Semalam hari
khamis ada usrah (ikram) dengan kak fura dekat taman belakang Cemara. Sebelum
balik kak fura pelan-pelan tarik aku ke tepi. Bisik,
‘Syafiqah, akak nak tanya kenapa kamu dah
join usrah dengan akak kamu join lagi usrah psc INTEC? Kenapa kamu tak pilih
salah satu je. Kamu tahu kan Ain dah tak follow lagi usrah kita sebab dia nak
ikut usrah INTEC je.’
Fuhh
berderau rasa tetiba kak fura tanya pasal tu. Agak lama dah sebenarnya aku
dengan ecah buat senyap pasal benda ni sebab dalam usrah sebelum ni pun kak
fura macam ada bagi hint dah pasal join banyak2 usrah ni. Tapi kitorang
senyapkan jela. Malas nak bangkitkan.
‘Oh er sebab
usrah psc kan lebih untuk adik-adik. Tapi saya join usrah ni sebab untuk saya
sendiri.’
‘Tapi korang
kan ada usrah dengan ustazah-ustazah dekat situ jugak?’
‘Haah, tapi
tu cuma briefing naqibah untuk modul adik-adik je. Takdelah usrah sangat pun.
Ustazah just guide kitorang so takdelah yang ajaran pelik-pelik ke apa ke.’
Haha tak
tahulah kak fura boleh terima ke tak explaination aku tu. Tapi andailah kak
fura tahu aku join 3 usrah dah setakat ni, haha gelak je mampu.
Mungkin akan
ada orang yang skeptical dengan aku. Apa motif join banyak-banyak usrah. Nak
tunjuk alim lah tu. Konon budak usrah.
Aduh
kelakar.
Kalau tanya aku
pun aku gelak je sebenarnya. Banyak sangat peristiwa yang jadi yang buat aku
terjebak dengan lain-lain usrah ni. Tapi aku follow the flow je dengan semua
usrah tu. Sebab aku tak rasa lagi yang benda ni semua menganggu aku. Belum rasa
semak lagi kot. Tapi serius seronok kot.
First masuk
intec, aku join usrah psc dengan kak nabila. Tapi akak tu keluar intec and
masuk uni local. So, time tu aku tukar akak naqibah, kak ainaz. Jadi ceritanya
akak ni tak bawak aku under usrah psc tapi usrah ikram. Disitu terjebaknya
dengan usrah ikram. Pergi ISK, ghuzwatul fikr, kiranya banyaklah daurah dia.
Haritu pergi pulak mukhayyam tarbawi.
Lepastu ada
pulak sorang sahabat ni yang memang aktif dengan PEPIAS, fatin nabilah. Sebab
entah macam mana boleh rapat dengan dia serius tak ingat dah, so dapatlah
dengar dia banyak cerita pasal PEPIAS dia tu.
At first,
memang rasa macam seronoknya pepias ni. Tapi takdelah sampai tahap nak join. Menjadi
penyebab terjebaknya jugak sebab tetiba fatin ni nak keluar pepias.
‘Tak
tahanlah kak nani. Kita rasa macam penatlah. Dahla kita sorang-sorang dekat
situ. Semua orang expect kita ni macam hebat sangat just sebab kita kisas. Tolonglah
faham. Kita biasa-biasa je kot. Lepastu kalau kita taknak buat semua nak
paksa-paksa. Fatin boleh. Fatin boleh. Kita kata tak boleh tak bolehlah.’
Haha macam
tu lah kot lebih kurang nyot nyet nyot nyet dia tu. So sebab tu lah aku join
pepias. Sebab taknak dia keluar. Ikhlas? Of course. Rasa macam dapat family
baru. Serius (lah kot) hehe.
Sanggup ke
tengok kawan suffer sorang-sorang? Mungkin aku tak boleh nak tarik sakit yang
dia rasa tu, so biarlah aku rasa sakit sama-sama. At least, takdelah nanti aku
kena dipertanggungjawabkan. At least, aku ada hujah aku.
Kau tak
kenal fatin, yang aku panggil Nabil.
Lawan badar,
hantak kerusi, gaduh dengan muslimin, memang segala yang rebel lah dia tu. And
bagi aku untuk someone macam tu tetiba dah keluar kisas masuk jemaah, pergi
program, turun usrah, hahah speechless. Aku nampak dia asset ummah. Long-term
investment.
Begitulah.
Apa yang aku
nampak usrah. Aku tak nampak brand dia. IKRAM, ISMA, PKPIM, ABIM, PEPIAS, SYNERGI,
PEMBINA , etc etc. Bagi aku semua sama je.
Kenapa entah
nak beza-bezakan. Kau jemaah Q tak boleh join jemaah X. Aku seronok kot dapat
kenal ramai orang. Dapat jumpa macam-macam fikrah. Tapi sedih lah. Apa yang aku
nampak ramai yang konon ‘sayang’ sangat dengan jemaah dia tu sampai tak boleh
nak terima jemaah lain. Sampai labeling labeling semua. Ni bedah jemaah Q. Ni
markonah jemaah X.
Kejadah.
Kadang-kadang
aku rasa aku ni sangat liberal dalam kalangan orang-orang yang jumud. Tapi dah
rasa macam ekstrimis pulak dalam kalangan orang-orang yang outgoing. Guana. Aku
pun tak tahulah kepala aku ni macam mana.
Tak elok ke
join banyak-banyak usrah? Mungkin aku yang salah. Tapi tulah. Aku cuma taknak
kelaut.