Saturday 26 March 2016

Pencuri


‘Shaline, percaya tak sebenarnya kita yang curi duit kelas tu.’

‘Tak.’

‘Kalau andai kata memang kita curi and kita mengaku percaya tak?'

'Tak. Sebab Ika bukannya ada dekat kelas pon waktu rehat. Ika bertugas (pengawas).’

‘Tapi boleh je jadi kan. Korang pon ada ke bukti yang betul Fulanah tu yang curi duit tu? Kan dia dah kata dia tak curi kenapa korang taknak percaya?’

‘Ada orang nampak dia duduk dekat kelas waktu rehat lepastu dia pergi naik asrama. Lagipon kita yakin Ika takkan buat camtu lah.’

‘Kenapa?'

‘Sebab kalau dalam baik, orang akan boleh nampak melalui luaran dia.’

**

Aku akan ingat sampai mati mungkin peristiwa atas ni. Masa dekat tingkatan dua, ada sorang pelajar baru masuk kelas kitorang waktu pertengahan tahun. Aku ingat lagi betapa terkejutnya aku bila balik daripada bertugas lepas rehat ternampak sorang budak perempuan dengan tudung labuhnya, kulit putih-putih, rendah nak kurang sama dengan aku, beratur dekat barisan kelas aku. Beratur dekat belakang aku. First impression aku mestilah suka. Lepas ni ada geng dah sebab sama-sama pakai tudung labuh. Lagilah dia rupanya bekas budak sekolah agama. Tapi semua orang tak suka dia. Semua orang rasa dia pelik. Sampailah kejadian dekat atas tu jadi dan semua orang tuduh dia yang salah.

Waktu benda tu jadi, aku rasa kecik hati sikit dengan kawan-kawan yang lain. ‘Pakai je tudung labuh tapi mencuri.’ ‘Luar je baik, dalam macam apa entah.’ Walaupun tak dituju dekat aku tapi aku yang duduk tepi tu je pon rasa macam kena panah petir rasa. Kenapa salahkan tudung, tudung tak bersalah. Hadui. Lepas habis kelas, aku tanya Shaline segala yang aku rasa.

Bila ada orang yang aku tahu daripada background agama, susah untuk aku terima yang diorang pon boleh buat salah jugak. Bagi aku, 'kau fahamkan dah kenapa kau buat jugak?' Peliklah senang cakap pelik sangat-sangat. Agama tu fungsi dia supaya kau dapat bezakan yang mana betul yang mana salah. Bukan jadi alat untuk membenarkan benda yang salah.

Bila orang cakap ‘luaran’ tu penting. Aku tak faham macam mana orang menilai ‘luaran’ tu? Mula-mula aku fikir luaran tu mestilah daripada cara pemakaian. Kena pakai tudung labuh, baju labuh, pakai stoking tutup aurat. Tapi aku sedar aku salah. Ramai je orang yang menjaga pakaian dia, tapi ada sesetengah yang masyarakat boleh terima dan sesetengah yang lain di layan sangat asing. Kalau macam tu mungkin ‘luaran yang baik’ tu dari segi perangai atau akhlak lah kan. Jadi aku pon bercampurlah dengan akhawat-akhawat yang memang baik akhlaknya pemakaian pon terjaga. Tapi, macam tu pon tak semua selesa dan terima.

Betapa ramai coursemate atau kawan-kawan roommate aku yang tak boleh bercampur dengan budak-budak macam tu. Bagi diorang, diorang rasa dipandang serong sebab tudung diorang pendek sikit tak labuh macam tu dll. Tapi diorang cerita luar dalam semua dekat aku walaupun baru semalam jumpa. Aku ni tak ada rupa budak baik ke?

Bagi aku sebenarnya bukan ‘luaran’ yang orang tengok. Kita lebih selesa menggunakan istilah luaran sebab kita percaya kita boleh perdaya orang lain dengan menggunakan segi luaran kita. Kita percaya takkan ada sesiapa yang boleh tahu keadaan dalaman kita sebenarnya macam mana kecuali diri kita dan tuhan sahaja. Kalau macam tu sebenarnya kita salah. Bila orang lain memandang, mereka memandang dengan hati. Sebab tu selalu kita akan dengar, ‘Aku rasa dia tak suka aku. Aku rasa..’ Dari mana berbuah rasa kalau bukan dari hati. Jadi bila memikat hati, pentingkah ‘luaran’? Atau ‘dalaman’? Mungkin lebih, lebih lagi sekadar dari hanya dalaman dan luaran.

