Alhamdulillah.
Sekelian kalinya aku menjejak kaki ke dewan kuliah blok U ni. Macam-macam rasa
ada. Malas antaranya huaa haha. Nasib baik dah ditembak mati setan itu, jadi
insyallah membawalah aku diri ini dengan segala rasa ikhlas untuk tuntut ilmu
yang akan dibawa sampai ke mati.
Aku sedar.
Apa yang selalu aku buat bermula dengan keterpaksaan itu, mesti akhirnya akan
dijentik ikhlas. Sebab aku bukan dicipta menjadi malaikat yang baik-baik
semuanya, masih ada beribu lagi setan yang perlu ditembak mati. Jadinya, jom
berjihad angkat M16 hala ke diri sendiri.
Siasah
Syariyah.
Ini jujur
satu istilah yang asing bagi aku. Asing sebab aku tak pernah cuba mengkaji atau
dalami dengan lebih mendalam mengenai bidang ni. Politik Islam. Selama ni aku
cuma duk konpius mengenai perbezaan aliran fiqah yang macam-macam jenis ada.
Dan yang itu pun jika ditanya masih lagi kelaut isinya.
Jadi aku
mula garu kepala malu dengan diri sendiri. Dah macam mana kau ni. Kata dalam
gerakan Islam, siasah syariyah tak tahu. Apa ni derr.
Semuanya
balik kepada sejarah. Sejarah Islam yang ada turun naik kegemilangannya. Ada
yang hitam pekat buat kau rasa nak sental sampai hilang. Ada yang buat kau
kembang kempis dada berdiri bulu tengkuk seriau dengan hebatnya perjuangan dan
pengorbanan umat yang terdahulu.
Mengenai
siasah syariyah bukanlah suatu bidang yang mampu aku syarahkan dengan
terperinci. Tapi apa yang aku cuba bangkitkan adalah mengenai perlaksanaannya
yang bagai diluah mati emak, ditelan mati bapa.
Kenapa perlu?
Apa salahnya dengan sistem yang
kita guna pakai kini?
Amende Siasah Syariyah ni?
Kita
throwback Mesir tahun 2011 yang lalu. Ahh ini buat aku menangis air mata darah nak mengenangnya.
Kerana sistem politik yang korup, seisi rakyat negara tersebut mengadakan
demonstrasi di tengah bandar menentang Hosni Mubarak. Masih ingat? Rakyat bagaikan anjing dibantai tentera
pemerintah yang zalim. Dan bila disangka Morsi datang membawa khabar gembira,
sekali lagi politiknya dicengkam kuku besi negara dunia pertama mengheret
bersama ratusan ahli Ikhwanul Muslimin ke tali gantung dunia penuh korupsi.
Perlu
throwback lagi? Syria, Iraq, Iran, Palestin, Turki. Setiap satu demi satu
negara Islam ini menjadi saksi ribuan malah jutaan tempat tumpahnya darah umat
Islam.
Ada juga ditimbulkan persoalan mengenai politik di Malaysia. Tak berapa nak ingat soalannya. Tapi persoalan ini membawa aku mengenal nama sebuah NGO yang baru wujud di Malaysia, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Boleh lah try baca sendiri.
Aku memasang angan mahu melihat pemuda kita seperti al-Fateh dan pemudi kita seperti Khaulah al-Azwar. Ahh mungkin aku yang perlu dulu berusaha kearah itu. Aku dahulu yang perlu menjadi Zainab al-Ghazali. Sampaikan aku tuhan..