Thursday, 19 December 2013

Kem Remaja Sinergi 4.0

Alhamdulillah.

Jejak jugak akhirnya dekat negeri Perak ni. Ingatkan nak pergi je yg susah rupanya nak balik lagilah dugaan. Ni baru betul cite survival nih. Heh.

Jadi nak dipendekkan cerita, 13-15 disember lepas kitorang (which means fatin and I) pergi kem krs ni dekat Chenderiang, Perak. Mana tahu pasal kem ni?? Aku pak turut je. Ada akak senior kisas yg dekat UTP sekarang dia jadi fasi kem tuh and dia pon promote lah.

Bila dah sampai Chenderiang, aku tergerak hati betul nak bersyukur. Dia punya pendalaman jangan cakaplah. Kitorang sampai lalu kampung orang asli kot. Ada satu rumah tu, relax je ada anjing lagi. Dah aku pulak yang macam orang hulu masuk tempat tuh.

Kem tu dekat kem PLKN. Dekat lah jugak dgn UiTM Seri Iskandar. Ya Allah!!! Serius cantik betul tempat tuh. Kanan kiri nampak gunung. Siap boleh nampak pokok dekat puncak paling atas lagi tuh. Almaklumlah kat bandar selama ni nampak batu konkrit je. Pokok pon siap nak ada macam2 kaler lagi tuh. ICT eh.

Act, kem ni fokus untuk budak2 lepasan SPM sebelum nak masuk IPT. So honestly aku tak fokus sangat pon dekat kem ni. Teruk kan. Asek borak je. Time ada activity je baru aktif sikit. Sikit?? Haha tipu tuh. Sangat sebenarnya.

Hari second lah yang paling best. Pagi tuh kitorang ada senamrobik. Tetiba dia panggil semua yg nama SYAFIQAH datang depan. Memang tak pernah dibuat orang betul. Tapi seronoklah, rasa macam diraikan pulak. Petang ada mock interview untuk form 5 dengan form 6. Tapi kitorang takyah join sebab dah masuk ipt. Jadi join lah kitorang dengan adik2 sayang main game.

Malam ada slot muhasabah dengan malam kebudayaan.

Apa jadi?? Lots of tears, it sure does. Ada lah sikit2 style KPTI masa dekat kisas dulu. 
Rindu kisas :’(

Overall..

Dari segi pengisian dalam kem ni, Alhamdulillah aku rasa ok. Cara penyampaian dia pon tak keras sangat and santai je. Diorang sangat tekankan ‘mutabaah’. Macam qiyam, mathurat, dhuha, al-mulk sume2 tulah. Bagi aku Sinergi ni bagus. Tapi mungkin ada yang boleh dibaiki lagi.

Lepas habis program, kitorang pon buat diskusi berdua. Apa pandangan aku?? Apa pulak pandangan nabil (fatin)??

Memang kitorang bukanlah orang yang selayaknya untuk beri pandangan. Siapa sangat lah kitorang dalam gerakan dakwah macam ni. Hehe. Kat kisas dulu pon kuat naik kepala. Adehh. Tapi nak komen jugak. Banyak ni. Hee chill je.


Selalu dalam kem, akak2 akan cakap ‘nak masuk U nati carilah U yang ada akhawat. Dah habis kem nati pastikan antunna keep contact dengan akhawat’. At first, aku blur betul. Akhawat?? Eh, ada ke U yang tak campur laki perempuan. Asal tak pernah tahu pulak. Lepastu barulah oohhhh. Dia maksudkan akhawat tu dengan akak2 Sinergi tu lah.

Aku tak setuju betul dia cakap macam tuh. Habis U yang lain siapa nak masuk. Aduh. Memanglah nak menjaga biah solehah apa semua. Tapi macam tu U yang takde biah solehah siapa nak biah solehahkan dia. Sepatutnya galakkan lah nak masuk U mana2 pon nati masuklah. Lagi2 IPTS. Tarik pulak orang lain untuk kenal Islam apa semua. Barulah betul kata nak dakwah.

Imam Muda Asyraf pernah cakap, saya risau apa yang saya buat ni bukanlah suatu dakwah tetapi cuma menyampaikan ilmu. Sebab dia cakap, dalam dakwah itu pasti akan berlakunya penentangan. Itulah dakwah yang sebenar. Sekarang ni bukan tentangan tetapi jemputan pulak yang saya terima. Sama macam waktu nabi nak berdakwah dekat kaum Quraish dulu, akan adanya penentangan.

Sekarang ni dekat IPTA dah ada banyak sangat program dakwah macam tu. Tapi kalau dekat IPTS berapa ketul jelah yang ada. Tbh, as student IPTS sendiri aku rasa memang terkapai-kapai betul. Alhamdulillah, dekat kisas dulu dah kena suap sekenyang-kenyangnya. Tapi, biasalah iman turun naik.

