Sunday 19 January 2014

Engkau Aku Si Ibu

Aku menumpang berehat di sebuah surau sementara menunggu kehadiran seorang teman ketika aku dikejutkan dengan sebuah insiden yang menyentak hati.

Aku didatangi dua orang anak kecil, terhibur aku melihat keletah mereka. Walaupun keadaan surau itu yang kecil dan penuh dengan ramai orang, anak kecil itu masih mampu berlari riang. Penantian yang panjang kurasa sebentar tadi hilang begitu sahaja.

Tidak jauh dari dudukku terdapat seorang wanita yang kelihatan tidak senang dengan kelakuan dua anak kecil itu. Ketika anak kecil itu berlari di hadapan wanita itu, direntapnya tangan mereka. Aku menoleh deras, risau disakiti dua anak kecil itu.

‘Berapa kali aku nak cakap? Tak faham-faham bahasa ke. Aku kata duduk, duduklah!’, kata wanita itu sambil dipiatnya tangan anak-anak kecil itu.

Hatiku membentak. Tidak senang anak-anak kecil itu diperlakukan sebagitu.

‘Sakit! Sakit! Sakitlah!’, teriak anak kecil itu sambil menendang wanita tersebut.

Aku menoleh, tidak mampu melihat. Sejurus itu juga aku terdengar bunyi tamparan disusuli tangisan deras daripada anak-anak kecil itu.

‘Tak reti nak diam ke? Cubalah selawat ke zikir ke? Memekak je. Duduk! Cepat zikir! Bising lagi aku pukul’, gertak wanita itu.

Kemudian anak kecil itu melabuhkan duduknya di sebelahku. Ketika dia sedang bermain-main dengan benang di lantai aku terlihat kesan parut di tangan kanannya. Menyedari aku memerhatikan tangannya, segera disembunyikan tangannya itu.

Aku berasa serba salah. Segera aku menyelongkar ke dalam beg mencari sebiji gula-gula yang diberikan lecturer kepadaku di dalam kelas akaun petang tadi.

‘Adik, nak gula-gula?’, tanyaku.

Anak kecil itu memandangku dan beralih kepada gula-gula di tanganku. Walaupun teragak-agak, dia tetap mengangguk kecil. Aku tersenyum, gembira pemberianku diterima. Seketika kemudian, aku mencuba bermanja dengan anak-anak kecil itu.

Seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi, mereka dengan mudah menjadi kembali riang dan mula berlari-lari semula di sekeliling surau.





***


Siapa tahu ada jugak rupanya orang macam ni kat dunia ni. Tahu tu memanglah tahu, tapi tak sangka pulak boleh jumpa depan mata. Rasa macam nak ‘pang’ ‘pang’ je perempuan tuh.

Memanglah aku takde anak lagi tak tahu apa yang dia rasa. Tapi kalaulah bagus perempuan tu biar takde anak langsung, ada anak pun layan macam tuh nak buat apa. Aku dengan kucing aku pun tak pernah nak piat-piat. Zaman sekarang ni, haiwan pon kita layan lagi baik dari manusia. Pelik.

Mula-mula tu aku ingat, ‘bapaklah orang gaji ni selamba je nak pukul-pukul anak orang. Kurang ajar betul’. Lepastu, ‘ni mesti mak tiri ni. Confirm!’.

Dari awal sampai habis drama tu aku tak boleh nak mind set kepala aku ni yang perempuan tu sebenarnya ibu dia. Tak boleh terima. Eh, memang tak masuk akal lah. Mana ada ibu yang guna ‘kau’ ‘aku’ dengan anak dia. Anak dia yang aku rasa tak masuk tadika pon lagi.

Lepastu boleh pulak dah pukul-pukul tu dia suruh anak dia selawat, zikir. Ya allah. Kau tu yang patutnya zikir istighfar banyak-banyak. Diorang tu budak kecik lagi. Takde dosa sebesar zarah pon. Mati pon masuk syurga.

AAAARGGHH.

Tensionnye jumpa orang macam ni. Nak kata tak faham agama, ya allah berjubah berniqab. Aku yang lebih malu dari dia dalam surau tadi. Rasa macam nak tengking je, ‘apa kejadahnya la kau ni’. Dekat luar depan orang ramai pon dah berani pukul anak, kalau dekat rumah macam mana lah.

Waktu diorang dah nak balik tu, macam-macam aku bayang. Biasalah kalau kita tengok drama-drama melayu kan. Aku just doa yang kisah budak-budak tu tak se’cliché macam cerita dalam drama. Mungkin hari ni je mak dia tu buat perangai, ada masalah ke apa.

Hah dunia. . .





#kisahmalammerdeka2013



Friday 17 January 2014

Kisah Sentap di UIA

Aku *senyum*.

'Adik ni dari mana?'

'Err, saya dari Shah Alam pakcik.'

'Pelawat? Buat apa pelawat datang sini? Nak buat apa kat sini nih?'

Pandang orang sebelah, *hai takkan tengok je, backup lah wui*

Shazwani, 'Kami ada program dekat dalam masjid ni pakcik.'

'Kamu tak boleh pakai macam ni. Ini UIA, kena pakai jubah dengan baju kurung je. Kamu pulak dari mana?'

Shazwani, 'Err, saya pelajar UIA.'

'Hah mana boleh pakai macam ni. Ini bukan pakaian pelajar Islam. Kamu pelajar Islam kan.'

Pandang aku.

