Alhamdulillah.
Lepas genap
2 minggu mematikan diri dari media sosial, masih bernyawa lagi. So geng, tak
mati eh kalau sehari tak berkepit dengan phone tuh. Jadi, hari raya ni nak
mohon maaf zahir batin dari hujung kaki ke hujung kepala. Ada terkasar bahasa,
terngumpat, terkata, terguris hati, tertinggi suara, terpandang slack, terstone
muka sama ada sengaja atau pun tak sengaja.
Bulan
Ramadhan lepas tak banyak benda nak ditulis (banyak sebenarnya). Sebab nak cuba
tipu diri sendiri yang selama ni tulis tu bukan setan iblis punya angkara. Dah
kurang dah jadi keyboard warrior dekat fb. Nasib baik takde twitter.
Tahan. Tu
aim dia kan bulan Ramadhan ni. Supaya kita tahan diri kita dari buat benda yang
dah biasa kita buat. Biasa sangat sampai tak sedar yang kadang-kadang apa yang
kita buat tu salah. Sama ada melanggar syariat atau cuma ikutkan nafsu.
Bila sampai
Ramadhan, baru kita sedar. Besar mana nafsu kita sebab dah tak ada dah setan
iblis yang tinggal nak jadi pak hasut. Buat kita sedar mana lagi hina, syaitan
ke manusia?
Menjadi
manusia, kita dimuliakan kerana akal dan dihinakan kerana nafsu. Sebab itu
datang Ramadhan yang mulia. Fungsi dia bukan setakat untuk suruh kita tahan,
tapi dalam masa yang sama supaya kita belajar untuk tunduk. Tundukkan nafsu.
Selalu kita
dengar, Ramadhan adalah satu madrasah tarbiyah. Yang dalam bulan tersebut
sekecil-kecil amalan diganjarkan berlipat-lipat ganda pahala. Tujuan dia mudah.
Supaya kita encourage and termotivated untuk buat lebih banyak amalan. Untuk
menimbulkan pengharapan dan penyandaran.
Tapi
realiTUI nya, tak pernah senang.
Siapa kata
senang dari 11 sebulan dah biasa makan lunch kafe A Level tiba-tiba datang
bulan puasa macam ayam kena patuk ular tak tahu nak pergi mana. Dari dulu dah
biasa gossip cik bedah tiba-tiba bulan puasa payah even nak nampak gigi tak
bercakap sebab tekak kering badan rasa macam jelly. Dulu biasa dah tidur lepas
subuh, tapi sekarang rasa macam kena laknat tidur lepas subuh sebab
terngiang-ngiang hadith nabi, “Celaka barangsiapa yang Ramadhan datang
kepadanya tapi tidak diampunkan dosanya.”
Kalau habis
terawih, beria azam dekat diri esok aku nak buat taubat, tahajud, tasbih. Bila
dah datang esok yang tinggal patah balik dekat terawih. Apa pon tak jalan.
Kadang-kadang nak buat sedap hati, kita cakap dekat diri sendiri, ‘Yang penting
niat tu dah ada. Takat niat je pon dah boleh dapat pahala kan.’ Lagi kerja nak
menipu tuhan.
Benda yang
paling susah nak ubah dekat dunia ni adalah diri sendiri. Susah nak letak
mindset yang ada malaikat kanan kiri. Tak jauh pon. Tapi, dekat pon tak terasa.
Menangislah sebab rasa takut. Menangis sebab rasa marah. Menangis sebab rasa
sedih. Dah habis nangis, benda sama jugak buat.
Sedar-sedar
dah takbir raya dah pun.
Memang kalau
tengok balik Ramadhan yang lepas rasa macam banyak benda lagi yang tak habis
nak buat. Tapi pada masa yang sama Syawal pon kita kena raikan sebagai satu
tanda kemenangan. Part mana yang dah menang tu pon tak tahulah. Tapi time Syawal
ni lah kita kena pasang azam untuk berubah, untuk start anew. Nama pon Aidil
Fitri. Hari raya fitrah.
So, point
dia. Sempena Syawal ni kan boleh tak kalau nak aku nak membutakan mata sekejap
dari masalah-masalah sosial/ekonomi/politik hari ni. Sebab aku sedar yang hati
aku selalu risau. Tak tenang. Kalau dulu, petir ke puting beliung datang macam
mana pun aku still boleh cool. Takpe,
Allah ada. Jangan takut, rileks rileks.Dia macam kau boleh rasa satu kuasa
super saiya yang akan protect kau tak kira apa benda nak jadi.
Sekarang, cakaplah
apa je yang tak buat aku ketaq. Lagi baru-baru ni dapat tahu yang MARA tak nak
hantar student fly UK sebab currency tinggi sangat. Nak main tuding-tuding jari
salahkan orang lain pon dah tak guna dah.
Apalah
salahnya kalau dari dulu buat hudud. Dah takde dah isu pecah-pecah amanah ni.
Duit hilang lah, rasuah lah, riba lah. Brunei tu pon jadi lagi miskin ke dah laksanakan
hudud. Tak kan. Cakap pasal hudud, tak cerita lagi isu PAS-DAP dekat Kelantan.
Sekarang ada GHB (Gerakan Harapan Baru) pulak. Kita nak berlawan parti ke nak
tegakan Islam ni. Macam mana Malaysia tak haru-biru macam ni. Semua nak dulukan
kepentingan politik. Duduk dalam hutan buat parti sendirilah.
Ni lah ni
sebabnya aku nak stop kejap dari tengok berita. Asik nak rasa marah je. Sedih
tengok bangsa sendiri macam ni. Orang-orang yang diberi tanggungjawab memfitnah
dan membodohkan satu sama lain. Apa peel lah ni. Baru haritu tengok berita ada
orang minta Ketua Polis Negara tahan Tun M. Lepastu, ada lagi yang suruh pihak
berkuasa siasat kekayaan anak Tun M, Mokhzani sebab dia ni kaya sangat sampai
ada 18 biji kereta mewah. Isu dekat Plaza Low Yat lagi, Wall Street Journal
lagi.
Garu kepala
jelah tengok berita sekarang ni. Tak ambil tahu nantikan kata ignorant. Bila
ambil tahu, kita comment sikit dia kata alah budak-budak apa tahu.
Menunggu
masa je bila semua isu ni nak senyap sendiri. Tak penat ke Malaysia? Malaysia
ni kalau nak kaya sekelip mata je boleh. Nak maju pon lagilah boleh. Tapi
dengan syarat, masyarakat dengan pemimpin semua kena bersatu. Apa yang held
back kita ialah semua nak ikut kepala sendiri. Semua nak peel macam Hang Jebat.
Tak melayu hilang di dunia kan katanya? Akhirnya
apa jadi, mati. Malulah kita mengaku berjiran dengan Singapore dan Brunei.
Bila sayang
tinggal-tinggalkan. Tolonglah JPA hantar kami ke UK nak tinggalkan Malaysia ni
sebab sayang sangat tahap maksima
dah.
*currently reading* |