Selepas
habis Isabella, genre bacaan aku penuh dengan novel science fiction dan
thriller; Maze Runner, Scorch Trials, Death Cure, Kill Order, Enders Game,
David Baldaccis. Jadi aku sedikit terkejut bila mula baca buku Armagedon 2012 ni
dan terasa macam masih baca buku novel science fiction.
Bagi aku
buku ini mengelirukan.
Apabila ada
penulisan yang dibukukan, oleh seorang penulis yang berkelayakan, diterbitkan
oleh sebuah agensi yang diiktiraf (PTS Islamika Sdn. Bhd.), orang akan
menggangap seharusnya buku ini dapat digunapakai sebagai hujah atau pun
rujukan.
Hai kecewa. Nasib
kau lah Malaysia ada pembaca banyak songgeh macam ni.
Jadi aku
baca. Menarik pada mula. Berkerut di pertengahan. Kemudian aku mula tarik
phone, type:
‘Muhammad
Alexander’
‘Review buku
Armagedon 2012’
Kurang yang aku jumpa. Tapi ada comment dari
sebuah blog yang aku baca mampu jadi penyedap rasa.
Soalannya, “Saya ada persoalan (mungkin juga kemusykilan) mengenai isi buku
Alexander Adalah Zulkarnain dan buku Alexander bukan Zulkarnain. Persoalannya,
bolehkah teori dan hipotesis yang dibuat
oleh penulis diterima?”
Jawapan, “Berkenaan buku Alexander Adalah/Bukan Zulkarnain, saya tidak membaca
dan mempunyainya. Walaubagaimana pun, saya memiliki buku Armagedon 2012 yang
juga ditulis oleh penulis yang sama, Muhammad Alexander.
Adakah teori dan hipotesis dalam buku-buku tulisannya
mengenai hari kiamat, dajal, tanda-tanda dan hubungannya dengan sains boleh
diterima?
Persoalan ini adalah amat panjang untuk
diperbahaskan. Mungkin kalau saya ada masa saya akan tuliskannya dalam entri
yang baru di blog,tetapi buat masa ini biar saya jawab secara ringkas persoalan
tersebut.
Teori hanyalah teori jika tidak dapat
dibuktikan. Ini adalah asas untuk menerima sesuatu fakta. Selagi tidak kiamat,
selagi itulah kita tidak tahu sama ada teori dan analisis yang ditulis dalam
buku tersebut benar atau salah.
Jadi adakah kita perlu mempercayainya atau
menolaknya?
Cara terbaik adalah mengambilnya secara pertengahan. Kita berlapang dada dengan
teori-teori yang dikemukakan, tetapi jangan menggunakannya sebagai hujah, dalil
atau fakta yang menunjukkan ianya benar-benar begitu seperti yang diceritakan.
Dalam erti kata mudah, gunakan perkataan ‘mungkin’ bukan ‘semestinya’.
Buku-buku tersebut mempunyai unsur Buccailisme,
iaitu terlalu mahu untuk mangaitkan sains dan Islam sehingga mungkin
menimbulkan kesalahan sama ada fakta, disiplin mahupun pemahaman jitu
pengetahuan tersebut. Terlalu menghubungkaitkan perkara yang diluar batas
pemikiran manusia seperti perkara-perkara ghaib dengan sains dan agama. Saya
secara peribadi menasihatkan tidak perlu terlalu percaya dengan
penulisan-penulisan sebegitu, kerana adabnya, begitu lebih baik, jika kita
tidak tahu (dan tidak boleh tahu) adalah lebih elok untuk tidak percaya.
Perlu diambil perhatian juga bahawa dalam
menafsir ayat Quran dan hadis, memerlukan pakar dalam tersebut yang amat
tinggi, yang mana orang biasa, hatta professor dalam bidang sains sekali pun,
tidak boleh semberono menakrifnya.”
Jadi pelan-pelan
aku tarik tutup buku Armagedon 2012 ni.
Bukan aku
mengata yang buku ini tidak dapat digunapakai faktanya. Tapi fikrah aku lebih
menyambut baik jawapan komen diatas tadi. Yang mana penulis buku ini terlalu mengupas
dengan terperinci mengenai tanda-tanda kiamat dan cuba untuk memberi gambaran
mengenai kiamat yang aku sedikit musykil kesahihannya.
Aku kira
adalah lebih bijak jika engkau mengambil pendapat dan maklumat daripada
ulama-ulama yang dipercayai dan daripada tafsir-tafsir yang memang sudah sahih
sumbernya.
Ini
peringatan untuk aku dan pengajaran untuk semua, agar bijak memilih bahan bacaan
dan agar bijak juga memilih untuk percaya atau menolak isi yang telah
dibukukan.