‘Ika!
Lecturer dah masuk. Bangun!’
Buka mata.
Aku catat
segala nota yang perlu. Fahamkan segala point yang diberi. Angguk mengiya
sekali dua bila lecturer pandang kearah aku. Jawab pendek bila kawan sebelah
mintak pinjam pemadam pembaris..
‘Okay, kita
take five ye.’
Fuhh. Landing
kepala atas meja. Pejam mata.
**Cuaknya
dah nak final. Macam mana ni? Asal dah study asik tak masuk. Sempat ke nak
cover semua benda. Serius ah bila nak study ni? Takde orang ke nak study dengan
aku. Asal lah diorang ni suka study sendiri2. Kenapa kena study pon. Aku dah la
bukan kaki study. Guane? Ahh serabut lah!**
‘Okay kita
sambung sampai mana tadi?’
Buka mata.
2 jam. 4
jam.
Aku agak
kurang pandai bersyukur bila benda berkaitan dengan nikmat akal ni. Bagi sesetengah
orang, susah sangat nak masuk bila belajar something. Tapi, aku tak aku cepat
tangkap. Cumanya, terbangnya pon cepat jugak. Aku pelupa. Selagi aku tak rasa
benda tu teramat-amat penting selagi tu
lah dia tak nak melekat sampai ke sudah.
Ya allah,
formula math trigonometry yang paling basic se basic nya tu pon aku asik lupa.
Sampaikan stress setiap kali exam nak kena hafal benda yang sama. And kalau
betul-betul kena hafal pon, aku suka hafal ikut pakai redah ayat sendiri je.
Tak dan den nak menghafal ayat buku teks. Kapasiti memori aku sangat terhad.
Otak aku tak
boleh main dengan fakta. Dia kena benda yang more to application atau buat ikut
logic. Macam mana entah macam mana entah aku tercampak dekat sini. Sebelum
masuk INTEC, aku ingat nak study local je buat diploma. Tak kisahlah 2 tahun
pun 2 tahun lah aku nak belajar dengan tenang taknak buat kusut kepala. Lagi
best, buat kulinari ke kemahiran ke. Hmmm Hmmm.
Tapi rezeki
Allah melimpah ruah dekat aku. Alhamdulillah. Dapat INTEC. Scholarship JPA.
Study degree dekat UK. Course social science.
Lepastu aku
redah jela. It’s KISAS all over again. 2 tahun je lepas tu kau chow dah. Tahan
jela selama tu. Hadamlah apa yang perlu. Penat tak penat kelip mata je habis
dah.
Ceritanya,
aku dekat KISAS pon tak pernah grade lebih dari 8A. Ya allah tak bersyukur.
Bukan bukan. Nak cerita yang dalam bab study aku bukan orang yang paling top.
Dalam UPSR, aku dpt 3A je trial. Dalam trial PMR, 8A (sains B). Dalam trial SPM
6A je yang. Tapi Alhamdulillah Allah bagi straight dlm exam final. Except biology
B. Hewhew.
Maaf ye.
Kalau awak selalu nampak saya tak study, tu memang diri saya lah tu. Yang study
tu yang extra ordinary sikit. Mungkin insaf sikit result teruk kot.
Belajar tu
best sebenarnya.
KALAU kita
belajar apa yang kita minat.
Dah bertahun
aku belajar pakai redah. Aku nak amik teknikal tak dapat. Nak amik architecture
tak dapat. Jadi aku pasrahkan hati social sciences pon social sciences lah.
Yang penting kau belajar jadi orang.
Aku kagum
tengok orang yang semangat belajar. Kenapa aku tak macam tu?
Kadang-kadang
aku kena paksa diri baru boleh nak belajar. Duduk depan meja study pon dua tiga
jam baru terbelek satu muka surat. Susah sangat sampaikan kalau dekat Cemara
aku kena study dekat waqaf bawah pokok tepi laman baru boleh study. Kadang rasa
macam nak tampo je diri sendiri.
Tuhan tu dah
maha pemurah sangat. Kau kalau taknak banyak lagi orang yang nak. Jentik sikit
setan kiri kanan tu. Bukan jentik, tendang terajang smack down lebih sikit
kalau boleh.
Belajar
bukan sebab ikut senang kau je. Tak namanya jihad lah kalau senang kau boleh
main ting tong ting tong je. Biar susah sikit. So that kau tahu kat sana nanti
urusan kau akan dipermudahkan, insha Allah.
Kau boleh der.
Dia bagi yang susah dekat kau sebab dia tahu kalau bagi ke orang lain, mungkin
tak tertanggung. Kau je yang sanggup tahan aku tak bagi 15 pointer setiap sem.
Siap senyum wat lek wat peace result teruk pon ada hati kata taknak study en.
Kau je yang macam tu..
Hahah. Ahaii
lahh
Kau je yang
bila nampak orang lain markah lagi tinggi, cakap ‘Alhamdulillah. Ok what markah
macam ni. Hmm Hmm. Mesti ada yang lagi teruk dari aku. Bersyukur ika.’ Bila
sebenarnya kau lah yang paling teruk dalam kelas.
Tapi, agak
jarang kau lebih risaukan kisah dunia kau walau macam mana teruk pun aku bagi melainkan
yang kau risau ialah kisah akhirat kau. Dan iman kau yang kejap turun kejap
naik ikut suka mood dia je. Hmmm. Kau campaklah aku di tempat paling bawah di
dunia ni pun tuhan, aku masih boleh mendongak ke langit dan menyimpan harap.
Tapi, kalau aku di tempat paling bawah di nerakamu tuhan..
Aku ingin
seimbang dunia dan akhirat. Bukan siangku dunia, malamku akhirat. Kerana amalku
di dunia adalah sahamku di akhirat. Dunia tempat kita berurus niaga. Dan tuhan
sebagai pemegang saham. Semakin banyak keuntungan yang kau peroleh, semakin
banyak dividen mampu kau salurkan.
Pejam mata.
**Belajar
lillhi ta’ala. Kau tak lepas tak apa, yang penting usaha dulu. Lawan nafsu lah
please. Jangan asik nak korea lah, tidur lah, termenung lah, takde mood benda
benda. Ceita dulu biar dah jangan asik nak ingat. Orang lain boleh kau pon boleh.
Kental sikit. Allah ada :)**