Wednesday 15 October 2014

Atas Angin

Tak mudah merasa mudah. Dunia ni bukan tempat untuk kita bersenang. Sedangkan laut pun ada pasang surutnya, lagikan kita manusia. Tak mungkin pernah lari dari diuji. Tapi sudah-sudahlah mengata ahh.

Penat kan. Aku tahu.

Aku tahu.

Tapi tak perlu kau mengumum biar satu dunia tahu. Tak perlu kau mengungkit ceritakan apa yang telah lalu. Apa kau ingin simpati dunia atau pingat budi diraja? 

Bila engkau mengharap, pada dunia. Sandarkan dulu pengharapan kau kepada empunya dunia. Cliche kan asik-asik benda yang sama. Tapi itulah benda yang paling susah untuk kau dan aku buat. Akhirnya, kau kecewa tak sudah. Kau meratap memanjang. 

Kau usaha sudah.

Kau tawakal sudah.

Tapi kau mengeluh tak sudah-sudah. 

Apa yang bermulanya dalam ikhlas, itu akan bertukar menjadi beban. Segalanya kau pandang kelat. Kau tak berasa punya pengharapan. 

Mungkin aku tak faham dan tak rasa apa yang kau lalu. Jadi cerita pada aku yang 'tak pernah' merasa. Apa rasanya dikecewa. Dikata tidak pada apa yang kau mahu. Menebal muka tidak malu. Bersengkang mata  dan mengerah peluh pada perkara yang kau boleh hirau kata tidak mahu.

Kau tak eksklusif jika pernah merasa semua tu.

Aku dan berjuta billion manusia di muka bumi ni pernah merasa dan lalu perkara yang sama. 

Aku sedar yang manusia hanyalah manusia. Kau lakukan sesuatu dan kau akan mengharap apa yang kau lakukan dipandang, diiktiraf, dipuji. Aku manusia aku tahu. Kau akan merasa sedih dan kecewa bila tidak dihargai. 

Sedarlah, hakikatnya manusia tidak memandang. Masing-masing punya masalah dalam dunianya sendiri yang perlu dilalui. Kalau kau masih lagi mengharap kau akan lelah.

Atas angin.

Merasalah atas angin. Rasa yang tak mungkin dapat kau genggam tapi tak sentiasa dapat kau rasa. Rasa yang tak pernah akan kau nampak tapi tidak beerti ia tiada. 

Atas angin kerana walau segalanya sukar untuk kau genggam tapi tak beerti mustahil untuk kau kecap. Atas angin kerana mungkin kau tidak nampak hasil daripada segala yang diusaha tapi yakin kan mengatasi segala.

Aku tak kata segalanya kan jadi mudah. Tak. Tak pernah kan mudah.

Aku cuma mohon kau jangan give up. Aku merayu. Dunia ni tak pernah akan jadi mudah. Kau yang kena jadi kuat. Kau yang kena jadi segala besi. Penat tak penat, semua benda penat. Sampai bila kau nak berkabung melayan sakit lama. Bangunlah.







Thursday 9 October 2014

Leak

I thought I was heartless enough. Thought I was strong enough. But, I guess I'm not. Because when pain really felt like pain, it just hurt.

Funny.

I always tell myself to not matter about things don't matter. Never to cry about things not worth it. And to always be patient no matter how hard things going to be.

I guess a leak or two this time doesn't kill. So, just let the tears be. Because there's always tons of smile to heal the wound, always at the end.

And, it always been better to forget and let go because to keep is going to cost you a lot more of pain. And tears.

Just cherished the sun that came out after the heavy rain that went.

:')




*Hassan Sensei ~ the interrogation

*For a man to feel at his lowest and backed bcs of guilt,
he's my definition of handsome.
*Bcs we'll still be playing. Even if they shoo's us from the hall.
Like we care about the toilet, duhh.

*Kid ourselves at the back of an open heavy-load track.
The only luxurious that we afford.


It's hard. But, let's just try to laugh at anything we could laugh at.
While we still can.
While we still have us.















