Monday 22 February 2016

2 Marhalah


Tak lupa 3 tahun lepas bila Kiera mula masuk Darul Quran. Segala benda dia mengadu, tak ada kawan, tak ada orang nak balas senyum (yang rajin sangat senyum ni dah kenapa?), susah nak jaga hati, tak rasa biah macam dekat kisas, segala segala.

Pernah sekali teman dia pergi Jalan TAR rasa macam nak pasang gari je kot hilang tengah jalan. Bila ada kawan yang menghafaz ni, dia buat kita risau, ‘budak ni takpe ke pergi sini, takpe ke buat benda tu. Ramai seksi-seksi ni dia takpe ke? Banyak gelak pulak kang keluar segala yang dia hafal’. Padahal tuan punya badan steady je. Dia buat kau rasa nak protect dia dari segala benda. Memang tak realistik, tapi aku cuma mengharap siapa tahu dapat menyelit sama saham dia dekat sana. Ameen.

Minggu lepas, dapat tahu diorang baru habis majlis khatam. Rasa 3 tahun tu macam baru je lagi. Macam baru minggu lepas dia datang INTEC solat terawih, buka puasa semua sekali. Macam baru je pergi kisas sambut maulid nabi. Sedar-sedar dah semester akhir. Tahniah saudari. Dan takziah, kerana ini lah baru titik sebenar jihad seorang hafiz. Semoga istiqamah.

Kerana terlalu mengundang ada orang London balik Malaysia ni, memang berjalan lah cerita dia. Skytrex lah apa semua ahh dunia semua ni, ke DQ lah kita.

Yang seronoknya masuk DQ ni sebab tempat dia memang hulu habislah. Kiri kanan memang bukit je ada. Dia satu rasa yang sangat aku cari tak jumpa dekat Cyber; tenang. Cyber pon hulu jugak, tapi batu jelah ada saujana mata memandang. Lama-lama hati pon membatu kematu berkelatu hmmph.

Kesan modenisasi. Kadang-kadang aku suka membanding yang mana satu lebih hidup dan yang mana lebih mati. Berada di luar bandar tanpa kecanggihan teknologi atau di bandar yang sesak tanpa redup alam semulajadi. Jadi aku kira segalanya pon bermain istilah ‘trade-off’.

Inilah pertama dan mungkin terakhir kali menjejak ke DQ. Ada rasa yang sama seperti kau menjejak kaki ke negeri yang asing. Tabik spring lah makhluk dekat sini, punyalah jakun kitorang datang buat bising gelak terbahak gosip meletop segala tak kena shushh pon. Entah macam mana, suara aku yang slow ni pon terasa luar biasa kuat bila bercakap dekat sana. Almaklum menjaga semuanya dekat sana.

Mesti tak dapat tidak, bila bercakap tu semua pasal fikrah. Masih matang walaupon tak nampak macam. Perbezaan dan pengalaman menghadapi berlainan mazhab di UK, aku belajar. Perbezaan dan pertembungan berlainan tariqat di sini. Dan segala yang sudah terlalu berbeza semenjak mula melangkah keluar kisas. Inilah hidup. Segalanya bergerak dan berevolusi dengan rentaknya yang tersendiri.

Tapi mungkinkah untuk berada di takuk lama dan benar-benar hidup. Kerana jika mustahil, itulah aku yang selama ini mati dan hanya berpura ‘hidup’.

“Tanpa sedar, sebenarnya kita semua ni syadid dalam sesuatu perkara kan.”

Ye. Bagi aku itu namanya prinsip. Bukan macam lalang takda backbone boleh kena tolak kanan kiri. Asal kena cuci sikit dah letak percaya, di bagi janji sikit terus sami’na wa ata’na. Tak salah kau mempersoal perkara, bukan kau mencabar cuma minta percambahan perspektif yang brrbeza.

“Kak Nani amik marketing kan? Nak tanya MLM tu macam mana sebenarnya?”

“Kenapa? Eh dekat sini kan ada course Muamalat cuba tanya diorang sebab kita bukannya belajar dari perspektif yang islamik punya. Tak tahu sangat pasal hukum hakam atau yang melibatkan fiqah dia.”

“Tulah masalahnya, kitorang dekat sini cuma belajar yang basic muamalat dalam Islam macam mana itu je. Jarang ada sentuh-sentuh masalah yang current issue.”

Dekat sinilah aku mula percaya ilmu agama dan dunia itu sudah menjadi dua juzuk yang berbeza. Sebelum ni ada terbaca post di blog Ustaz Hasrizal yang mempersoalkan perkara yang sama. Tentang bagaimana matapelajaran silibus agama dan kebangsaan diasingkan melalui perbezaan sesi persekolahan pagi dan petang. Tak lama, Ustaz Nushi pon mengulang perkara yang sama masa datang MMU dulu. Tentang bermulanya sains daripada Islam dan Islam itu sendiri adalah sains. Tentang manusia pertama yang mencipta kapal adalah Nuh AS dan bukannya saudara Amerika atau British sana.

