Thursday 15 May 2014

INTEC Open Indoor Hockey Tournament 2014

Buat kali pertamanya INTEC telah menganjurkan sebuah kejohanan hoki terbuka pada tahun ini. Kejohanan yang akan disertai anggaran seramai 30 buah kumpulan ini bakal menyaksikan kumpulan-kumpulan yang hebat beraksi mewakili IPTA, IPTS mahupun kumpulan terbuka.

Pada kali ini INTEC juga bakal merakam sejarahnya yang pertama sebagai sebuah IPTS kolej program persediaan ke luar negara untuk menganjurkan sebuah pertandingan kejohanan yang melibatkan penglibatan daripada IPT di seluruh negara.




INTEC Open Indoor Hockey Tournament telah mendapat kelulusan secara rasmi daripada pihak INTEC Education College pada bulan April yang lalu. Berikutan hal tersebut, pelbagai tindakan lanjut telah dilaksanakan. Jumlah penyertaan yg diterima juga amat memberansangkan dan memuaskan.

Berikut adalah butir pertandingan:-

Tempat: 89 Arena, Lot 10998, Jalan Sg Jati, 41000 Klang
Tarikh:  21 Jun 2014
Masa :  8 pagi - 5 petang
Yuran:  RM200/kumpulan

Peraturan asas pertandingan:-

1. 8 orang pemain dan seorang pengurus bagi setiap pasukan.
2. Pertandingan 6 sebelah.
3. Berusia 18-25 tahun.
4. Lelaki sahaja.
5. Masa permainan adalah 10 minit setiap set tiada pertukaran padang.
6. Keeper padding dan kayu hoki tidak disediakan.

Dapatkan peraturan dan borang penyertaan pertandingan di bawah:-

1. Borang Penyertaan Pertandingan
2. Peraturan Pertandingan


Setiap borang penyertaan yg siap diisi sila emelkan: ika6sept@gmail.com
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, Syafiqah (017-3993703)
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 6 Jun 2014.