Sunday 20 April 2014

Diskusi Hati

Usai persembahan gamelan untuk Majlis Penyerahan Sijil Intec senior, kami rehat dekat pondok berhampiran. Tiga jiwa.. Tiga hati.. Satu permasalahannya.. 'Masalah hati'

Huhh cliche sungguh kan orang perempuan ni.

Terlalu lemah diuji rasa.

Terlalu rapuh dihadap cinta.

*cinta ke =='

Jadi perbincangan kami bermula. Dah macam nak berforum debat bahas segala nya ada.

Semua nya bila orang perempuan mula berbicara..

'Tengah buat apa?'

A, 'Tengah cerita masalah hati ni haa'

'Isshh dah kenapa asal muka korang pastu plus kita semua nya nak fefeling masalah hati. Malulahh. Classmates kita semua dah aim kalau muka kita je mesti nak kait pasal kahwin awal kahwin muda kahwin dua haha.'

A, 'Dahtu macam mana kak nani. Risaulah. Kawan A ada yang dah nak kahwin dah. A ni haa. Ape pon takde lagi..'

'Alaa kita pon sama. Bayang pon tak nampak sapa. Tahu kan kak najiha aqilah tuh nak kahwin dah. Dgn kisas jugak pulak tuh. Seronok kan.'

* * *

I, 'Kenapa kak nani tunggu dia? Kenapa still lagi suka?'

'Entahlah I. Sebab dia pon bukan ada sesapa lg *kot. Kalau kita dengar dia dah tunang ke kahwin ke kita lupa lah nati. Kita pon takde sesapa. Prinsip kita satu je senang sangat.. Nak lelaki yg setia, kita setia. Nak lelaki yg tunggu kita and tak kacau memana perempuan, kita tunggu and jangan nak mesra mesra dengan memana lelaki. Nak lelaki yg baik, kita kena baik... yg lain tu jgn risau, Allah aturkan yg terbaik.'


Terlalu risau boleh buat langkah kita goyang

Terlalu resah boleh buat hati kita kecundang


Kita wanita kena mahal A & I. Ni maruah kita kan. Kita yg dengar je cerita korg ni rasa macam nak pelesing je mamat mamat tuh. Kalau betul sayang ada cara. Murah sangat ke wanita ni. Mudah sangat ke dipermainkan. Alahai sedihnyaa.

Bukan salah mana mana lelaki kalau kita sendiri beraksi murah. Jaga tutur kita. Jaga cara kita mesej. Jaga jelingan kita. Jaga senyuman kita. Jaga segalanya jaga. Memang susah kan jadi perempuan. Tapi Islam bukan datang utk menyusahkan kaum hawa. Islam itu datang utk memelihara martabat kaum hawa. Kenapa kita tak nak jaga maruah kita sendiri???

'Dia tinggalkan kita lepas masuk k**** sebab dia kata takde org nak mesej. Sampai sekarang kita takleh lupa. Kita suka dia sejak form 1. Sekarang ni dia dah ada makwe'

Apa susah lupa kan jelahhhhhhh. Dia tak suka kamu. Dia suka mesej dgn kamu. Tu je. Kamu jadi tempat dia hilangkan rasa bosan. Sebab apa tak boleh lupa tuh? Hensem sangat.. Ya Allah. Lemah sungguh hati perempuan ni kan. Betul ini bukan cinta. Ini ego yang mengata dia milik aku dan aku perempuan yg paling cantik paling layak utk dia.

'Macam mana ni kak nani? Lelaki tu suka kita tapi dia byk kawan perempuan yg lain. Kita tak nak kongkong dia itu tak boleh ini tak boleh. Sebab kita pon ada je kawan laki.'

Macam mana macam itulah. Kalau sayang setia. Kalau dia masih boleh membahagi bahagikan perhatiannya dekat perempuan lain.. apa jaminan dia hanya suka pada kamu. Kenapa susah nak tinggalkan dia? Sebab dah tak ada dah laki lain yg cakap dia suka kamu??


Bila hati itu tertaut selain dari Allah.

Bila hati itu mengharap selain dari Allah.

Apakah tenang kan kau kecap?


Kadang kita tak perasan. Siapa yg kita suka itu menggambarkan siapa diri kita. Secara tak sedarnya, kita akan suka dekat orang yg perangai lebih kurang kita. Jadi kalau perangai dia macam itu, kita nak salahkan siapa? Sudah sudah salahkan orang. Salahkan diri sendiri.


