Tuesday, 16 July 2013

Ziarah Ramadhan

Alhamdulillah.

Jumaat lepas Syakirah dengan Fatin Nabilah datang ziarah dekat INTEC ni. Rasa terharu sangat. Walaupun sekejap tapi macam macam jadi. Masing masing dengan jalan yang berbeza. Tapi pelik. Kenapa rasa dekat sangat dengan diorang walaupun baru sehari jumpa tapi, dengan kawan kawan dekat sini rasa tawar hati.

Memang cuba sangat nak berlapang dada tapi kadang kadang . . . 

Mungkin sebab tu kot Allah gerakkan hati korang nak datang sini. Macam tahu tahu je kita tengah sunyi. Rindu manisnya ukhuwwah kita dulu. Ingatkan kita sorang je yang rasa kosong, tapi tak sangka. Ramai lagi sahabat dekat luar sana yang turut rasa tempiasnya. Kuatnya tautan hati kita :) 

Macam macam cerita dapat dengar. Biasalah bila lama tak jumpa.

Tapi rasa bersalah sangat sebab serabut hari tuh. Memang tak prepare apa apa pun. Harap korang selesa tidur dekat rumah kita tuh. Sorry lah. Tak seberapa sangat. Hehe

Dan yang tak boleh lupa insiden kak ummul malam tuh. First time lepas dua tahun dah tak jumpa, tetibe kak ummul menangis teruk macam tuh. Huh. Bukan aku sorang je rupanya yang kene uji. Ramai lagi orang kat luar sana yang lebih teruk kene uji daripada aku.

                         Tabahlah hai hati.

Cakap pasal hati ni, ada pulak benda yang jadi. Siapa sangka kan. Macam macam jadi Ramadhan ni. Nasib baik jadi bulan Ramadhan. Tebal sikit iman nih.

Mungkin ni signal Allah bagi kot. Sampai bila lagi nak simpan. Ahh, risaunya. Kalaulah tak pernah jumpa pon dia. Takdelah sakit macam nih.

And kiera. Next time please do ask me first before you decide. I really am not prepare for this. But, things happen. So don't blame yourself ok. 

Lagipun semua benda dah tersurat. Kalau Allah kata jadi, jadilah dia. Kita manusia boleh buat apa je. Benda tu nak jadi semalam, semalam lah dia. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti yeh.

Tenanglah hai hati.




Ramadhan,
Hilangkan resahku
Tenangkan jiwaku
Suburkan imanku.