(قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي)Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
يَا إِلَـهِي
وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang
memiliki aku
أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ
حَالِي
Kau Maha tahu akan
keadaanku
وَبِمَا قَدْ حَـلَّ
قَلْبِـي
Dan apa yang berada
dalam hatiku
مِنْ هُمُوْمٍ
وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan
kesibukanku
فَتَـدَارَكْنِي
بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku
dengan kelembutan
مِنْكَ يَا مَوْلَى
الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan
seluruh hamba
Wahai yang Maha
Pemurah tolonglah hamba
قَبْلَ أنْ يَفْنَى
اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran
hamba
يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ
غَوْثًا
Wahai pemberi
pertolongan dengan segera
مِنْكَ يُدْرِكْنَا
سَرِيْعًا
Berilah kami dengan
segera pertolongan-Mu
يَهْزِمُ الْعُسْرَ
وَيَأْتِي
Yang dapat
menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
بِالَّذِي نَرْجُو
جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang
kami harapkan semua
يا قَرِيْـبًا يا
مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat,
dan menjawab
يا عَلِيْمًا يا
سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha
mengetahui dan mendengar
قَدْ تَحَقَّقْتُ
بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku
وخُضُوْعِي
وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta
kesedihanku
لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ
وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu
di hadapan pintu rahmat-Mu
فَارْحَمَنْ ربِّي
وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku
berikanlah rahmat padaku
:'(
Aku punya sahabat.
Yang ku doa menjadi soleh sepanjang masa.
Kau bela mereka tuhan.
Kerana aku sudah patah.
Dengan dunia yang tak pernah lelah.
Kerana aku ingin lepas.
Dari disangkar geriji besi dunia.
Andai itu bukan dari inginnya mereka.
Kau simpan kemas hati mereka tuhan.
Pelihara mereka dengan kasih.
Bukan aku melarikan diri.
Tapi sahabat sudah terlalu menekan aku.
Bukan aku pentingkan diri.
Tapi hal sahabat mematikan hati.
Aku tidak punya hujah memaksi diri.
Tapi aku ingin selari bersama kawananku sendiri.
Beri aku masa.
Untuk kembali sebagai helang.
Menyambar hancur sangkar yang kutinggal dulu.
Kerana sahabat terlalu aku sayang.
Biar kusimpanmu dalam doaku.
Berat aku melambai pergi.
Tapi sahabat tidak menjadi sebab aku terikat kaki.
Kerana seruan langit maha tinggi.
Sahabat.
Aku jalan dulu.
Kutinggalmu dalam pelihara tuhanku.