Sunday 5 October 2014

The Do-It-Myself Thing

I guess boredom really takes its toll. I had never in a millions time ever EVER thought of making my own sling bag. I admit that I’m a bit picky in choosing my style. That’s why sometimes it’s hard for you to see me buying new shoes or bags or clothes.


I don’t have any definite style.


I like everything that made me look not that modest but not the otherwise too. Just in-between. Some free facts about me that you need to know.


I really love denim/canvas product. I do not fancy leather.


I just really really had fall hard with canvas. They’re just so cool, who’s in their right mind can ever resist them. They might look shabby, filthy, kind of old-fashioned, out of trend, but I don’t mind. Maybe because they describe me best.


So, that’ll make me a walking canvas then.


I really like sneakers, cause obviously they’re canvas. I never wore anything except for sneakers, loaf and flat. Heels? Give me a break.


And, I really love my canvas tote bag.























It’s not that I don’t have any other bag. It’s just that they’re not canvas and they’re not tote. Give me anything that’s tote and canvas, you’re my true definition of happiness.


I’m having a mid-sem break right now. And there’s a few short list that I’d plan to do, surely it has nothing to do with me studying. AHH!















* I still don't know how this going to turn out.


So, right now I’m still struggling to finish up sewing my jeans sling bag. After that, I really want to learn to make my own long skirt, because apparently buying them is so expensive. And the last one is to bake. Still haven’t decided to bake on what.


Yep, this are my three short lists I wishes to do along the break..


Enjoy the break, guys <3





Saturday 4 October 2014

Jumpa Annabelle

Suka ngat tengok cerita hantu kan. Meh aku nak kongsi satu pengalaman sendiri, real punya..

Aku bukan jenis yang takut gelap, takut sorang ke. Nak pergi tandas tak kisah nak pergi sorang. Sebab memang dah biasa dari kecik tidur sorang. Kakak abang semua dari form one dah masuk hostel. So masa sekolah rendah memang tidur tak berteman.

Masa kecik dulu tak biasa. Nak tidur bukak lampu tandas. Lepastu kepala bayang macam-macam. Tak boleh tengok bayang-bayang nati mesti fikir hantu je. Paling seram kalau menghadap cermin lagilah tak tenang tidur.

Tapi lama-lama dah tak heran. Lampu tandas pon dah tak bukak.

Bila masuk asrama masa form one, mula-mula gigil jugak lah nak pergi tandas malam-malam sebab tandas dekat luar dorm. Berlari pergi balik tandas. Bayang hantu keluar dekat cermin lah, lubang tandas lah, air tukar jadi rambut lah macam-macam.

Sebab masa kecik memang suka tengok cerita hantu. Bukan hantu biasa. Hantu thailand, memang lah kan dahsyat dia tak tahan.

Tapi lama-lama dah tak heran. 'Aku tak kacau kau, jangan kacau aku', dalam hati cakap ulang-ulang.

Sampai satu hari ni masa form one, pagi tu nak pergi tandas.. Dengan mamai-mamai mata tak bukak, masuk lah tandas. Pandang kanan je terus terang bijik mata. Memang lepas tu pecut lari masuk dorm lah. Tak tak ni bukan menatang Annabelle ke spesis dia, ni anjing dalam tandas??!!

Memang tak faham datang mana anjing ni. Pagi-pagi buta dah kena speed 100 meter.

Lepastu masuk kisas, lagilah mistik misteri nusantara kan.

Dari form 4 sampai form 5 non-stop.

Dekat kisas pon memang budak dorm semua tahu aku jenis yang stay-up malam. Kadang-kadang pergi tandas, basuh baju, gosok baju, malam-malam buta lah kan baru nak buat. Tapi apa yang diorang tak tahu, ada kejadian satu malam tu yang menginsafkan betul lah.

Malam tu study kejap, time tu dalam pukul 2 pagi macam tu lah.

Lepastu keluar dorm pergi  tandas dengan gosok baju. Lepas dah gosok baju tu tetiba perasan tertinggal kain dekat dorm. Sepanjang gosok baju tu bulu tengkuk dah naik dah. Rasa macam ada orang perhati je tapi buat tak tahu dah tak toleh dah kanan kiri. Dalam hati tu dah speed berapa meter dah.