'Hah kamu, pakai seluar semua ni. Kamu sepatutnya tak boleh masuk sini nih. Kamu tak mematuhi kod pemakaian...'

Tunduk.
Malu.
Sedih.
Sentap.
Sedih.
Sedih.
Sedih.

***

Iye pun pakcik ni janganlah cakap kasar sangat. Sakit hati dengar. Waktu tu kitorang ada empat orang. Tapi sebab aku sorang je yang pakai seluar, pakcik tu asik point dekat aku je. Bukannya aku pakai tak senonoh pon. Habistu kalau orang pakai jubah tapi ketat pon apa functionnya.

Memanglah. Asal pergi UIA je macam2 benda sentap jadi.

Taknak pergi lagilah. Merajuk.

Aku rasa macam aku telanjang je waktu tuh. Teruk sangat ke sampai pakcik tu nak cakap apa yang aku pakai tu bukan pakaian pelajar Islam. Ahh tak boleh terima. Sumpah sedih.

Kalau ikutkan hati macam nak nangis je dekat situ. Malu betul. Dahlah first time pergi UIA PJ. Ni yang berat hati nak pergi lagi nih. Hilang dah semua kenangan yang best2 tuh. Rasanya budak UIA sendiri pon tak pernah kena tegur lagi sampai macam tuh.

Ishh aku pelajar Islam lah. Marah betul orang cakap macam tu. 

Tak boleh terima. Ego ke aku?

Sedih.

Cakap macam mana?

Macam mana 'Islam' lagi aku kena jadi?

Berkurung. Berjubah.

Itu je ke syarat kau memandang seseorang itu 'Islam'.

Kau yang menasihati wanita Islam.

Lembutkan tuturmu.

Santuni katamu.

Kerna itu bagaimana syarat aku memandang seseorang itu 'Islam'.









Deactivated

As a punishment for getting a bad grade, I’d deactivate my twitter account. It’s not solely because of my grade actually. It just that it was such a waste of time. I kept on scrolling and scrolling and it get me nowhere. Sometimes it even annoyed me to read some of those stupid statuses.

And since I had twitter once too, I’m not denying that I was too contributing in the making of those ‘stupid statuses’.

I might not know about the latest gossip of the day. Call me noob whatsoever. And honestly I heard so many terms that I not know before. Funny that it do not make me feels any smarter. So what if you know how to make sentences with the word ‘swag’?

Before, I tried to fit in. That’s why I made twitter. I want to keep up with what’s going. But, you know. No, thanks. I was off track enough. So, let’s stop it here before it’s too late.

If you’re reading and you've got twitter, let me say this one thing . . .

If you’re about to die tomorrow, will you be proud with what you’d post in your twitter?








Wednesday 15 January 2014

Maulidur Rasul 1435H



Allah.
Andai rasa ini mampu kuzahir.
Pasti itu tangis sedih.
Andai hati ini mampu kau lihat.
Ketahui ia berdarah pedih.

Hati ini dicarik rasa.
Kian lama ia bergelumang noda.
Kian jauh dari pencipta.
Kian tersasar di lembah hina.

Hari ini Allah.
Aku tiada kuasa.
Walau untuk mengharap cuma.
Alunan qasidah rindu kulafaz.
Menggetar lubuk di jiwa.
Melemahkan setiap sendi bernyawa.

Allah.
Aku benar rindu.
Aku benar rindu.
Aku benar rindu.

Dalam sendu dengarkanlah.
Kalam rindu bergemalah.
Wahai tuhan ampunilah.
Sekalian kami umat pendosa.

Ku kalih melihat sahabat.
Bergenang matanya menahan pedih di dada.
Mengenang dosa yang menggunung tinggi.
Menahan sebak rindu tidak terungkap.
Aku sayu.

Bumi ini.
Seluruh isinya mendayu merayu.
Sekalian jiwa mendamba rindu.

Allah.
Hati ini.
Hanya pedih kurasa.
Sayunya memaut jiwa.
Bagaimana Allah?
Bagaimana?
Mampu ku hilangkan pedih itu.


















Wednesday 8 January 2014

Uphill



I feel so isolated. But I think it’s a good thing though. It’s not that they’re ignoring me nor that I’m trying to keep myself away. Awkwardly it just happened. Sometimes, I just feel like doing it. Boldly trying something new and put myself off my own safe zone.


I remember when I was in high school. I told my dorm mate that the next year I want to move to another dorm. I don’t really mind being alone in a new dorm actually. Because somehow I know that I’m quite independent myself. Yes it’s awkward surround with someone that not close to you. But it worth the try.


So it happens this year. I feel like sitting beside a new classmate. The fact that we’d already spent months together before made me realize that, ‘yeah, let’s do it the second time. You’d done it before and you’d survive. So what to worry. Make friends. But it’s awkward to death. Ah who cares. Do or die!’.



Stress.


I’m so bad at accounting!


And studying.


Everything.


Huh.










Okay.

I'll just be happy

^^,





Sunday 5 January 2014

Semester 2

Oh hey.
So this is day one of the second sem.
Excited I am.
I have lot to expect.
New story.
New drama.
New adventure.

With my housemates.
Aisyah.
Syaar.
Ain.

And my classmates.
Fellow Nottingham-ians.

Usrah-mates.

Never to forget.
The ALKISian.


So here I am. Not knowing what to do. 
Because fortunately the class will not start until tomorrow. 
I guess I'll just wait then.



~ me today