Monday 22 February 2016

2 Marhalah


Tak lupa 3 tahun lepas bila Kiera mula masuk Darul Quran. Segala benda dia mengadu, tak ada kawan, tak ada orang nak balas senyum (yang rajin sangat senyum ni dah kenapa?), susah nak jaga hati, tak rasa biah macam dekat kisas, segala segala.

Pernah sekali teman dia pergi Jalan TAR rasa macam nak pasang gari je kot hilang tengah jalan. Bila ada kawan yang menghafaz ni, dia buat kita risau, ‘budak ni takpe ke pergi sini, takpe ke buat benda tu. Ramai seksi-seksi ni dia takpe ke? Banyak gelak pulak kang keluar segala yang dia hafal’. Padahal tuan punya badan steady je. Dia buat kau rasa nak protect dia dari segala benda. Memang tak realistik, tapi aku cuma mengharap siapa tahu dapat menyelit sama saham dia dekat sana. Ameen.

Minggu lepas, dapat tahu diorang baru habis majlis khatam. Rasa 3 tahun tu macam baru je lagi. Macam baru minggu lepas dia datang INTEC solat terawih, buka puasa semua sekali. Macam baru je pergi kisas sambut maulid nabi. Sedar-sedar dah semester akhir. Tahniah saudari. Dan takziah, kerana ini lah baru titik sebenar jihad seorang hafiz. Semoga istiqamah.

Kerana terlalu mengundang ada orang London balik Malaysia ni, memang berjalan lah cerita dia. Skytrex lah apa semua ahh dunia semua ni, ke DQ lah kita.

Yang seronoknya masuk DQ ni sebab tempat dia memang hulu habislah. Kiri kanan memang bukit je ada. Dia satu rasa yang sangat aku cari tak jumpa dekat Cyber; tenang. Cyber pon hulu jugak, tapi batu jelah ada saujana mata memandang. Lama-lama hati pon membatu kematu berkelatu hmmph.

Kesan modenisasi. Kadang-kadang aku suka membanding yang mana satu lebih hidup dan yang mana lebih mati. Berada di luar bandar tanpa kecanggihan teknologi atau di bandar yang sesak tanpa redup alam semulajadi. Jadi aku kira segalanya pon bermain istilah ‘trade-off’.

Inilah pertama dan mungkin terakhir kali menjejak ke DQ. Ada rasa yang sama seperti kau menjejak kaki ke negeri yang asing. Tabik spring lah makhluk dekat sini, punyalah jakun kitorang datang buat bising gelak terbahak gosip meletop segala tak kena shushh pon. Entah macam mana, suara aku yang slow ni pon terasa luar biasa kuat bila bercakap dekat sana. Almaklum menjaga semuanya dekat sana.

Mesti tak dapat tidak, bila bercakap tu semua pasal fikrah. Masih matang walaupon tak nampak macam. Perbezaan dan pengalaman menghadapi berlainan mazhab di UK, aku belajar. Perbezaan dan pertembungan berlainan tariqat di sini. Dan segala yang sudah terlalu berbeza semenjak mula melangkah keluar kisas. Inilah hidup. Segalanya bergerak dan berevolusi dengan rentaknya yang tersendiri.

Tapi mungkinkah untuk berada di takuk lama dan benar-benar hidup. Kerana jika mustahil, itulah aku yang selama ini mati dan hanya berpura ‘hidup’.

“Tanpa sedar, sebenarnya kita semua ni syadid dalam sesuatu perkara kan.”

Ye. Bagi aku itu namanya prinsip. Bukan macam lalang takda backbone boleh kena tolak kanan kiri. Asal kena cuci sikit dah letak percaya, di bagi janji sikit terus sami’na wa ata’na. Tak salah kau mempersoal perkara, bukan kau mencabar cuma minta percambahan perspektif yang brrbeza.

“Kak Nani amik marketing kan? Nak tanya MLM tu macam mana sebenarnya?”

“Kenapa? Eh dekat sini kan ada course Muamalat cuba tanya diorang sebab kita bukannya belajar dari perspektif yang islamik punya. Tak tahu sangat pasal hukum hakam atau yang melibatkan fiqah dia.”

“Tulah masalahnya, kitorang dekat sini cuma belajar yang basic muamalat dalam Islam macam mana itu je. Jarang ada sentuh-sentuh masalah yang current issue.”

Dekat sinilah aku mula percaya ilmu agama dan dunia itu sudah menjadi dua juzuk yang berbeza. Sebelum ni ada terbaca post di blog Ustaz Hasrizal yang mempersoalkan perkara yang sama. Tentang bagaimana matapelajaran silibus agama dan kebangsaan diasingkan melalui perbezaan sesi persekolahan pagi dan petang. Tak lama, Ustaz Nushi pon mengulang perkara yang sama masa datang MMU dulu. Tentang bermulanya sains daripada Islam dan Islam itu sendiri adalah sains. Tentang manusia pertama yang mencipta kapal adalah Nuh AS dan bukannya saudara Amerika atau British sana.

“Tu semua kena cari sendiri Zir, yang pasal MLM tu pon sebab kita pernah dengar ada dekat satu ceramah ni. Contoh business boleh dapat income melalui dua; sales dengan membership fees. Kalau dia jual beli profit dia dapat daripada sales jual barang tak apa tapi kalau just through membership fees and takde sales langsung haram.”

Selama aku ambil marketing cuma akan dua respons sahaja yang aku akan dapat:-
1. Kenapa amik marketing? Nak kayakan orang lain ke?
2. Kenapa dah sekolah agama tapi amik Marketing?

Nasib fikiran aku takdelah sedangkal tu, aku mula ambil Marketing sebab aku minat untuk buat bisnes. Sebab ada ke bisnes yang betul-betul bersih sekarang. Makin besar company, makin besarlah korupsi dia. Just sebab semua nampak part yang ‘kaya’ tu je.

“Kalau tak keluar memang semua benda-benda ni kitorang takkan dapat kot. Mana nak jumpa orang yang lain mazhab ke apa dekat sini. Kitorang dekat sini comfort zone sangat.”

“Dekat UK sana ramai je baru first year dah tidur satu rumah laki perempuan. Minum, clubbing,tiba-tiba free hair jangan cakaplah. Dekat sana kosong sangat, nak isi kosong tu lah yang sampai dorang buat semua tu. Sampai ada orang ajak pergi trip lepastu kata nak kongsi rumah sama ramai-ramai, memang taklah salah orang bro.”

Memang untuk yang kuat tu ujian dia lebih. Taklah anda seorang yang kuat iika tidak direzekikan menjadi hafizah. Tidaklah anda seorang yang kuat jika tidak mampu tahan bebasnya hidup di perantauan. Dan ketahuilah disebalik setiap yang kuat itu ada orang di belakangnya hehe :)

Semoga selamat.




Orang kuat KKB~