Kalau Ramadhan lepas paling azab (exam alevel), maka Ramadhan kali ni
paling nikmat. Memang selalu setiap kali nak masuk bulan Ramadhan rasa takut tu
akan ada. Takut kalau aku dengan sedia bodohnya membiar dia pergi macam tu je.
Jadi kita ni jadi manusia bodoh tu letak tepi sikit hidup pon belum tentu lama.
Jujur cakap sepanjang mula puasa, tak boleh tengok kurma. Pening bangun
tidur bangun tidur nak fikir pasal kurma ni. Semata untuk program Ihya’
Ramadhan dekat MMU nati. Nak consider cancel je pon ada. Tapi lepas dengar satu
tazkirah sebelum terawih dekat surau, rasa macam bodohnya aku berkira-kira
sangat dalam bulan Ramadhan ni. Tulah sekarang ni asal terawih je nangis, asal
terawih je nangis. Baru sedar yang dekat Ramadhan je ada terawih.
Ramadhan tahun ni alhamdulillah aku berkesempatan berihya’ Ramadhan di
dua buah masjid untuk dua buah program – Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang &
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Nervous dia nak pergi IHRAM masyallah tuhan jelah yang tahu. Memang
selalu pon nervous nak turun program pepias ni. Tiba-tiba dalam bas terdengar
ada budak-budak bersembang,
‘Kau tahu dalam 10 malam ni ada satu malam yang takda siapa pon yang tahu
bila. Apa?’
‘Oh tu. Apa ye orang panggil. Aku tak ingat lah. Nifsu Sya’ban eh?’
‘Dah terang-terang nifsu SYA’BAN, apa ke benda sesat dekat Ramadhan
pulak.’
Aduhh tergelaklah jugak mendengarnya. Ni lah antara sebab suka naik
public transport bila pergi program, macam-macam benda kita boleh belajar and
jumpa. *Selingan*
IHRAM ialah singkatan bagi program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan oleh
PEPIAS. Antara acara utama dia ialah sekampit beras, gotong-royong, bubur
lambuk, melawat ke rumah anak yatim, hospital, rumah orang tua, street dakwah,
social experiment, car wash amal dan keluarga angkat. Sebelum pergi program
memang asik dengar cerita daripada nabil jelah. Oleh sebab tu, gigil dia jadi
dua kali ganda hebat. Macam tak cukup extrovert je nak interact dengan society
aku ni.
Cawangan Shah Alam |
Ditakdirkan waktu agihan group aku group no 8 dan nabil group no 5. Punya
meraung berkaca-kaca dah mata budak tu group dia kena buat gotong-royong je
haha. Matang sangat. Disebabkan group 8 bebas pilih aktiviti apa je, jadi
berkepitlah kami berdua.
Bilal, ‘Yang buat sesuatu perkara tu jadi best atau tidak ialah kita
sendiri.’
Walaupun cuma bergotong-royong sekitar masjid, walaupun tak dapat
berkongsi pengalaman dan berjumpa dengan warga tua, anak yatim dan orang sakit,
walaupun ada rasa sedikit terkilan datang jauh-jauh tapi tak dapat pon nak buat
semua-semua tu. Tapi bagi aku mungkin ini yang sebaiknya. Sambil sapu daun
kering sekitar masjid, aku teringat dekat sorang kawan yang dulu ibu dia tukang
sapu sampah dekat sekolah aku. Aku rasa betapa menguji kesabarannya walau nak
menyapu daun kering je.
‘Kenapa ada daun, ishh pokok-pokok ni lah kan.’
Nabil yang acah-acah tough tu pun tiba-tiba menangis beg dia basah kena
air aircond. Bukan kitorang tak rela kena gotong-royong sekitar masjid, tapi
bila kau datang ke satu program dengan niat ingin menyumbang sebanyak-banyaknya
kepada yang perlu tapi tidak diberi kesempatan tersebut, mestilah rasa kecewa
tu ada. Lagi kecewa bila kita sendiri tak tahu kesempatan tu akan datang lagi
ke tidak.
‘Nabil, okay dah?’
‘Okay je. Bila kita fikir balik buat apa buat kalau tak ikhlas. Sia-sia
je. So baik kita ikhlaskan hati. Tadi tazkirah subuh ustaz cerita pasal 7
tingkat langit sebelum amal kita diterima. Langit yang ketujuh ialah ikhlas.’
‘Oh yeke. Moh le kita buat semua ni dengan ikhlas. Penat dah sampai 6
langit tetiba kena campak balik. Sia-sia sangat tu buat penat je. Tapi tak puas
hati lah tengok budak-budak tu duduk goyang kaki je. Bukan nak tolong, amik
gambar je. Uissshhh mengumpat bulan-bulan puasa. Astaghfirullahalazeem.’