Otw pergi dorm, sejuk je rasa. Pandang kerusi terbayang nati ada kepala jengguk. Pandang tong sampah lagilah seram. Memang mata tak tahu nak pandang mana. Jalan je straight.

Dah masuk dorm hati tak tenang lagi. Istighfar banyak-banyak. Tapi still lagi terbayang tetiba nampak spesis Annabelle atas divider ke atas loker ke.  Istighfar lagi banyak-banyak.

Ok dah sampai katil. Terus tarik selimut atas kepala.

Tetiba..

Dengar suara nangis. Kuat. Bukan nangis. Sakit. Suara perempuan sakit.

Berdebar dia sumpah dahsyat gila. Allah. Allah. Allah. Allah!!!

Aku lupa kunci gril dorm!!

Dengan tangan menggigil tak tahu nak cakap apa. Asik fikir nak kunci gril ke nak buat tak tahu je. Kan tetiba ada orang buka pintu tu lagi seram, Dahla aku sorang je yang tak tidur lagi. Slow-slow bangun jugak, amik kunci lepastu baca lah segala yang patut. Time tu terfikir nak bawak quran sekali tapi fikir takde wudhuk. Baca ayat kursi je mampu.

Lama berdiri depan pintu tu. Lepas dah rasa kuat sikit, baru bukak pintu. Tak berbunyi langsung slow je.

(Pintu dorm kitorang sebelah tangga)

Doa dalam hati dia tak jenggul kepala. Dengar suara je dah lemah iman rasa. Dah mangga gril, larilah naik katil tidur. Nak tidur pon kepala hati kaki tangan semua rasa tak kena.

Pagi esok nya, aku tatap lama-lama tangga tempat kejadian tu. Dendam betul rasa. Ada patut banyak-banyak hari, banyak-banyak tempat situ jugak kau nak jadi. Nasib yang kena aku. Tak pernah cerita dekat sesiapa pasal kejadian malam tu.

Aku asik fikir tu boleh jadi suara cucu ustazah menangis. Ke ada anjing mana-mana tersesat lagi ke.

Sebab aku tak nampak, cuma dengar je.

Bila jadi benda-benda yang buat bulu tengkuk aku ni naik, firstly aku selalu kata, 'Ye, aku tahu korang ada.' Pastu, 'Aku tak kacau kau jangan kacau aku. Ya Allah lindungi aku daripada syaitan yang direjam (istighfar). Jangan lebihi ketakutan ku kepada mereka melebihi ketakutan ku kepadamu. Ighfirli (ampunkan aku).'

Hati kita ni mudah untuk rasa takut. Tu normal. Tapi apa yang membezakan ialah macam mana kita handle perasaan tu. Kita biarkan takut mengatasi kita, atau kita yang mengatasi perasaa takut tu.

Allah selalu ulang-ulang dalam quran,

La takhaf (jangan takut)

La tahzan (jangan bersedih)

Sebab dua perasaan ni memang sinonim dengan manusia. Sampaikan Allah kena sebut sebagai peringatan dekat kita. Jangan takut. Apa yang kau takutkan tu semua sementara. Jangan sedih. Apa yang kau sedihkan tu semua sementara. Aku lebih berkuasa atas apa yang kau takutkan dan sedihkan.

Masa dekat tadika dulu, masa first time belajar doa masuk tandas selalu terbayang, setiap kali baca doa tu akan ada satu pelindung sekeliling aku macam dalam cerita twilight tu haa. Setan semua takleh nak dekat. Sampai sekarang setiap kali nak masuk tandas mesti automatic akan baca lagi. Kalau nampak aku stay kejap sebelum masuk tandas tu tanda tengah reload nak pasang superpower lah tu.

Memang realitinya doa tu kan senjata orang mukmin. Doa tu benda yang tak nampak, tapi sebenarnya sifat dia hidup. Sebab tu orang yang kuat berdoa ni, jiwa dia hidup. Roh dia kuat. Dan fungsi dia untuk lawan musuh-musuh yang tak nampak macam syaitan ni lah. Godaan syaitan dan hawa nafsu.





Tapi korang suka betulkan seramkan diri tengok cerita hantu. Tak elok sebenarnya.

