh.
Tak payah
lah tak payah tak payah nak cakap pasal jodoh lah nak kahwin bagai. Jaga rumah
yang tak berkaki tu dulu yang. Yang berkaki tu biar tuhan yang jaga. Haa
kan dah macam mak nenek membebel.
Sorry emo kejap housemate taknak kemas rumah**