Empat musim
aku ditakdirkan berjiran dengan pokok-pokok Cemara Akasia ni. Segala rasa sedih,
risau, tak tenang, sakit jiwa, meroyan, semua aku luah dekat diorang. Empat
musim aku hijau semua. And aku rasa cukup. Cukup dengan cuma tengok je pokok ni
goyang-goyang kena tiup angin. Tengok habis daun-daun dia gugur bila tiba masa.
Aku jadi tenang.
Kadang aku
tak perlu sebab pun untuk termenung meghadap pokok-pokok ni berjam lama.
Bila aku
rasa sedih, ada masa aku cari mana pokok-pokok ni untuk legakan hati yang
sakit. Selalu aku lihat bayang tuhan dalam gemersik dedaun. Terasa genggaman
kasih tuhan tak pernah lepas dari jiwa yang noda ni.
Empat musim
rimbun pokok ni jadi teduh aku dari hujan matahari. Ataunya, empat musim pokok
ni jadi tongkat aku terlihat teguh berdiri.
Kan pokok
juga makhluk. Apa aku menyandar pada makhluk?
Ahh
sekurangnya ia tidak seperti aku yang terlalu sarat dengan maksiat dosa. Tidak
seperti aku yang kejadah ingkar tiap masa. Nafsu meraja merata.
Pernah satu
masa, habis ditebang pokok di serata Akasia. Terasa hilang tempat bersandar. Jika
dulu lama aku menung atas sejadah kerana rimbun pokok di depan mata. Sekarang
tak. Terlalu silau dan panas aku mula mengira nikmat yang pernah ada bila ianya
sudah tiada. (Kufur nikmat teramat aku ni)
Bak katanya,
Yang pergi kan berganti.
Yang patah kan tumbuh kembali.
Jadi tidak
aku meratap apa yang tiada dan hargai nikmat yang telah dikurnia. Mungkin
seperti pokok yang kan bertunas kembali, begitulah caranya tuhan menegur aku
kembali ke pangkal jalan. Terlalu selesa menggenggam awan, bumi aku lupakan.
Sungguh aku
bahagia.
Hari-hari
dimuka tingkapku dihias tuhan segalanya hijau. Membuat aku tiada sebab untuk
mengeluh bila ada yang hanya dihadapkan konkrit bata. Ataunya, dihiasi
pemandangan pasangan bercanda (baca dating pls). Ahh bertuah aku.
Jadi pokok,
teruslah setia sampai sudah aku terbang UK. **Ini statement macam confirm fly.
Haih
Agak
lifeless bercakap pasal pokok ni kan. Apapun, pokok saranghae!!
(Fokus tingkap pls) |