Sunday 31 January 2016

Daki Korporatasi


A: Syafiqah, kenapa kita kena belajar? You sedar tak dah berapa tahun kita buat benda ni. Lama kot, dari kecik. Actually kita bukan belajar pon kan. Kita bukan belajar sebab kita memang nak belajar. Kita belajar sebab nak dapat good reults so that nati boleh dapat kerja bagus. Lepastu?

B: Kak Nani, semalam kita tengok cerita '3 Idiot'. Ada satu part tu yang kita sukalah nak quote, 'study what's your passion is.' Kita tak rasa kita amik ACCA ni sebab memang kita nak, more to sebab nak peuhi kehendak parents. Dah berapa kali kita rasa nak give up.

C: Pika kau tahu tak kadang-kadang aku rasa menyesal. Menyesal sebab selama ni kerja aku belajar je. Kau kalau dulu masa before SPM ke PMR, time cuti kau belajar tak? Aku memang kena belajar. Sekarang ni aku macam menyesal kenapa dulu aku tak rebel sikit. Aku ikut je parents aku suruh aku buat apa-apa. Dulu aku adalah jugak main sport masa sekolah rendah tapi lepas tu dah tak. Parents aku dah tak bagi.

D: You ada tak parents you marah kalau you tak study? I tak boleh, kalau tak dapat pointer 3 memang balik rumah kena bantailah. Sebab tu I bukan jenis study sangat pon. Kalau seminggu before final tu you jangan kacau I lah memang I takkan keluar bilik buat apa pon kalau tak mati nak jawab dekat parents I.


***

Lega rasa bila tuhan bagi aku kesempatan nak luahkan rasa tak puas hati aku kali ni. Lama sangat dah simpan rasa. Bukannya aku cuba membuang sabar. Aku sabar bila kawan-kawan mengadu penat belajar. Terlalu sabar bila ada juga kawan yang gaya macam kononnya dah tak ada life tapi part berjimba tak pernah lupa. Kelakar.

Suka sangat dengar bila coursemate mengadu Mathemetics susah tapi meniru tutorial tak sudah. Suka jugak bila tengok lecturer perihatin masa depan student bagi tips exam macam nak provide segala jawapan semata untuk student pass.

Lepastu boleh kau datang perli tak puas hati, ahh tak payah tanya ika semua A A A A punyalah. Kelakar.

Aku suka quote "If you don't busy living, you are busy dying." dari buku It's Kind of A Funny Story, Ned Vizzini. So do tell me something, are we just happen to be here just because we aren't dead yet. Are you sure that you're still alive? Or had you actually already dead.. inside.

Definisi hidup untuk setiap orang tu berbeza, jadi aku cuba untuk faham. Aku tak berhak untuk judge sebab aku tak lalui apa yang mungkin orang lain pernah lalui. Mungkin hidup aku yang tak pernah ada masalah, kau fikir. Jadi kau pon bukanlah yang selayaknya untuk menghakimi susah senang hidup aku. Tapi satu yang pasti, sampai bila nak bertanding peraga hidup siapa lebih susah. Tak beri manfaat. Sampai bila nak minta orang simpati pada diri? Dan bila masanya nak berhenti simpati dengan diri sendiri.

Kau tak rasa nikmat bila segalanya melimpah ruah depan mata. Kau tak upaya untuk walau sedikit merasa syukur, walau sedikit. Kau yang pilih untuk membuta mata, dan untuk itu kau memilih mati. Kau matikan segala rasa untuk kesenangan yang seketika depan mata. Kau lupa hak yang perlu kau peuhi untuk diri kau 10 20 tahun kemudian. Percayalah, kau akan sakit.

Kau tanya, untuk apa perlu belajar?

Sahabat, kalau kau fikir masuk lecture 2 jam, siapkan tutorial, assignment, quiz tu belajar kau silap. Kalau kau rasa hafal lecture note, text book tu belajar kau lagi salah. Kalau setakat tu je kau hadkan diri kau untuk faham konsep belajar macam mana kau mampu optimumkan potensi diri kau sebagai mahasiswa.

Mahasiswa yang hidupnya hanya berlegar di 3K (Kelas, katil, kafe). Fahamlah belajar itu satu proses yang takkan berhenti selagi jasad masih bernyawa. Siapa yang pilih untuk sepenuhnya berhenti belajar, dia itu mati. Jadi kenapa belajar menjadi sesuatu yang susah? Sekali lagi, belajar tak susah. Yang susah bila kau cuba menghafal nota dan tips tanpa usaha untuk faham konsep dan aplikasinya.

Kau takut gagal bila gagal pon adalah satu proses untuk belajar. Jadi kau belajar kerana takut, dan kau tanya aku kenapa belajar tu susah?

Segala benda jadi susah bila yang memotivasikan kau itu rasa takut. Cuba. Cuba kau cari kekuatan pandang sejauh-jauhnya. Pandang impian yang kau sangkut tinggi di angkasa. Pandang merentas benua, percaya yang kaki kau kan mampu menjejak sana. Pandang kecil dunia yang kan kau tinggal tak lama.

Itu definisi hidup aku. Hidup dari pandangan hidup orang lain. Kau akan rasa cukup dan syukur. Belajar bukan satu perkara yang kau buat seharian hingga menjadi rutin tanpa kau sedar. Belajar itu memberi makna pada material yang kau peroleh. Material semata tanpa makna itu sampah.

Jadi cuba belajar memaknakan material. Buang segala cara yang kau tahu dan cari perspektif yang baru. Belajar mencari bagaimana cara mampu kau rasa untuk belajar dahulu. Kerana rasa itu yang menghidupkan. Dan sungguh rasa itu letaknya di hati.

Kau duduk, dan cuba kau tanya diri apa yang kau nak?






 I want to be overwhelm with the feeling of able to enjoy new things.

I'm not sure what I'm doing, is this all enough?

Because I seek more.