“Tu semua kena cari sendiri Zir, yang pasal MLM tu pon sebab kita pernah dengar ada dekat satu ceramah ni. Contoh business boleh dapat income melalui dua; sales dengan membership fees. Kalau dia jual beli profit dia dapat daripada sales jual barang tak apa tapi kalau just through membership fees and takde sales langsung haram.”

Selama aku ambil marketing cuma akan dua respons sahaja yang aku akan dapat:-
1. Kenapa amik marketing? Nak kayakan orang lain ke?
2. Kenapa dah sekolah agama tapi amik Marketing?

Nasib fikiran aku takdelah sedangkal tu, aku mula ambil Marketing sebab aku minat untuk buat bisnes. Sebab ada ke bisnes yang betul-betul bersih sekarang. Makin besar company, makin besarlah korupsi dia. Just sebab semua nampak part yang ‘kaya’ tu je.

“Kalau tak keluar memang semua benda-benda ni kitorang takkan dapat kot. Mana nak jumpa orang yang lain mazhab ke apa dekat sini. Kitorang dekat sini comfort zone sangat.”

“Dekat UK sana ramai je baru first year dah tidur satu rumah laki perempuan. Minum, clubbing,tiba-tiba free hair jangan cakaplah. Dekat sana kosong sangat, nak isi kosong tu lah yang sampai dorang buat semua tu. Sampai ada orang ajak pergi trip lepastu kata nak kongsi rumah sama ramai-ramai, memang taklah salah orang bro.”

Memang untuk yang kuat tu ujian dia lebih. Taklah anda seorang yang kuat iika tidak direzekikan menjadi hafizah. Tidaklah anda seorang yang kuat jika tidak mampu tahan bebasnya hidup di perantauan. Dan ketahuilah disebalik setiap yang kuat itu ada orang di belakangnya hehe :)

Semoga selamat.




Orang kuat KKB~







Wednesday 17 February 2016

Seketul Alkis


Rasa sangat seram bila tengok sekalian banyaknya manusia meluah kata gaya mengarah M16 ke kepala lawan menunggu picu menghambur peluru hidup untuk menembak mati si lawan kata. Fuhh ayat aku. Jadi nanti muncullah seketul manusia berkata, ‘Kita manusia bukan malaikat, tak sempurna semua buat salah’. Ah kau penat dah aku melalak panjang-panjang pasal cerita manusia-malaikat ni. Kau ‘stalk’ lah post sebelum-sebelum ni.

(Muqaddimah diatas tiada kaitan dengan post sekadar peringatan*peace*)

Satu minggu ni sangat kritikal aku rasa, sudah cukup bersyukur dipermudahkan semuanya. Gara-gara post sebelum ni, sebenarnya dalam hati ada sikit ketidak’tenangan’ disitu. Bak kata iman, kalau hati tak tenang tu sama ada apa yang kita buat adalah satu dosa atau perkara yang tak disukai tuhan. Lagipun bila berkata masa hati emosi begitulah buruk yang keluarnya.

Risau punya risau, tetiba diturunkan seketul ALKIS membenarkan kata-kata aku sebelum ni. Mana nak jumpa dekat MMU ada alkis. Bila jumpa seketul rasa macam ‘bro, lama tak jumpa.’ Selamba aku nak berbro-bro dengan ustaz. Dimudahkan, walau tak pernah jumpa tapi rasa sangat seronok jumpa orang yang asal sama tempat tarbiah dengan kita.

Walaupun tajuk yang diberi dekat ustaz mengenai ‘Mencontohi Rasulullah dalam Gerakan Jemaah Islam’, aku perasan ustaz tak berapa sentuh pon hal-hal berkaitan jemaah dsb. Dari awal ceramah ustaz cakap awal-awal, “kita ni suka sangat cakap pasal benda-benda yang tak perlu pon sampai nak dijadikan isu, kau kafir, dia bidaah, tu wahabi, ni syiah, hal tersebut adalah perkara furu’ yang sampai bila pon susah untuk ada kata sependapat.”

Jujur aku rasa sangat dekat dengan ustaz dari segi cara pandang dan buah fikir. Bila ustaz kata, "saya selalu dengar orang kata takpa result tak ok yang penting hubungan dengan Allah ok cukuplah. Belajar nak kena sungguh-sungguh, hubungan dengan Allah pon nak kena sungguh-sungguh lah." Waktu tu sangat berterima kasih, aku sangat mati kutu berjumpa orang-orang macam ni sampai banyak masa pernah terlintas, aku yang salah kot.

Lepastu ustaz kongsikan pengalaman dia, “Beberapa hari lepas saya ada buat training, sorang student datang jumpa saya dia cakap, ustaz saya tak setuju dengan ceramah ustaz. Bagi saya kejayaan saya adalah sebab saya sendiri yang usaha bukan ada kaitan dengan Allah yang tentukan qada’ dan qadar.” Pelajar tersebut yang berasal daripada latar belakang sekolah agama dan menyambung pelajaran di Australia sambung, “Ustaz, tapi jangan salah faham. Saya bukan liberal.” Ustaz, “Memang kau bukan liberal, kau sekular. Tapi saya cakap dalam hati je lah haha.”

