First tengok tu kecewa betul. Pastu lega sikit. Last sekali, eh not bad what. Dengan bangganya terus print bagi kat ayah, 'nah result ika. ada satu c hehe'. Ahha kantoi ada c. Takpe lah benda dah lepas. Nak nyorok2 pon bukan nya ada orang kesah sangat pun. Kita je yang melebih.
So sem 1 ni cannot go ni. Dahlah aku amek subjek yang tak pernah belajar sebelum ni. So effort dia patutnya kena double lagi dari bebudak yg dah ada basic. Bak kata ayah masa tengok result tadi, 'tekankan lagi economy ni, ika kan takde basic'. Ahh sempoi betulah ayah ni. Ni yang best parent aku ni. Tengok je lepastu dah.
Tapi bila kawan tanya tu kecik je rasa. Telan liur jugak lah nak menjawabnya. Lagi yang tanya tu perfect score kan. Heh memang menguji keimanan. Tapi normal lah orang nak tahu result kita berapa. Kita pon mesti nak tahu result orang macam mana. Redha jelah sapa suruh result teruk. Huhu. Kalau rasa malu cakap elok2. Janganlah buat tak layan. Terasa tahu terasa.
Kadang2 orang yang dapat result bagus ni mesti nak kongsi happiness dia dengan kawan2. Apa salahnya raikan dorang ni sikit. Dorang struggle macam mana kita tak tahu. Cakaplah tahniah senyum senyum sikit letak smiley satu page besar punya walaupun dalam hati tu Allah je tahu. Sekali sekala gembirakanlah hati kawan. Bukan nya sesapa pon kawan sendiri kan. Esok lusa kita pulak. Ni tak perli lagi, 'yelah orang pandai kan', 'org tu dah pandai xyah study'. . .
Macam ada pengalaman je cakap ni. Adalah sikit2 nak buat modal tuh.
And bagi pihak budak yang dapat result teruk ni, jangan kecewa sangat. Tengok kanan kiri kawan2 semua result dapat straight. 'Apa ni! Dorang pandai sangat ke aku yang tak berapa nak cerdik. Tak boleh jadi ni. Malu lah aku. Dah la budak SBP pulak tu. Push lagi sem 2 nati.' Hah yang ni bagus. Gagal sekali tak bermakna gagal berkali-kali.
Tapi kalau aku kan, jangan malu nak mengaku yang result kita tak berapa nak sampai lah kalau ke dean list bagai tuh. Berani mengaku tu bukan kerja senang tahu. Ego kena campak laut, muka kena tebal. Tapi kenapa ye aku ni dah macam tak berperasaan langsung. Eh mana ada, sedih jugak sebenarnya. Tapi alhamdulillah lepas cut off point. Seronok lepas cut off point lagi tinggi dari sedih tak dapat perfect score.
Bersyukurlah result apa pon yang kita dapat. Kerana itu tanda kita masih punya iman.
Tapi, sentiasalah perbaiki diri.
eh apa show off result ni. stret tak pa lah. suka lah -,-