Wednesday, 9 January 2013

Kem Lepasan Spm









Serious cakap, aku nak JOIN! Entahlah, tapi lately aku suke sangat cari pogram2 camni. Sebab ape eh? Sebab jelous kut dengan bebudak yg dapat plkn. Yelah, dorg kat sane tuh mesti kene suap macam macam. So, aku pun tanak lah ketinggalan kan. Buatnye nati menggagau mase intebiu. Dahla darah gemuruh. Jadi, kene banyakkan social skill ni sikit. Kalau ade yg rase tanak pergi sebab xde kawan, baiklah buang pemikiran camtuh jauh2. Sampai bilelah asek nak mengharapkan kawan tuh. We're 18 now, dude. hehe.


*Kalau sesape ade nak join. Silalah search sendiri entry form die dekat www.xpresi.my . Kate dah besar kan, berdikari lah sikit.

Tuesday, 8 January 2013

2013-ku Bersama Ulama'





Wah, saye sudah 18. Sudah besar! Mesti sekarang ni tgh BOOM! BAM! BOOM!. Amende tuh?? Bunge api lah... Eh, jangan ingat dekat BQ ni xde bunge api tau. Kitorang kat sini bunge api lagi hebat. Bukti? 1hb Jan 2013, Pondok BQ telah didatangi oleh Ketua Ulama' Syria, Prof. Dr. Sheikh Ali As-Sobouni. Walaupun sudah berusia 83 tahun, tapi bile cakap macam bunge api. Semangat betul.

Tapi tulah. Untunglah sape yang dapat duduk dekat depan kan. Kitorang insan yang telah dipilih Allah ni, sangat beruntung dapat duduk dekat dapur. Tak nampak sheikh, tak dpt dengar ceramah, tak dapat pon nak solat same2 dgn sheikh. Tapi, Allah tu maha adil. Walaupun kitorang xdpt merase sume tuh. Allah beri kesempatan kat diri ni tuk tolong masakkan makanan sheikh. Makanan yang akan jadi darah daging sheikh.. Hehe, sempat aku jampi makanan tu tau. Ya Allah, dengan makanan yg bakal menjadi darah daging nya ini, kau berilah kekuatan ke atas dirinya dan diriku dalam menegakkan syiarmu. Limpahilah keberkatan keatasnya dan keatasku...

Malam tu, bile majlis habis. Aku rase terkilan sgt. Kenape ye?? Entahlah. Sedih kot. Sebab aku teringin sgt nak jumpe dgn org2 yang macam ni. Orang yang seumur hidupnya mengabdikan diri menegakkan agama Allah, syiar Allah, kalam Allah. Umur dah 83 tahun tapi still tak pernah lelah, tak pernah berhenti. Allah! Jauhnya aku dengan die. Sampai sekarang, hati ni still tak boleh terime kenyataan. Tapi, aku yakin. Allah akan menemukan aku dgn orang sepertinya.

Bile nak solat Isyak ni, syahduuuuunye. Memang layan perasaan betul lah time tuh. Pastu tetibe ade orang jerit ' Kalimah Allah! Kalimah Allah '. Wehh! Aku dahla tgh solat. Tak khusyuk langsung time tuh. Nasib baik tak mufarakah. Tapi, lepas lagi. Tak dapat lah aku tengok kalimah Allah dekat langit Baitul Qurro ni. Hurmm, nak buat cam mane kan, ade hikmah.

Minggu kedua ktorang belajar kitab dakwah dengan Ustaz Zulkifli b. Ismail ( mudir BQ ). Seronok! Sekarang ni aku lebih jelas dah tentang hal-hal dakwah ni. Tapi satu lah tak boleh lupe pasal ustaz ' Don't you belittle me '.

Rindu sangat dekat BQ. Ingat lagi petang2 je mesti buat cucur manis. Kalau takde kelas mesti tidur je memanjang ( bosan tul ). Dengan k.bella yang asek gaduh dgn k. syidot nye. K.adilah yang asek pergi bakar sampah. Husna yang berkepit je dgn handsetnye ( dahla ringtone tuk mesej die panjang giler ). Atiqah dengan buku ' Perang2 yang benar' die tuh. Bile bosan, mesti ade je yang pasang lagu 'edcoustic-cinta berkawan' kalau takpun 'smj-redha'. Haha, tak boleh blah kan. Smj pon layan.

Bile dah habis daurah, tak kluar pon lagi BQ ni. Aku dah diuji. Trut tut trut tut. Ade orang mesej. Pastu dapat tahu tu rupanye budak laki sekolah lame aku. Takde bende pon sebenanye, tapi aku lebih prefer tak reply mesej tuh. Biarlah kan, tahun baru-azam baru. Er, baru ingat. Aku tak buat lagikan azam baru tuk tahun ni. OMW. Amende tuh?? On my way. Heheh.

Pengakhiran ini suatu permulaan,

Untuk aku melakar sebuah kehidupan,

Melangkah dengan sebuah taklifan,

Menjadi daie mutiara waqafan (:


*lame dah rasenye tak buat short poem. hee.

Baitul Qurro wal Fuqaha'


Sebuah kembara kini bermula,

Dalam mengutip mutiara cinta,

Ku tetapkan hati tidak tergoda,

Patah diduga nikmat dunia.

