Tamadun
Parsi adalah sebuah tamadun yang mundur pada eranya jika ingin dibandingkan
dengan tamadun-tamadun yang lain seperti Rom, Yunani (Greek), Mesir, China etc.
Tapi ada satu perkara yang buat hakikat hati aku terikat dengan Parsi.
Pada awal
tahun dalam course Islamic Studies, aku dan sahabat diberi tugasan untuk
menggupas isu kegelapan laut dan ombak daripada aspek Al-quran dan sains.
Pertama kali aku didedahkan mengenai isu ini. Dan sungguh, jika kau punya masa
seminit dua taiplah di papan kekunci (keyboard) mengenai “kegelapan laut dan
ombak dalam Islam” sebab serius cakap aku tak berkeinginan untuk menghurai isu
tersebut.
Tapi mungkin
kau boleh download ringkasan kajian kami ini dan baca bila kau diilhamkan
hidayah tuhan untuk membacanya. Kau sibukkan? Aku tahu.
Kaitan kajian tersebut dengan cinta aku pada Parsi?
Kegelapan
laut juga lebih dikenali dengan istilah lautan
dalam merujuk kepada geografi sebuah lautan yang terletak di lantai atau
dasar lautan. Secara logik sainsnya, lautan yang paling dalam masih lagi belum
dapat diterokai kerana teknologi manusia yang terbatas dan tidak mampu untuk
menampung tekanan yang tinggi di lautan dalam.
Walaupun masih belum dapat diteroka, sebuah
kitab tua telahpun melangkau kecanggihan teknologi dengan menceritakan fakta
yang hanya boleh dibuktikan dengan teknologi abad kini.
الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى
الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)
فِي بِضْعِ سِنِينَ
لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ
الْمُؤْمِنُونَ (4)
"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah
yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan
menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah."
(Surah Ar-Rum: 1-4).
Penyelidikan
aku terhadap isu Kegelapan Laut dan Ombak ini, membuat aku mula bercambah minat
pada Parsi dan tamadunnya. Bagaimana sebuah tamadun yang diceritakan sebagai
sebuah tamadun yang sering kalah dalam setiap siri peperangan, begitu significant
untuk diceritakan perihalnya di dalam Al-quran.
Aku takjub.
Ayat ini bukan sahaja menceritakan bahawa Parsi suatu hari nanti mampu
mengalahkan bangsa terkuat tika itu, Rom, bahkan ia juga terjadi pada titik
paling rendah dunia iaitu di Laut Mati.
Beberapa
kelipan masa selepas itu, kelas aku ditugaskan pula untuk membuat projek pameran
mengenai Tamadun Parsi. Sekali lagi, tamadun Parsi memenuhi sejarah laman
carian Google Searchku. Parsi bagi
aku merupakan tamadun yang paling sedikit sumbangannya kepada teknologi dan
peradaban manusia. Mungkin juga aku yang belum habis research.
Aku terkilan
apabila dalam misi pencarian, yang aku jumpa hanyalah sisa-sisa bangunan yang
telah hangus musnah. Sebuah peradaban yang berkurun dibina akhirnya hilang
dibakar Alexander. Kini aku menyimpan dendam pada Alexander.
Namun,
dendam itu hanya benar jika Alexander bukan Zulkarnain. Kerana insan bernama
Iskandar Zulkarnain itu merupakan hero aku sedari aku hingusan lagi. Jadi
sekian kalinya lagi aku berdilema sendiri.
TEKNOLOGI TAMADUN PARSI
Kerana
maklumat ini amatlah payah untuk kau temui bersepah-sepah di laman sesawang
jadi ini aku menjadi pemudah cara, harapnya. Parsi atau kini lebih dikenali
sebagai Negara Iran merupakan sebuah kawasan yang tandus, kering dan hanyalah
terdapat padang pasir di sekitarnya.
Oleh kerana
faktor geografinya, kebanyakkan teknologi yang diguna pakai oleh tamadun Parsi
lama adalah bersumberkan daripada sumber-sumber alam semula jadi seperti air
dan angin.
1. Qanat
(Water Tunnel)
2. Yakhchal
(Ice House)
3. Badgir/
Borujerdi (Wind Tower)
4. Wind
Wheel (Water turbine & Grinder)
5. Araghatta (Water Lifter)
6. Parthian Battery
7. Water Clock
8. Dovecotes (Pigeons Tower)
Tamadun
Parsi juga terkenal kerana merupakan tamadun pertama yang telah menggunakan gas
kimia dalam peperangan. Gas kimia (asap toksik) kini merupakan suatu kaedah
yang sangat kotor dan tidak berperi kemanusiaan kerana ia mampu membawa
kematian serta-merta dan kepada musuh.
Walau cinta aku pada architecture tak pernah berbalas, tapi aku tak pernah serik. Antara sebab lain aku suka sangat dengan Parsi atau Iran kini kerana terdapat satu seni bina di Parsi yang betul-betul buat aku terpegun. Aku kira ia kini sama pangkat dengan Masjid Biru yang aku teringin sangat nak pergi. Masjid Imam.
Rasa macam hati dah dekat sana :)
Cuba menjejak perjalanan kisah sejarahnya untuk dijadikan teladan, dan bukan sekadar menghirup bagai di angin lalu. Kerana itu teramatlah rugi.
Betul, bukan keutamaan course Islamic Sudies ni. Asal dapat pointer tinggi lepas test, final, siap projek sudahlah. Apa kaitan belajar pasal tamadun dengan course Economics, Accountings, Law benda ni?
Asal mana semua course tu tadi kalau bukan dari tamadun purba yang mula mengkajinya. Tak rugi meneliti sejarah. Dia buat kita kenal mana susur galur kita bermula. Buat kita lebih manusia. Jika engkau mencari ertinya menjadi manusia.