‘Shaline, percaya tak sebenarnya kita yang curi duit kelas tu.’
‘Tak.’
‘Kalau andai kata memang kita curi and kita
mengaku percaya tak?'
'Tak. Sebab Ika bukannya ada dekat kelas pon waktu rehat. Ika bertugas (pengawas).’
'Tak. Sebab Ika bukannya ada dekat kelas pon waktu rehat. Ika bertugas (pengawas).’
‘Tapi boleh je jadi kan. Korang pon ada ke bukti yang betul Fulanah tu yang curi duit tu? Kan dia dah kata dia tak curi kenapa korang taknak percaya?’
‘Ada orang nampak dia duduk dekat kelas waktu rehat lepastu dia pergi naik asrama. Lagipon kita yakin Ika takkan buat camtu lah.’
‘Kenapa?'
‘Sebab kalau dalam baik, orang akan boleh nampak melalui luaran
dia.’
**
Aku akan ingat
sampai mati mungkin peristiwa atas ni. Masa dekat tingkatan dua, ada sorang
pelajar baru masuk kelas kitorang waktu pertengahan tahun. Aku ingat lagi
betapa terkejutnya aku bila balik daripada bertugas lepas rehat ternampak
sorang budak perempuan dengan tudung labuhnya, kulit putih-putih, rendah nak
kurang sama dengan aku, beratur dekat barisan kelas aku. Beratur dekat belakang
aku. First impression aku mestilah suka. Lepas ni ada geng dah sebab sama-sama
pakai tudung labuh. Lagilah dia rupanya bekas budak sekolah agama. Tapi semua
orang tak suka dia. Semua orang rasa dia pelik. Sampailah kejadian dekat atas
tu jadi dan semua orang tuduh dia yang salah.
Waktu benda
tu jadi, aku rasa kecik hati sikit dengan kawan-kawan yang lain. ‘Pakai je
tudung labuh tapi mencuri.’ ‘Luar je baik, dalam macam apa entah.’ Walaupun tak dituju dekat aku tapi aku yang duduk
tepi tu je pon rasa macam kena panah petir rasa. Kenapa salahkan tudung, tudung tak bersalah. Hadui. Lepas habis kelas, aku tanya Shaline
segala yang aku rasa.
Bila ada orang yang aku tahu daripada background agama, susah untuk aku terima yang diorang pon boleh buat salah jugak. Bagi aku, 'kau fahamkan dah kenapa kau buat jugak?' Peliklah senang cakap pelik sangat-sangat. Agama tu fungsi dia supaya kau dapat bezakan yang mana betul yang mana salah. Bukan jadi alat untuk membenarkan benda yang salah.
Bila ada orang yang aku tahu daripada background agama, susah untuk aku terima yang diorang pon boleh buat salah jugak. Bagi aku, 'kau fahamkan dah kenapa kau buat jugak?' Peliklah senang cakap pelik sangat-sangat. Agama tu fungsi dia supaya kau dapat bezakan yang mana betul yang mana salah. Bukan jadi alat untuk membenarkan benda yang salah.
Bila orang
cakap ‘luaran’ tu penting. Aku tak faham macam mana orang menilai ‘luaran’ tu?
Mula-mula aku fikir luaran tu mestilah daripada cara pemakaian. Kena pakai
tudung labuh, baju labuh, pakai stoking tutup aurat. Tapi aku sedar aku salah. Ramai
je orang yang menjaga pakaian dia, tapi ada sesetengah yang masyarakat boleh
terima dan sesetengah yang lain di layan sangat asing. Kalau macam tu mungkin ‘luaran
yang baik’ tu dari segi perangai atau akhlak lah kan. Jadi aku pon bercampurlah
dengan akhawat-akhawat yang memang baik akhlaknya pemakaian pon terjaga. Tapi, macam
tu pon tak semua selesa dan terima.
Betapa ramai
coursemate atau kawan-kawan roommate aku yang tak boleh bercampur dengan
budak-budak macam tu. Bagi diorang, diorang rasa dipandang serong sebab tudung
diorang pendek sikit tak labuh macam tu dll. Tapi diorang cerita luar dalam
semua dekat aku walaupun baru semalam jumpa. Aku ni tak ada rupa budak baik ke?
Bagi aku
sebenarnya bukan ‘luaran’ yang orang tengok. Kita lebih selesa menggunakan
istilah luaran sebab kita percaya kita boleh perdaya orang lain dengan
menggunakan segi luaran kita. Kita percaya takkan ada sesiapa yang boleh tahu
keadaan dalaman kita sebenarnya macam mana kecuali diri kita dan tuhan sahaja.