Tak elok sebab nya hmmm depend jugaklah.

Kalau rasa tengok tu mengurangkan takut kepada Allah siang malam nak pergi tandas pon takut spesis Annabelle, better tak payah kot. Boleh jatuh syirik.

Naudzubillah.







Friday 3 October 2014

Juniors VS Adik-adik

'Takyah lah nak adik-adik sangat beza setahun je pun'

Beza kita dengan diorang mungkin beberapa bulan, mungkin hanya sebulan. Adakah perlu untuk gelar diri sendiri akak? Rasa diri bagus sangat ke nak gelar diri sendiri akak. Atau hanya atas dasar hormat dan adab santun orang melayu semata??

Yang pasti bukan untuk mencipta 'seniority'.

Adik dan akak, suatu panggilan yang sinonim dalam sebuah keluarga. Dan, ye. Itu yang aku ingin cipta. Sebuah keluarga. Bukan hubungan setakat seorang junior dan senior. Yang mana aku akan rasa lebih kuasa kepala dongak angkasa.

Malu, katanya.

Tak rasa diri layak, sedar rupanya. Ouchh.

Bukan nak kata jadi akak superior sangat. Cukup dengan awak tunjuk teladan yang baik. Beri tunjuk ajar dengan ikhlas. Jangan nak terlalu, 

'Aku dulu dapat ni pon dengan susah payah. Kau orang rasalah apa yang aku rasa dulu.'

'Dulu kitorang takde senior pon yang nak tunjuk apa-apa. Berdikarilah sikit.'

Ahh kau!

Jangan bagi aku duduk sebilik dengan orang-orang macam ni kalau tak memang penampar melekat dekat muka.



















Kalau awak rasa diorang junior memang macam tu awak akan layan diorang. Tapi kalau awak rasa diorang adik, awak bukan setakat bagi ilmu tapi awak yang bentuk macam mana diorang akan jadi. Mungkin aku dah terbiasa dengan suasana dekat kisas dulu.

Rimas. Sumpah rimas.

Semua benda senior nak tegur. Semua benda senior nak tahu. Semua benda senior nak masuk campur. Kitorang dah besar lah.

Tapi, bila aku dah jadi senior. Aku rasa macam kurang kasih sayang. Rindu dengan akak-akak yang dulu selalu ambil tahu pasal kitorang. Selalu bagi semangat bila kitorang tengah down. Sekarang dah tak boleh nak mengadu dekat akak-akak dah. Feel dia bila mengadu dekat senior dengan member sendiri memang lain. Sebab tu aku rasa aku tak survive dekat kisas dulu kalau xde senior.

Senior yang bagi aku gelaran 'kak nani'. Sampai INTEC melekat lagi.

Senior yang sanggup tidur lantai, bawak makanan aku naik dorm, jaga aku masa aku demam panas.

Senior yang menangis gelak ketawa sama-sama.

Aku pelik sekarang bila aku tanya, junior korang berapa orang yang masuk INTEC? Ehemm, krik krik dia. Tak tahan.

Kitorang junior masuk kecoh sekampung kot. Weh junior fly. Weh junior itu junior ini. Ahai..

Tapi bila ada orang tegur, korang kisas ke? Dua-dua macam tak kenal je *(muslimin muslimat). Maaf, muslimin kisas selamanya muslimin kisas. Palang merah do not cross dia tak tahu bila nak hilang-hilang.

So, nak cakapnya. Hebat batch yang terbaru, ada saham dia dekat batch yang sebelumnya. Nak tahu hebat tak hebat batch sebelum tu, tengok batch yang sekarang.

Batch kita takdelah hebat mana. Tapi hebat kita kalau mampu melahirkan batch yang hebat. Bukan nak mengejar hebat tak hebat. Ada possibility tu usaha diorang sendiri. Apa kaitan dengan senior?

Sebab tu do.
*kan dah do

Nak ajar junior jangan setakat ajar. Bagi sayang lebih sikit. Senyum biar tarik panjang sikit. Baru korang dapat rasa manisnya blood sister tu macam mana. Tak payah sakit kepala nak terhegeh-hegeh cari kasih sayang dekat yang bukan sejenis tu.