Aku ingat
lagi dulu, walaupun masih mentah dan hingusan, aku selalu mempertikaikan banyak
perkara. Antaranya ketika ulama’ sepakat mengeluarkan fatwa bahawa Syiah itu
masih lagi Islam.
Marah. Tak
faham. Tak dapat terima hakikat. Itu apa yang aku rasa.
Islam kau
mungkin hanya pada nama. Tapi hakikatnya, layak kau seperti Yahudi. Aku tahu.
Engkau masih bertunjangkan Allah. Dan seorang muslim itu hanya dikira murtad
apabila dia mensyirikkan Allah. Tapi kau, hanyalah Islam tanpa Iman.
Bodoh.
Jahil. Kufur. Itulah engkau.
Engkau terlalu
asyik memuja manusia sehingga sanggup bertuhankan nafsu. Jelaskan. Syiah itu
hanyalah mazhab yang dicipta oleh manusia. Manusia yang bersalut nafsu. Kenapa
pula dibuang ajaran yang dibawa oleh manusia yang maksum?
Cintakah kau
kepada nabi Muhammad? Kenapa begitu benci insan yang dicinta baginda? Kenapa
menolak hadith yang diungkap baginda?
Aku pernah
melihat sebuah video. Mereka menghina para sahabat.
Air mata
yang mengalir takkan mampu gambarkan betapa bencinya aku kepada mereka. Aku tak
pernah melihat para sahabat. Tidak pernah dipertemukan. Tapi sungguh aku cinta
setiap jiwa yang mengaku cinta kepada Muhammad!
Tanpa mereka
dimana Muhammad? Insan yang rela menjadikan tubuh mereka perisai bernyawa.
Insan yang sentiasa di sisi baginda tika Musyrikin mengecam hebat. Sedarlah!
Sedarlah! Sedarlah!
Suara
halusku takkan mampu memecah kesedaranmu.
Kerana bagi
kau kita terlalu berbeza. Hinakah aku yang Sunni ini? Kelar leherku dan lihat
berbezakah warna darah kita. Seribu Sunni pun jika dihadapkan kepada mereka
seorang Syiah, belum tentu mereka mampu menumpahkan darahnya. Tapi kau?
Aku sedih.
Kehilangan saudara.
Aku sedih.
Kematian saudara.
Aku jijk
untuk mengaku kita bersaudara. Tapi itu hakikat yang perlu aku telan. Kerana
kita bertuhankan tuhan yang sama. Berkiblatkan kiblat yang sama. Membawa satu
nama – Islam.