Bila ustaz kongsikan pengalaman dia tu, aku terus rasa macam nak cakap, ustaz ada seketul kawan saya pon macam tu. Dulu duduk sekolah agama sama-sama belajar lepastu dah sambung belajar France tetiba keluar statement menggugah iman. Iman aku lah tapi astaghfirullah.

Ada seorang sahabat A kongsikan mengenai haramnya mengucap ucapan ‘Merry Christmas’ kepada non-muslim. Kemudian secara keras si budak France ni dia tanya, “Mana dapat sumber? Boleh dipercayai ke? Biarawati tersebut siapa? Dia tahuke sejarah atau makna yang sebenar ucapan Merry Christmas tu?”. Ohoi, mamat ni tak lek betul kesian budak A ni dalam hati aku, sure kerja dia tukang share je. So aku tunggulah beberapa ketika kot-kot ada budak syariah or usuluddin (mungkin) yang nak menjernihkan keadaan. Tapi sakit hati punya pasal aku just cakaplah sekadar yang tahu, “Fatwa kata haram hukumnya kalau dengan ucapan tu kita membenarkan jugak yang agama diorang betul. Tapi takpe kalau untuk sekadar congratulate diorang.” Dengan pantasnya dia menaip, “Fatwa ulama tu dibuat mengambil kira tak apa sejarah sebanar atau maksud Merry Christmas tu? Selagi takda dalam Al-quran dengan Sunnah, tak semestinya fatwa tu betul-betul tepat. Jangan sekadar buat sesuatu perkara tu denagan ikutan je tapi kaji dulu.”

Sayangnya mungkin dia tak sempat baca statement kedua yang aku cuba sampaikan tu. Dia cuma nampak sampai part yang haram je kot. Jadi aku tak faham kenapa aku kena marah bila aku cuba support dia partially dan sangat tak tahan dengan orang yang kerja nak attack tanpa nak dengar hujah orang lain dulu. Tak cool bro.

Tapi dia buat aku berfikir. Kalau fatwa ulama pon kita tak mampu untuk jadikan guideline, apa yang kita nak ikut? Memang apa yang ada dalam Al-quran dan Sunnah tu yang paling utama untuk kita ikut, tapi zaman berbeza. Macam mana kita nak tackle masalah yang takda masa zaman nabi atau tentang perkara yang tidak disebut didalam Q&S pada zaman ni? Sebab tu yang wujud kau wahabi, kau syiah, kau kafir lah. Sebab perbezaan yang tiada atau tidak disebut secara terang didalam Q&S.

Tapi kalau kita belajar tentang Q&S bukannya takda disebut langsung. Dah terang-terang kata siapa yang mengikut perayaan agama tersebut, dia termasuknya. Takkan nak minta, “Mana ayat Merry Christmas yang Q&S kata haram sebut? Aku nak sebijik dia mesti eja ‘Merry Christmas’ semua sama”. Memang cari pasal lah. Dan fatwa jugak diambil daripada Q&S dan ijmak.

Aku boleh faham situasi dia, cuba kau duduk dekat France yang kiri kanan orang meraikan perayaan Christmas. Mungkin kau dijemput hadir sama dan susah untuk kau tolak dengan memberi alasan haram. Dan kawan-kawan Malaysia kau sibuk share post-post pasal haram sebut Merry Chtistmas. Tidaklah Islam itu susah tapi memudahkan. Selagi mana menyebutnya tidak mensyirikkan Allah, menggugat iman dan aqidah sekadar tanda hormat dan adab, tidak menjadi masalah. Islam itu aman.

Menyentuh soal sejarah ini sangat menarik. Bagi aku, hanya satu kitab sejarah yang tiada keraguan padanya dan aku menolak yang lainnya; Q&S. Aku sangat minat sejarah, daripada kecil History Channel tu memang sehari tu mesti ada je yang bukak dekat rumah tu. Cerita-cerita sejarah yang kononnya ‘true story’ pon bagi aku sekadar fiction story cuma bezanya direkod dan didokumentasikan. Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah menyebut, sejarawan banyak memanipulasi data dan figure untuk menunjukkan keunggulan sesuatu tamadun atau bangsa. Sebab itu jika dilihat terdapat banyak ketidaksamaan fakta dari seorang sejarawan kepada sejarawan yang lain.

Sejarah yang disumbat kepada kita sekarang ni pon sekadar dongengan yang masuk dalam paper final exam, lepastu kau minta aku mengkaji sejarah semata tanpa Q&S. Aku tanya, sejarah yang direka siapa kau minta aku percaya dan kaji ni? Sejarah boleh diamati dan perlu untuk kita ketahui, tapi bila kau membuat hukum hanyalah kau gunakan satu kitab sejarah Q&S sahaja. Tolong.

Aku tak liberal. Aku realis.

Dan sayang, dia juga seketul alkis.