Kadang-kadang aku jadi rimas bila dengar ada orang cuba membangkitkan pasal isu ni. Kita berbalah mana yang lebih penting antara dalaman dan luaran. Cuba berjustifikasi dengan menggunakan analogi-analogi yang tidak masuk akal. Akhirnya, segalanya akan berbalik kepada diri sendiri. Kita bukan macam buah yang kalau kulitnya dah busuk akan busuk selama-lamanya. Kita manusia yang walau macam mana busuk tengik berkulat pon kulitnya tetap boleh jadi baik semula. Yang macam mana hitam pahit pon isinya boleh jadi manis gebu semula. Sebab kita manusia, kita bukan buah. Siapa kita untuk melihat manusia hanya dari kulitnya dan membuang segala nilai yang ada didalamnya?

Semester lepas, dalam kumpulan assignment aku ada sorang budak perempuan yang free hair. Waktu perbincangan kumpulan aku sedar yang mungkin dia ada rasa tak selesa atau malu dengan aku. Bila dalam surau fakulti selalu nampak dia duduk je perhati orang sembahyang. Boleh nampak yang sebenarnya dia risau dengan pandangan serong orang lain. Satu hari, waktu tengah jaga booth kelab ternampak diorang dari jauh. Cepat-cepat kejar dia dengan kawan dia tu nak bagi flyer. Buatlah ayat pancing sikit taknak bagi diorang takut sangat tengok perkataan ‘Usrah’ dalam flyer tu. Lepastu, minggu depannya punya group discussion dia datang pakai tudung. Punya berbunga-bunga kembang setaman dalam hati tu menyengih je sampai habis discussion. Memanglah macam perasannya kalau nak kata yang dia tergerak hati nak berhijab tu sebab aku kebetulan bagi flyer hari tu. Tapi aku percaya, kalau andai kata tak ada orang-orang yang macam ni nak blend in dalam circle of friends dia mungkin sampai bila-bila dia tak akan jumpa kekuatan tu.

Ada sorang kawan pernah cakap, ‘Kak Nani, kita rasa bersalah dengan Aminah (bukan nama sebenar).’

‘Kenapa?’

‘Sebab dia pernah tanya kenapa kita tak pernah tanya dia pasal tak pakai tudung ke pasal Islam ke. Kita tak tahu nak cakap apa. Speechless. Kalaulah kita ada approach dia dulu walau sikit, mungkin kita boleh ubah dia. Tulah tanggungjawab kita kan sebanarnya. Kita rasa macam berdosa sangat.’

Dulu waktu dekat KISAS, akak usrah selalu pesan, ‘Bila kita dah dekat luar nati dan bergaul dengan orang-orang yang kurang faham agama, selalu pandang diorang ni sepertinya ada tiga garis calit di dahi mereka. Calit pertama, ‘Bantulah aku.’ Calit kedua, ‘Bimbinglah aku.’ Dan calit terakhir,‘Kasihanilah aku.’ Macam mana kita rasa kita faham agama pon, tak memberi apa-apa maksud yang sebenarnya kita lebih baik dari orang lain. Yang memberi kefahaman tu Allah, dan yang mampu menariknya juga dia. Kalaulah pon kita berdepan dengan orang-orang macam tu, yang lebih diuji sebenarnya kita.


Jadi, kalau ‘luaran’ seseorang itu begitu penting, luaran yang bagaimanakah yang dikira baik? Kalaupun dihadapkan didepan kita orang-orang yang baik luarannya, adakah mungkin kita akan suka kesemuanya? Adakah kau akan lebih suka pencuri yang kelihatan baik luarannya atau seorang baik yang buruk luarannya?





(I found this meme and remember when a bunch of my usrah mate crashed into my room and quarreled with me and my roommate about our 'wrong' qiblat direction. I know I should side on you, but I know better when to not to. Have some manner please.)