‘Hah nak tahu tak kalau mengumpat orang langit pertama lagi dah tak
lepas.’
‘Hehe tak sempat nak naik dah kena campak balik dah. Teruk sangat tu
perangai.’
Bak kata Bilal, setiap benda tu ada hikmah dia. Kita sendiri yang kena
cari dan rasa. Buatlah amal besar mana pun tapi kalau dia tak mengubah diri
kita kearah yang lebih baik pun tak guna jugak.
Lepas zohor aku dan beberapa sahabat yang lain berangkat untuk ke program
keluarga angkat. Bagi aku waktu ni adalah waktu yang sangat bernilai. Segala
emosi, pengalaman, kejanggalan, dan gelak tawa kami bersama keluarga angkat ini
adalah sebuah memori yang tak pernah aku terbayang akan peroleh. Bukan senang
untuk kita berlapang dada dengan orang asing, membuka segala pekung di dada dan
berkongsi keperitan hidup. Mungkin kesusahan mampu mengajar manusia erti
kemanusiaan. Kami dilayan seperti tetamu sedangkan kami yang seharusnya menabur
khidmat kepada keluarga tersebut.
Aku tak pernah merasa susah. Bila aku berada di ruang tamu rumah keluarga
tu, dalam kepala aku berkira-kira besar lagi bilik tidur aku kalau nak
dibandingkan dengan ruang tamu rumah tersebut. Keluarga tersebut mempunyai lima
isi keluarga, dengan ibu yang berpekerjaan sebagai tukang sapu sampah di
sekolah anak lelaki kecilnya. Hakikat ni membuah hormat aku lebih lagi kepada
keluarga ini. Anak-anak yang hidup dalam serba kurang, tak kurang besar
citanya.
‘Akak muka akak sebijik macam kawan saya. Suara pun sama.’
‘Hmm kalau macam tu mesti dia pon comel macam akak jugak kan haha. Awak
Arissa, nati dah besar awak nak jadi apa?’
‘Saya nak jadi cikgu.’
‘Bagusnya. Belajar rajin-rajin tau. Jadi cikgu ni boleh tolong banyak
orang.’
Banyak yang merasa terpukul itu aku. Tentang syukur dan sabar. Tentang
harapan dan cita. Tentang tuhan dan rezeki. Tentang keluarga dan bahagia.
Habis je solat Maghrib berjemaah, kami mula mengundur diri. Banyak yang
terbuku dalam hati. Banyak yang ingin aku pesan, banyak yang ingin aku luah
tapi dengan mulut terkunci sepi aku berlalu pergi. Macam tertinggal separuh
hati dengan keluarga tu. Tiga kali aku berpaling sebab berat sangat nak pergi
macam tu je. Macam ada urusan yang belum habis, hati aku tak tenang.
Kadang kesusahan hidup juga mampu buat kita hilang pengharapan pada
tuhan. Buat kita jauh dan akhirnya hilang jejak. Tidaklah aku merasa kedatangan
kami sebagai penunjuk jalan. Cuma aku berharap walau jalannya masih hilang tak
nampak, tapi ditumbuhkannya tuhan tunas harapan didalam hati-hati. Walau
sebesar zarah cuma.
Balik je dari program, terus mengikhlaskan hati menghadap 'kurma'.
Pagi ke kelas, petang di booth, malam menyebar kurma. Seminggu akhir sebelum raya ni rasanya malam aku memang hidup. Mungkin sebab tak tidur malam gamaknya. Habis distribute kurma dari bilik ke bilik, melayan pulak sesi ceramah tazkirah adik-adik 19 tahun ni. Pukul 3 habis, pukul 5 sahur. Bak kata nabil, 'biasalah mula-mula ni semua tengah semangat lagi.' Yang aku risau kalau-kalau ada yang terpeleot tengah jalan. Jadi kita sedang-sedang.
Nak korban masa ni susah. Nak mencapai ikhlas ni pon sama susah. Tapi hanya sebab kita tak nampak yang senang tu tak beerti dia tak ada. Setiap kali aku buat sesuatu, aku pelan bagitahu hati, 'setiap kurma ni pahala, setiap orang yang akan makan ni pahala, setiap masa aku korban pahala, setiap kata-kata baik itu pahala, setiap hati yang akan teringat Allah pahala, semua benda dapat pahala aku pon kaya pahala!.'