Actually, before decide nak pergi BQ ni memang fikir byk kali jugak. Betulke ni? Aku serius ke? Ape yang aku nak sebenarnya? Mula2 rase nak pergi, pastu rase tanak pergi. Memang berperang betul lah dengan diri sendiri nih. Dah lah dengan takde kawan nye sume. Boleh ke aku survive? But then. Aku tak tahu nape. Aku cume fikir yang 'Aku nak pergi. And that's it. I'm not going to change my mind. And nothing can ever change my mind'. Maybe sebab tu kot aku tanak bagitahu sesape. Sebab aku takut kalau aku bagitahu, that person will say something that might make me change my mind. So, I decide to make it secret. Tak takut ke pergi sorang?? HUH ! Gila kau tak takut. Tak boleh tidur kot bile fikir pasal tuh. Tapi kalau asek nak fikir pasal bende2 macam tu susah lah nak hidupkan. Ape yang aku nak?? Ilmu yang ade dekat situ. Rugi tahu lepaskan peluang cam ni. Dahla dengan ulama' pulak tuh. Mati hidup balik pon tak sure lagi aku boleh dapat peluang macam ni.

Tapi tulah. Tak sume orang didetikkan hatinye untuk terime bende2 macam ni. Tak sume orang dapat rase ape yang aku rase. Bukan nak cakap apelah. Tapi sumpah SEDIH sgt bile dapat tahu takde sambutan pon utk sape yg nak pergi BQ nih. Nak bagi alasan jauh. C'mon lah, org melaka sendiri pon tanak pergi.

Okay, buang jauh2 perasaan marah tu. Shhuhh shhuuhh pergi sane.

Jadi nak dijadikan cerite. Yang selamat sampai ke BQ ni alhamdulillah 8 orang muslimat awalnye. Lepastu adelah plus minus dekat situ. 8 muslimat ( k.nabilah, k.murshidah, k.hidayah, k.adilah, saye, husna najihah, ain amaliya, .... ). Hurmm, mmg sume rumah Ali lah kan except aku. Lepas beberape usaha memujuk dijalankan, barulah muslimat2 yang lain pulak menyusul    ( fatin shazwani, atiqah razin, syakirah rahiman, ain asilah ) dan muslimat luar ( fatini, hifzan, mukminah, amirah, jannah, aini ).

Tapi tak sume selamat habiskan 2 mingu full. Okay lah tu. At least, sempat khatam kitab dgn ustaz syauqi. Jadi, ape sebenarnye yang aku dapat kat BQ ni. Cer citer sikit.

First of all. Aku dapat belajar ADAB. Memang adab yg dorang praktik kan kat sini takde nye korang akan nampak dekat tempat lain. Kalau nak tengok kisas pon, sebenarnye bebudak kisas ni amatlah kurang adab or 'biadap' for short (:

Nak kongsi sikit eh. Kitorang sampai dekat BQ 22hb Dis ( Sabtu ). Tapi time tuh xde kelas langsung sampailah hari Isnin. So, in between tuh kitorang asek merungut je. Bosannye bosannye. Then, tetibe muslimin bagi mesej ( bukan dekat aku eh ). Trut tut trut tut. 'Hari ni takde kelas. Ustaz hantar anak pergi klia. Ustaz pesan : Menunggu guru seperti tidak berbuat ape2 sebenarnye mengajar kite untuk bersabar.' Hua! tertusuk kot. Memang tepat2 kene kat kitorang. Since then, tak berani nak cakap sepatah pon. Perkataan BOSAN tu pon dah tak kluar lagi dari mulut ktorang.

Second, mase kelas dengan Ustaz Syauqi b. Ismail. Tengah belajar2 ni tetibe ustaz tegor 'eh, tangan tu tangan tu. Turun!' Aku ingatkan ape. Rupenya, ade muslimin tengah tongkat dagu. Pastu ustaz sambung balek. Lepastu ustaz tegur lagi dkt sorang muslimin nih 'ha, kaki tu jage'. Okay, barulah lepastu ustaz terangkan. "Memanglah kadang2 tu kite akan rase sakit kaki kalau duduk dalam majlis ilmu. Lagi2 kalau ade yang sampai berjam-jam. Tapi, ustaz pon tak bolehlah nak fokus kalau kamu ni dah macam berok dekat depan ustaz ni. Kalau kamu rase sakit kaki duduk je macam tu sampai habis. Kalau kamu tukar2 kaki lagilah sakit. Mafhum? Jage sikit adab dalam majlis ilmu ni. Kite nak keberkatan. Jadi, jage sikit."

Since kene tegur tuh, tak khusyuk kot belajar sebab asek dok menahan sakit kaki ni. Tapi kalau dah memang tak tahan sangat tuh, time ustaz pandang tempat lain je tukar. Ustaz tgh minum je tukar. Memang kene pandai2 cover lah. Takut kot!

Hari last kelas dengan ustaz 29hb ( Ahad ). Malam tuh kitorang request nak jumpa ustaz lepas habis kelas. Kitorang mintak tolong ustaz doakn kitorg untuk dapat result STPM + SPM yang cemerlang. Dah siap tuh, sempat pulak kot mintak autograf ustaz. Haha, comel jeh. Malam tu seriously syahdu sgt. Lepas ni ustaz dah tak ajar dah ktorg. Ingat lagi sume lawak2 ustaz. Huu, rindunye!

Bagaikan nabi,

Darjat yang kau miliki,

Mendidik kami,

Dengan ilmu yang kau warisi,


*psst, malam tuh aku mipi dapat result SPM. 10A 1C. Insyallah, ape yg aku mimpi tu jd kenyataan. taapi kalau tak pun 'Ya allah, kau redhakanlah hati ini dengan ketentuanmu. Moga aku tergolong dalam kalangan hamba2 mu yang bersyukur.'


 kelas feqah


 hurairah (:

autograf ustaz syauqi 

kuliah dhuha