Bertalu
kawan mengajak join program “Sebelum Aku Bernikah” dekat UIA. Maaf bicara pasal
kahwin ni saya dah rasa malas nak amik port. Kalau dulu hingusan lepasan SPM
takkan serupa lagi sekarang ni dah nak degree dah.
“Pika, kau
serius ke nak pergi program ni? Kau sorang je tau yang bagi nama ni. Orang lain
semua takde.”
Memang
selama ni aku pergi program sebab orang ajak pun kan.
“Betul lah. Dah
ajak dah orang lain takda yang nak ikut biarlah.”
Ada dua
sebab je pun aku taknak pergi program SAB tu, mahal and fokus aku sekarang
bukan nak kahwin, jadi aku tak rasa ada keperluan untuk pergi. Tapi program
satu ni yang tak ada orang nak pergi ni, pasal Islamic Leadership Training and
dia FREE. Kenapa weh takda yang nak pergi? Soalan itu aku sudah tanya berulang
kali tetap dibalas bisu.
“Korang
taknak pergi ke progam ni? Free kot lepastu buat dekat Istana Kehakiman
Mahkamah Syariah pulak tu?”
Kurrr Kurr.
Aku kira
remaja sekarang ni mungkin masih belum lepas kepompong rasa diri masih muda.
Masih belum nampak diri yang akan galas tampuk kepimpinan negara. Masih belum
rasa kiamat tu dekat tak terkejar-kejar kepentingan dan keperluan.
Aku
berkira-kira mana hati terbang, tak sangka kaki dah memijak Putrajaya.
Apa aku rasa
pagi tu? Kosong. Sayu bila dalam 3 buah bas yang berangkat, cuma aku dengan
Adiba je yang dah mencecah puluhan. Tak berwakil kiranya kalau kita dua tak
ada.
Tapi tapi
tapi. Ada terselit senyum bangga nampak ramai adik usrah pergi. Nampak jugak ramai
bayang junior muslimin kisas. Hohoho aku boleh terbang tinggalkan INTEC dengan
tenang macam ni nampak gayanya.
Aku tak
berhajatlah nak cerita semua yang aku dapat dekat sini. Aku cuma nak rumuskan
and apa pendapat aku mengenai isu yang dibangkitkan je.
Slot 1 “
Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah – Tn Hj Norman”
Slot 2 “Mendaulatkan
Islam Sebagai Agama Negara”
Slot 3 “Ancaman
Halus dan Serangan Terhadap Islam Melalui Jalan Politik”
Slot 4 “Ancaman
Kristianisasi dan Liberalisme”
Bagi aku slot-slot
yang disediakan ni semua memang berat and serius. Walaupun memang aku minat
dengar syarahan berkaitan isu ummat dan isu negara ni tapi ilmu masih cetek nak
hadam semua. Sampai aku rasa tak tahu nak percaya yang mana. Aku boleh dengar
dua pihak, tapi aku risau. Mana yang bulat mana yang bengkok.
Dalam slot
ketiga, ramai nangis. Aku rasa ni first time aku rasa marah yang teramat macam
masa first time aku baca pasal sejarah Genghis Khan. Dada aku rasa macam nak
meletup. Betapa kejinya benda yang aku tengah dengar aku rasa macam nak keluar
terus dari dewan.
Speaker slot
3 merupakan seorang bekas ahli pimpinan DAP. Orang Melayu Islam yang berasal
daripada Penang. Dia ceritakan semua yang dia pernah buat dekat orang-orang Melayu
sepanjang dia berada di tampuk pimpinan DAP. Semua muslihat dan strategi DAP
yang tak pernah orang lain tahu.
Betapa
dangkal dan kejinya sampai aku tak mampu nak luah macam mana.
Aku nampak Islam
dipermainkan. Aku nampak Islam dianjingkan. Aku nampak semuanya. Dan aku rasa
tak tertanggung. Kristian Yahudi bersilang tangan tapi kita Islam masih menyalak
bab Wahabi Salafi, Syiah Sunni.
Sedih ah
macam ni.
Sedih
sangat.
Memang aku
tak mampu nak buat apa SEKARANG. Tapi aku sumpah demi Allah, aku jual seluruh
jiwa aku untuk ummah akan datang. Politik, ekonomi, agama.. Semua aku tuntut.
Memang aku syadid. Aku syadid bila melihatkan nasib agama menjadi mainan mulut
si liberalis. Aku syadid bila agama dientengkan puak pluralis.
Aku bukan
menjadi ekstremis.
Aku cuma tak
ingin sejarah berulang kembali dan kita berperang sesama sendiri.
Baru je sebelum ni gempar berita Tuan Guru pulang ke rahmatullah. Tak habis lagi sedih yang satu tu, kena lagi menghadap realiti yang ni. Risau. Apa akan jadi 5 tahun akan datang bila aku balik Malaysia nanti.
Aku tak mimpi menakluk Putrajaya.
Atau dilambakkan wang si papa kedana.
Aku cuma harap mampu berkibar panji agama.
Dan tegaknya pemimpin adil ditakhta negara.
p/s: kalau nak dengar recording (audio) talk sila email.