Lepastu pasal usrah. Aku sampai rasa aku dah tak faham dah konsep usrah ni macam mana sebenarnya. Dekat INTEC aku ada join usrah. Dia macam kelab smart group macam tu lah. Bukan under mana2 jemaah pon. Lepastu akak tu macam nak kata joinlah usrah Sinergi. Dia tak cakap pon tapi kias je. Usrah Sinergi setiap minggu ada, lepastu tak macam usrah lain yg kadang2 asek bincangkan pasal benda2 common je. Lebih kuranglah.

Aku terkilan sebenarnya.

Sekurang2nya aku join jugak usrah. Mungkin pengisian dia tak semantap macam kat kisas dulu. Siap ada modul bagai. Tapi bagi aku usrah ni lebih kepada ukhuwah. Kita kenal setiap ahli, boleh kongsi masalah, boleh minta nasihat. Untuk nak sampaikan ilmu, usrah ni cuma salah satu dari wasilah je. Yang sebaiknya kita nak sampaikan ilmu ke cari ilmu ke pergi majlis ilmu lah. Pergi pondok ke, belajar kitab, dengar ceramah. Aku lagi suka mengaji macam tuh.

Sebab sebenarnya, err hehe aku tak suka sangat usrah yang sarat sangat dengan pengisian. Aku lebih suka perkongsian. Tapi tulah mungkin setiap orang lain2 kan.

Lepastu ni last. Betul last.

Waktu dekat kem, kitorang ada system merit demerit. Aku ok je sebab yelah nati semua orang akan jadi aktif kan. Semua nak volunteer. Baguslah tu. Tapi yang kelakarnya. Kumpulan kitorang kumpulan 6, satu-satunya kumpulan budak2 umur 18 tahun keatas. Tapi sampai habis kem tu markah kitorang 0 je. Entahlah mugkin sebab dah tua kan so dia macam dah tak kisah sangat.

Lepastu akak fasi kumpulan kitorang tegurlah kenapa tak aktif, kan kitorang kumpulan yang paling tua sepatutnya kitoranglah yang lead adik2. Lepastu kitorang pon guraulah cakap nak bagi chance dekat adik2 je tuh. Pastu akak tu ada cakap, eh mana boleh kita kena ‘fastabiqul khairat’.

Ishh, akak ni ktorang gurau jelah. Kalau macam tu, nak ‘fastabiqul khairat’ pon kita kenalah tengok jugak. Niat macam mana amanah dia lagi. Lagipon nak buat benda baik bukannya untuk dipertontonkan, untuk dapat ganjaran, untuk pujian, untuk sanjungan.

‘Sembunyikanlah perbuatan baikmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu daripada pengetahuan orang’

Heh ada je nak menjawabnya. Bukan nak kata tak betul. Betul lah kena ‘fastabiqul khairat’ tapi ikut kemampuan masing2. Lagipon bukan benda yang boleh dilihat je dikira benda baik. Kita bersangka baik pon benda baik. Ada orang Allah takdirkan mampu pikul yang besar dan ada yang cuma mampu jinjing yang kecil. Yang pasti nilai pahala itu bukan terletak pada beratnya dan besarnya kebaikan kita tu.

Panjangya komen.

So dah habis kem kitorang pon siap2 lah nak balik. Ya Allah memang dugaan betul. Tulah banyak dosa ni. Asek tak puas hati je. Hehe

Rancangan asalnya, kitorang nak balik naik train Kampar terus balik Selangor. Tapi tiket dah habis. So tukarlah plan naik bas pulak. Faham tak kitorang turun je tetiba nampak bas baru gerak. Memang dua2 tergamam. Macam mana nak balik oi. Dah pusing2 kat situ mintak tumpang dekat peserta lain tetiba ada abang fasi tegur cakap ada satu lagi bas untuk pergi Aman Jaya. Huh lega.

Dari Chenderiang nak ke Aman Jaya tu dah sampai Ipoh rupanya. Orang nak turun dia makin bawak naik atas pulak. Kat Aman Jaya terus beli tiket pergi Pudu. Sampai Pudu naik lrt Plaza Rakyat turun dekat Sungai Besi. Akhirnya gerak ke Kajang, tidur dekat rumah Nabil. Sampai tu dah pukul 10. Kaki dah rasa macam jelly dah. Tapi memang pengalaman baru betul. Esoknya gerak lagi nak balik Klang.

***

Eh tapi seronok tau sebenarnya kem ni. Tahun depan kalau ada lagi join lah. Untuk adik2 yang nak masuk IPT nati all the best.










* tu fatin nabilah tudung biru tuh :)