Friday 3 October 2014

Juniors VS Adik-adik

'Takyah lah nak adik-adik sangat beza setahun je pun'

Beza kita dengan diorang mungkin beberapa bulan, mungkin hanya sebulan. Adakah perlu untuk gelar diri sendiri akak? Rasa diri bagus sangat ke nak gelar diri sendiri akak. Atau hanya atas dasar hormat dan adab santun orang melayu semata??

Yang pasti bukan untuk mencipta 'seniority'.

Adik dan akak, suatu panggilan yang sinonim dalam sebuah keluarga. Dan, ye. Itu yang aku ingin cipta. Sebuah keluarga. Bukan hubungan setakat seorang junior dan senior. Yang mana aku akan rasa lebih kuasa kepala dongak angkasa.

Malu, katanya.

Tak rasa diri layak, sedar rupanya. Ouchh.

Bukan nak kata jadi akak superior sangat. Cukup dengan awak tunjuk teladan yang baik. Beri tunjuk ajar dengan ikhlas. Jangan nak terlalu, 

'Aku dulu dapat ni pon dengan susah payah. Kau orang rasalah apa yang aku rasa dulu.'

'Dulu kitorang takde senior pon yang nak tunjuk apa-apa. Berdikarilah sikit.'

Ahh kau!

Jangan bagi aku duduk sebilik dengan orang-orang macam ni kalau tak memang penampar melekat dekat muka.



















Kalau awak rasa diorang junior memang macam tu awak akan layan diorang. Tapi kalau awak rasa diorang adik, awak bukan setakat bagi ilmu tapi awak yang bentuk macam mana diorang akan jadi. Mungkin aku dah terbiasa dengan suasana dekat kisas dulu.

Rimas. Sumpah rimas.

Semua benda senior nak tegur. Semua benda senior nak tahu. Semua benda senior nak masuk campur. Kitorang dah besar lah.

Tapi, bila aku dah jadi senior. Aku rasa macam kurang kasih sayang. Rindu dengan akak-akak yang dulu selalu ambil tahu pasal kitorang. Selalu bagi semangat bila kitorang tengah down. Sekarang dah tak boleh nak mengadu dekat akak-akak dah. Feel dia bila mengadu dekat senior dengan member sendiri memang lain. Sebab tu aku rasa aku tak survive dekat kisas dulu kalau xde senior.

Senior yang bagi aku gelaran 'kak nani'. Sampai INTEC melekat lagi.

Senior yang sanggup tidur lantai, bawak makanan aku naik dorm, jaga aku masa aku demam panas.

Senior yang menangis gelak ketawa sama-sama.

Aku pelik sekarang bila aku tanya, junior korang berapa orang yang masuk INTEC? Ehemm, krik krik dia. Tak tahan.

Kitorang junior masuk kecoh sekampung kot. Weh junior fly. Weh junior itu junior ini. Ahai..

Tapi bila ada orang tegur, korang kisas ke? Dua-dua macam tak kenal je *(muslimin muslimat). Maaf, muslimin kisas selamanya muslimin kisas. Palang merah do not cross dia tak tahu bila nak hilang-hilang.

So, nak cakapnya. Hebat batch yang terbaru, ada saham dia dekat batch yang sebelumnya. Nak tahu hebat tak hebat batch sebelum tu, tengok batch yang sekarang.

Batch kita takdelah hebat mana. Tapi hebat kita kalau mampu melahirkan batch yang hebat. Bukan nak mengejar hebat tak hebat. Ada possibility tu usaha diorang sendiri. Apa kaitan dengan senior?

Sebab tu do.
*kan dah do

Nak ajar junior jangan setakat ajar. Bagi sayang lebih sikit. Senyum biar tarik panjang sikit. Baru korang dapat rasa manisnya blood sister tu macam mana. Tak payah sakit kepala nak terhegeh-hegeh cari kasih sayang dekat yang bukan sejenis tu.