Wednesday 15 October 2014

Atas Angin

Tak mudah merasa mudah. Dunia ni bukan tempat untuk kita bersenang. Sedangkan laut pun ada pasang surutnya, lagikan kita manusia. Tak mungkin pernah lari dari diuji. Tapi sudah-sudahlah mengata ahh.

Penat kan. Aku tahu.

Aku tahu.

Tapi tak perlu kau mengumum biar satu dunia tahu. Tak perlu kau mengungkit ceritakan apa yang telah lalu. Apa kau ingin simpati dunia atau pingat budi diraja? 

Bila engkau mengharap, pada dunia. Sandarkan dulu pengharapan kau kepada empunya dunia. Cliche kan asik-asik benda yang sama. Tapi itulah benda yang paling susah untuk kau dan aku buat. Akhirnya, kau kecewa tak sudah. Kau meratap memanjang. 

Kau usaha sudah.

Kau tawakal sudah.

Tapi kau mengeluh tak sudah-sudah. 

Apa yang bermulanya dalam ikhlas, itu akan bertukar menjadi beban. Segalanya kau pandang kelat. Kau tak berasa punya pengharapan. 

Mungkin aku tak faham dan tak rasa apa yang kau lalu. Jadi cerita pada aku yang 'tak pernah' merasa. Apa rasanya dikecewa. Dikata tidak pada apa yang kau mahu. Menebal muka tidak malu. Bersengkang mata  dan mengerah peluh pada perkara yang kau boleh hirau kata tidak mahu.

Kau tak eksklusif jika pernah merasa semua tu.

Aku dan berjuta billion manusia di muka bumi ni pernah merasa dan lalu perkara yang sama. 

Aku sedar yang manusia hanyalah manusia. Kau lakukan sesuatu dan kau akan mengharap apa yang kau lakukan dipandang, diiktiraf, dipuji. Aku manusia aku tahu. Kau akan merasa sedih dan kecewa bila tidak dihargai. 

Sedarlah, hakikatnya manusia tidak memandang. Masing-masing punya masalah dalam dunianya sendiri yang perlu dilalui. Kalau kau masih lagi mengharap kau akan lelah.

Atas angin.

Merasalah atas angin. Rasa yang tak mungkin dapat kau genggam tapi tak sentiasa dapat kau rasa. Rasa yang tak pernah akan kau nampak tapi tidak beerti ia tiada. 

Atas angin kerana walau segalanya sukar untuk kau genggam tapi tak beerti mustahil untuk kau kecap. Atas angin kerana mungkin kau tidak nampak hasil daripada segala yang diusaha tapi yakin kan mengatasi segala.

Aku tak kata segalanya kan jadi mudah. Tak. Tak pernah kan mudah.

Aku cuma mohon kau jangan give up. Aku merayu. Dunia ni tak pernah akan jadi mudah. Kau yang kena jadi kuat. Kau yang kena jadi segala besi. Penat tak penat, semua benda penat. Sampai bila kau nak berkabung melayan sakit lama. Bangunlah.