Kalau macam tu sebenarnya kita salah. Bila orang lain memandang, mereka
memandang dengan hati. Sebab tu selalu kita akan dengar, ‘Aku rasa dia tak suka
aku. Aku rasa..’ Dari mana berbuah rasa kalau bukan dari hati. Jadi bila
memikat hati, pentingkah ‘luaran’? Atau ‘dalaman’? Mungkin lebih, lebih lagi
sekadar dari hanya dalaman dan luaran.
Kadang-kadang
aku jadi rimas bila dengar ada orang cuba membangkitkan pasal isu ni. Kita
berbalah mana yang lebih penting antara dalaman dan luaran. Cuba berjustifikasi
dengan menggunakan analogi-analogi yang tidak masuk akal. Akhirnya, segalanya akan
berbalik kepada diri sendiri. Kita bukan macam buah yang kalau kulitnya dah
busuk akan busuk selama-lamanya. Kita manusia yang walau macam mana busuk
tengik berkulat pon kulitnya tetap boleh jadi baik semula. Yang macam mana
hitam pahit pon isinya boleh jadi manis gebu semula. Sebab kita manusia, kita bukan
buah. Siapa kita untuk melihat manusia hanya dari kulitnya dan membuang segala
nilai yang ada didalamnya?
Semester
lepas, dalam kumpulan assignment aku ada sorang budak perempuan yang free hair.
Waktu perbincangan kumpulan aku sedar yang mungkin dia ada rasa tak selesa atau
malu dengan aku. Bila dalam surau fakulti selalu nampak dia duduk je perhati
orang sembahyang. Boleh nampak yang sebenarnya dia risau dengan pandangan
serong orang lain. Satu hari, waktu tengah jaga booth kelab ternampak diorang
dari jauh. Cepat-cepat kejar dia dengan kawan dia tu nak bagi flyer. Buatlah
ayat pancing sikit taknak bagi diorang takut sangat tengok perkataan ‘Usrah’
dalam flyer tu. Lepastu, minggu depannya punya group discussion dia datang pakai
tudung. Punya berbunga-bunga kembang setaman dalam hati tu menyengih je sampai
habis discussion. Memanglah macam perasannya kalau nak kata yang dia tergerak
hati nak berhijab tu sebab aku kebetulan bagi flyer hari tu. Tapi aku percaya,
kalau andai kata tak ada orang-orang yang macam ni nak blend in dalam circle of
friends dia mungkin sampai bila-bila dia tak akan jumpa kekuatan tu.
Ada sorang
kawan pernah cakap, ‘Kak Nani, kita rasa bersalah dengan Aminah (bukan nama
sebenar).’
‘Kenapa?’
‘Sebab dia
pernah tanya kenapa kita tak pernah tanya dia pasal tak pakai tudung ke pasal
Islam ke. Kita tak tahu nak cakap apa. Speechless. Kalaulah kita ada approach
dia dulu walau sikit, mungkin kita boleh ubah dia. Tulah tanggungjawab kita kan
sebanarnya. Kita rasa macam berdosa sangat.’
Dulu waktu
dekat KISAS, akak usrah selalu pesan, ‘Bila kita dah dekat luar nati dan bergaul
dengan orang-orang yang kurang faham agama, selalu pandang diorang ni
sepertinya ada tiga garis calit di dahi mereka. Calit pertama, ‘Bantulah aku.’
Calit kedua, ‘Bimbinglah aku.’ Dan calit terakhir,‘Kasihanilah aku.’ Macam mana
kita rasa kita faham agama pon, tak memberi apa-apa maksud yang sebenarnya kita
lebih baik dari orang lain. Yang memberi kefahaman tu Allah, dan yang mampu
menariknya juga dia. Kalaulah pon kita berdepan dengan orang-orang macam tu,
yang lebih diuji sebenarnya kita.
Jadi, kalau ‘luaran’
seseorang itu begitu penting, luaran yang bagaimanakah yang dikira baik? Kalaupun
dihadapkan didepan kita orang-orang yang baik luarannya, adakah mungkin kita
akan suka kesemuanya? Adakah kau akan lebih suka pencuri yang kelihatan baik luarannya
atau seorang baik yang buruk luarannya?
(I found this meme and remember when a bunch of my usrah mate crashed into my room and quarreled with me and my roommate about our 'wrong' qiblat direction. I know I should side on you, but I know better when to not to. Have some manner please.)