Memang mula-mula kita akan buat sesuatu kerana mengejar pahala. Tak salah benda tu. Para sahabat nabi pon berlumba-lumba beribadah kerana hendakkan balasan nikmat syurga. Jadi begitulah aku kira mendidik hati, dengan menyuakan benda-benda yang indah dan baik. Kadang rasa penat pon tak, lagikan nak mengeluh.
'Assalamualaikum saya dari Institusi Usrah. Sempena bulan Ramadhan kami ada distribute kurma kepada staff dan student. Untuk buka puasa ataupun sahur.' *hulur kurma*
'Oh berapa ni? Kena bayar ke?'
'Eh tak memang kami nak bagi sempena bulan Ramadhan. Kan kita dituntut untuk memberi atau pun sedeqah pada bulan Ramadhan ni jadi kami pun ambil kesempatan ni lah untuk distribute kurma kepada staff dan student mana yang kami mampu.'
*bukak dompet* 'Nah kalau macam tu saya pon nak jugak lah sedeqah dekat awak. Takkan awak sorang je dapat pahala saya pon nak sedeqah jugak.'
Berbahagialah satu jiwa.
Terharu dia masyallah. Bukan sebab seronok dapat duit, duit tu aku includekan sekali dalam cost beli kurma biar berganda-ganda saham sedara tu. Tapi sebab aku belajar erti yang semakin engkau memberi, engkau takkan rugi. Dan macam mana semua orang tahu tangan yang diatas itu lebih baik, jadi semua orang pon berlumba nak memberi. Teringat yang masa zaman dulu, susah nak cari orang yang layak digelar sebagai asnaf. Sebab orang-orang kaya semua memberi harta mereka untuk menolong orang yang miskin. Teringat juga realiti sekarang yang mana semua orang menyembunyikan harta sebab tak mahu menjadi miskin.
'Assalamualaikum akak, saya dari Institusi Usrah. Kami ada distribute kurma sempena Ramadhan ni bolehlah buat untuk sahur ataupun buka nanti.'
'Eh akak dah dapat dah. Semalam kan awak yang ketuk bilik akak ramai-ramai tu cakap dari Usrah kan?'
'Oh dah eh. Tak apa amiklah lagi kami ada banyak kurma ni memang nak habiskan pon.'
'Akak sukalah awak.'
'Hah? Akak kenal saya ke? Kita pernah jumpa ke?'
'Eh tak adalah. Semalam tu masa awak dengan kawan-kawan awak datang bilik tu macam sempoi je. Akak sukalah cara korang. Pastu korang ni huha-huha jugak eh rupanya. Akak dari MMU Melaka. Dulu akak ada jugak housemate budak IU, tapi tak adalah macam korang ni. Akak Ikram.'
*tarik kerusi duduk* 'Oh akak dari Melaka. Ikram hmm. Akak saya nak tanya ni jom sembang-sembang kejap hehe. Kita open je tau. Kalau dekat Melaka kan macam mana eh culture dia? Saya dengar IU ni dekat Melaka kuat jugak....'
Alkisah bermulalah sembang kami dari hanya niat mengedar sebungkus kurma. Seronok macam mana kami dari 'kumpulan' yang lain ni sangat terbuka dan berlapang dada membincangkan isu jemaah yang ada.
'Akak khamis ni kitorang ada buat iktikaf dekat masjid negeri. Kalau free jomlah join.'
'Insya Allah. Next weekend pon ada Ikram putrajaya buat program.'
'Okay, apa-apa roger lah. Kot saya boleh join.'
Raikanlah kebaikan walau dari mana pon 'brand' dia.
Sampai hari Khamis, Iktikaf Hopping lah kita ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Benda yang akan first muncul bila cakap pasal masjid ni mestilah INTEC dan KISAS. Rindu sangat sampai habis basah karpet masjid. Suara Imam selawat lepas habis solat terawih tu pulak punyalah mendayu-dayu merdu dia, menanggung betul nak menahan dari menanggis.
Waktu tu lah muncul Ustazah Hilmiyah!
Nampak Ustazah Hilmiyah tu macam nampak seluruh isi kisas. Tak percaya bila sedar yang ustazah lagi kecik dari aku. Makin susut. Makin dimakan usia. Rasa macam nampak ibu, hati aku waktu terus jadi tenang. Hilang dah semua rindu. Ada kawan pernah seloroh, 'Bulan puasa ni ko nak apa-apa mintak je. Allah bagi cash punya percayalah. Tak ada filter-filter.'
**
Minggu lepas akak naqibah tanya, 'Syafiqah refleksi sikit Ramadhan kamu tahun ni.'
Mungkin bukan yang terbaik. Tapi diizinkan semua ini, sudah cukup baik.
:')