Apa yg aku dapat?

Apa yg aku mahu?

Apa yg aku perlu?

Selalu persoalkan niat kita. Selalu perbaiki niat kita. 


Jujur cakap. Kita sendiri pon kadang kadang risau. Memang biasa tetiba perasaan tu datang. Tapi hiraukan. Jangan amik pusing sampai tak boleh nak tidur sampai nangis nangis bagai. Sesiapa pon dia jodoh kita nati tak perlu nak fikir sekarang. Bukan itu tujuannya dirahsiakan soal jodoh.

Kalau soal bila ajal dan hari akhirat dirahsiakan supaya kita akan sentiasa bersedia bila bila masa dengan amalan kita dan bertambah taqwa.

Kalau soal jodoh dirahsiakan, mungkin supaya kita bersabar dan menjadi yakin dengan ketentuan qada' dan qadar Allah.

Yakin.

Yakin.

Yakin.



*gambar xde kaitan dengan cerita.
Ni lah alkisan yg perform time majlis~





Thursday 17 April 2014

Letusan Emosi

Sedih sangat kenapa ni
Betul sedih
Aaaaahhhhhhh...
Masalah aku masalah diorang lagi
Ya Allah permudahkan segalanya
Kuatkan aku ya Allah.
Rasa macam nak jatuh je sekarang ni.

Bila dengar wani mengadu pasal masalah dia. Aku tak tahu nak buat apa. Rasa helpless. Sedih sbb xde dekat sisi dia skrg ni. Bila dia perlukan aku. Bila dia ada masalah. Wani kita rindu wani. Dulu wani selalu happy. Kita x pernah nampak wani sedih. Setiap kali ada story kita selesa cerita dekat wani. Sebab wani, time spm dulu kita boleh kuatkan semangat nak go through those weeks. Wani tak tinggalkan kita. Kita tahu kita bosan. Tapi wani tak kesah. Sekarang ni kita rasa sakit sangat sbb talehh nak tolong wani macam tuh. Untuk wani...

Dengarlah bintang hatiku,
Aku akan menjagamu,
Dan teringat janjiku padamu,
Satu hari pasti akan ku tepati

Pastu nabil pulak cerita masalah dia. Ya Allah, nak nangis jugak. Kenapa kita sayang sangat dengan korang ni? Nabil kita minta maaf sangat. Kita tak suka tengok nabil buat benda yg nabil tak suka. Kalau kita boleh tukar dengan nabil kita sanggup. Rasa macam terseksa sangat tengok nabil macam ni. Kita sedih. Kita tahu awal2 lagi nabil cakap nabil nak keluar pepias. Tapi kita tak sanggup nak biar nabil lepaskan benda tu. Sebab kita tahu nabil pon sayang pepias tuh. Kita tak nak nabil menyesal. Tolonglah. Tolong sangat ya allah. Beri aku kekuatan. Bukan untuk aku. Tapi utk mereka yg perlukan aku.

Korang kita lemah. Percayalah kita lemah sangat. Mungkin korang nampak kita ni kental. Tapi sebenarnya tak. Kita selalu menangis. Bila ada masalah. Bila kita tengah sedih. Bila kita tengah kacau. Kita pon manusia biasa. Banyak kurang.

Kita mintak sangat korang kuat. Tolonglah kuat. Sebab kita takut berat sangat kita tak mampu nak support semua. Tolonglah kuat so that kita pon boleh kuat untuk korang. Kita merayu hmm.

Masalah kita.. banyak. Tapi kita takut nak mengadu. Kita takut nati kita mengeluh bila sepatutnya kita bersyukur dengan ujian tuh. Kita takut. Biarlah dekat Allah je kita mengadu. Dia ada kann. Dia dekat kann. Dia tak pernah lupa kat kita kann.. Biarlah dia je jadi tempat yang paling layak. 

Kalaulah kita boleh describe apa yang kita rasa sekarang ni kita tak tahu macam mana rupa dia. Tapi kita sayang sangat dekat korang. Betul sayang.. Korang yg buat kita jadi macam ni. Apa kita sekarang ni ada sahamnya dekat korang semua. Terima kasih sangat. Semoga sampai syurga.